Menu Utama

Tarik Subsidi Minyak Adalah Mekanisme Baru Yang Dijanjikan Kerajaan

BUDAK-BUDAK pembangkang janganlah buat-buat terkejut dengan pengumuman kerajaan untuk menghapuskan subsidi minyak Disember nanti. Ini bukan benda baru, tapi adalah janji kerajaan untuk memperkenalkan mekanisme baru dalam soal minyak ini kepada rakyat.

Dan inilah mekanisme baru yang dijanjikan itu – menukar kaedah lama sebelum ini (Automatic Price Mechanism – APM) kepada Pengapungan Terkawal (managed float), yang membawa maksud penghapusan subsidi dan harga minyak selepas ini akan ditentukan kerajaan menggunakan mekanisme sama seperti RON97.

Penulis melihat masa yang diambil untuk membuat keputusan ini sangat kena dan sesuai, kebetulan pulak harga minyak dunia semakin menunjukkan trend penurunan. Maksudnya Disember nanti kita akan membayar minyak pada harga lebih rendah, jangkaan RM 2.27/liter.

Eloknya pendekatan macam ini ialah, kalau kerajaan menurunkan harga minyak untuk disamakan dengan penurunan minyak mentah sekarang, apa jadi kalau nanti minyak naik semula?

Memang kalau ikut logik, kerajaan juga perlu naikkan harga minyak, tapi penulis yakin, jika itu berlaku pembangkang akan tetap api-apikan rakyat untuk tuduh kerajaan zalim dan sebagainya seperti yang mereka pernah lakukan sebelum ini, walaupun alasan kenaikan itu nanti adalah jelas.

Apatah lagi, sejak ambil alih pentadbiran negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah turunkan harga minyak 4 kali, tapi tahap sokongan rakyat tidaklah berubah banyak mana, cukup untuk menang dan bentuk kerajaan dengan majoriti mudah sajalah.

Maka itu, elok ikut harga pasaran semasa. Kalau tinggi,tinggilah, kalau rendah, rendahlah, takdelah sesiapa lagi di pihak pembangkang yang akan menyalak kenapa bila harga minyak dunia turun, harga minyak di Malaysia tidak turun-turun.

Cuma penulis bimbang, sekiranya harga pasaran minyak dunia naik tinggi, apakah kerajaan akan mengembalikan sistem APM untuk mengurangkan beban rakyat?






Satu Komen to Tarik Subsidi Minyak Adalah Mekanisme Baru Yang Dijanjikan Kerajaan

  1. ubi says:

    x terkejut pun….no subsidi to rakyat sampai negara maju.keperluan asas sepert rumah xkan solve smpi bila2. akhirnya rakyat glgn pertengahan akan terus menyewa smpi mati.

    rumah 7++ sqr feet= RM2++ (kalo 1st buyer)
    bulanan RM1+++
    gj rm3K tolak rumah duk ada 2k….nkbt apa ni?kalo gujang okla tp xleh nk mewah2.

    ni pglmn sendiri.hanyamampu beli 2nd house yg dulunya harga rm40K.sbbgjrm3k xlayak beli rumah murah.

    xyah control harga pun xpe…tp control yg rumah murah tu pastikan betul2 layak dapat.kalau la ada yg turun padang tgk rumah murah tu buat hostel utk indon n bangla…means pemilik ada rumah lain.

    kerajaan skrg mcm ayah nk nmpk bgaya tp anak kt rumah pki koyak rabak.

    insyaAllah hilang 1 undi. tapi i wont vote for opposition..lg hampeh.oh Malaysiaku.

Leave a Reply

Threesome