Menu Utama

Surat Akuan Sumpah ADUN PKR Bukti Pencalonan Wan Azizah Sebagai MB Selangor Disabotaj?

Kira-kira sebulan yang lepas penulis ada membuat sedikit ulasan ringkas mengenai kemungkinan pencalonan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor telah disabotaj oleh ADUN PR sendiri. Ulasan tersebut dibuat berdasarkan laporan portal Malaysia Gazette yang menyiarkan pendedahan oleh pemimpin PKR yang kini dalam penggantungan keahlian iaitu Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Chegu Bard dalam pendedahannya itu mendakwa kejayaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menduduki kerusi MB Selangor sekarang antaranya disebabkan pembelotan oleh 5 orang ADUN PR, dua darinya adalah ADUN DAP dan tiga yang lain dari PKR. Kelima-lima mereka dikatakan telah membuat surat akuan bersumpah yang baru dan menarik balik sokongan kepada Wan Azizah selaku calon tunggal MB Selangor.

Disebabkan surat akuan bersumpah yang baru itulah menurut Chegu Bard telah menyebabkan isteri kepada Ketua Umum PKR itu gagal menjadi MB Selangor.Akuan Bersumpah Tarik Sokongan

Salah seorang pemimpin PKR yang dibayangkan seolah-olah terlibat dalam pembelotan itu dan namanya disebut oleh Chegu Bard ialah ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam.

Sejak pendedahan tersebut hingga sekarang Dr Xavier tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap pendedahan Chegu Bard mengenai usaha sabotaj terhadap pencalonan Wan Azizah.

Bagaimana pun kurang sebulan sebelumnya yakni pada 16 September 2014 Dr Xavier pernah menafikan telah menandatangani surat akuan bersumpah untuk keluar PKR. Itu bukan isunya kerana fokus utama pendedahan Chegu Bard adalah mengenai akuan bersumpah menarik balik sokongan kepada Wan Azizah.

Hari ini pula satu salinan surat akuan bersumpah yang didakwa melibatkan nama Dr Xavier dikesan bertebaran dalam ruang maya internet. Antara inti pati surat akuan bersumpah itu ialah;-

“Saya mengesahkan bahawa saya menarik balik surat akuan sokongan kepada Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 14 Ogos 2014 yang lalu. Oleh kerana surat sokongan tersebut adalah dibuat diatas dasar paksaan oleh pihak pemimpin atasan Parti keadilan Rakyat.”

Mungkinkah akuan bersumpah ini yang diperkatakan oleh Chegu Bard sebelumnya? Dr Xavier mungkin ada jawapannya untuk memperjelaskan kedudukan sebenar sahih atau tidak surat akuan bersumpah tersebut.

Apa pun, jika salinan surat akuan bersumpah atas nama Dr Xavier itu yang menyatakan penarikan balik sokongannya kepada Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah benar-benar sahih, ia petanda buruk kepada PR khususnya PKR. Selain itu, impaknya akan turut dirasai DAP kerana menurut Chegu Bard dua daripada lima ADUN PR itu datangnya dari DAP.

Dengan perkembangan terbaru ini nampak gayanya pergolakan politik di Selangor akan memasuki episod baru dengan pelbagai aksi dramatik jika sekiranya surat akuan bersumpah itu adalah benar. Mungkinkah ia akan membawa kepada kejatuhan Azmin dari kerusi MB? Masa akan menentukan. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya dalam tempoh terdekat ini.






15 Komen to Surat Akuan Sumpah ADUN PKR Bukti Pencalonan Wan Azizah Sebagai MB Selangor Disabotaj?

  1. system baru says:

    Apa alasan pkr ia. Dia dah langga tatatertip parti ia

  2. WTF says:

    Xavier Jayakumar ni memang tak pernah sokong Wan Azizah

    Semua tahu taat setia Xavier Jayakumar pada Azmin Ali, dan bukan pada Wan Azizah

    But this is getting interesting!!! DAP tak nak kata apa2 ka???

  3. moo says:

    UMNO nak jadi MB selangor ka??? Cuba lagi next time ya…!

    Buat masa skg UMNO standard kucing kurap je kat selangor ni. Pi cari tempat rural dan kg2 sikit ye..Kat sana senang nak kelentong skit..okey dokey??

  4. WTF says:

    Mooooooh sebenarnya NAK COVER LINE, satu Malaysia tahu WAN AZIZAH yg sibuk nak jadi MB Selangor!!!

    Tapi TAKDIR tidak menyebelahi WAN AZIZAH yg disokong 100% by Mooooooh dalam LANGKAH KAJANG!!!!

    Tak payah COVER LINE la Mooooooh!!!!

    Hehehehehehehe!!!!

  5. dkds says:

    Gaduhhhhhhh…!

  6. semangat dato' haron says:

    Yg penting krisis MB Selangor telah memberi luka bernanah yg masih x sembuh lagi terutamanya pada PAS. Masa depan Pakatan Rakyat bak telur di hujung tanduk. Apa2 kerugian PAS adalah keuntungan utk UMNO. Pasti menarik jika PAS letak calon di semua kawasan ditandingi DAP dan PKR. Semestinya formula Kota Damansara akan berjaya. Cuma kena cucuk luka PAS terutamanya Hadi Awang utk terus bernanah. Semua orang tahu di mata DAP dan PKR, PAS ni cuma parti lebai kampungan yg bodoh…

  7. raplahjingaa says:

    Anwar / Azizah dan nasib malang tak dapat dipisahkan. Mula-mula dia gila nak jadi PM, lepas tu gila nak jadi MB, dah kantoi, hantar bini dia pulak nak jadi MB, failed jugak !

    Asyik failed je memanjang…..

  8. moo says:

    .
    Ada masuk TV3 , Utusex?.
    .
    .
    .

    The Pahang sultan has reportedly lashed out again over the Cameron Highlands landslide, this time training his fury at Environment Minister G Palanivel for being “not serious”.

  9. moo says:

    Malaysians could end up paying more for electricity over the next few years as Putrajaya helps debt-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) settle its loans totalling RM42 billion, Pakatan Rakyat lawmakers told a forum last night.

    Petaling Jaya Utara MP Tony Pua pointed out that the sovereign wealth fund has been given contracts to build and operate power plants, and sell electricity, to pay off its debts.

    Another lawmaker Rafizi Ramli said that if 1MDB cannot pay those debts and if it went down, it could pull the economy down with it as almost RM20 billion of the debts have been guaranteed by Putrajaya.

    This would mean that Putrajaya would have to step in and pay off the debts if the company defaults, said Pandan MP Rafizi who was also at the Petaling Jaya forum with Pua.

    As it stands now, Pua said, 1MDB is having problems making money and servicing its debts which total RM42 billion. Almost half of that amount has been guaranteed by the government.

    “The risk to the economy is huge as it would have a domino effect if 1MDB defaults,” Pua told a packed hall of about 500 people.

    “That is why the government is quickly trying to find money to help 1MDB pay off the debts.”

    Pua said that one way was through the award of three independent power producer (IPPs) contracts to 1MDB earlier this year.

    Some of those contracts, Pua claimed, come with higher than usual electricity tariff that will eventually be passed down to the consumer.

    According to previous reports, 1MDB was awarded an RM11 billion coal-fire power plant project early this year in a controversial open tender.

    It was then awarded a contract for a 50 MW solar power plant in March and another contract for 2,400 MW gas-fired power plant in August, both of these through direct awards.

    “A business daily has reported that 1MDB could be awarded with additional two more IPP contracts next year.

    “When I asked the minister on what the tariff rates were for the three contracts, he said they had yet to be set. How can you agree to a contract when the tariff itself has not been set?” said Pua.

    A high tariff rate for electricity would then allow 1MDB to make money to help pay off its debts, said Pua.

    “So, it’s essentially a public bailout. The public has to help 1MDB make money by paying for higher electricity rates so that it does not default on its debts.”

    Rafizi then explained that if 1MDB is unable to pay its debts the government would have to step in.

    “But when that happens, the market will ask whether the government can pay this debt in the first place.

    “If the market loses confidence in the government to pay its debts, it will trigger a run on the economy. This is why 1MDB has severe repercussions for the country,” said Rafizi.

    The fund’s financial troubles have been widely reported by local and international media, including its inability to pay its debt instalments and the lack of transparency about its operations.

    PR lawmakers have also revealed that it has also been involved in shoddy deals with suspicious companies in Saudi Arabia, Hong Kong and Mongolia ever since it was set up in 2009 that has made it lose money.

    Pua had also in the past pointed out that the company has been forced twice to reschedule and restructure an overdue RM6.7 billion loan, incurring heavy costs and penalties.

    In a recent case, 1MDB has had to postpone the payment of RM317.3 million for the purchase of land from Tadmax Resources, he said.

    “It still cannot pay that amount till today and yet the government boasts that it has billions. There is something not quite right about this.

    “The truth is, its loan costs are too high and its earnings are too low,” said Pua.

    At the end of the day, said Rafizi, the public has to pressure the government to stop the company from making more shoddy deals and taking on more bad loans.

    “Even if Pakatan Rakyat takes over, we would have to restructure the company to help it make money to pay its debts.”

    To not do so, said Rafizi, would damage the economy and hurt the man on the street.

    “If 1MDB triggers a run on the economy, our creditors will lose confidence in the country. When a government has to re-negotiate its debts, it has to implement real austerity measures.

    “Meaning there will be no more money for new schools, no subsidies and pay cuts all around. This is why the public has to be very worried about 1MDB.”

    The forum last night was jointly organised by the National Oversight and Whistleblowers ‎Centre (NOW) and The Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4).

    C4 chairperson Cynthia Gabriel said invitations were also sent out to Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to attend as panellists. They, however, did not attend. – November 20, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysians-may-have-to-pay-higher-electricity-rates-to-bailout-1mdb#sthash.YXjO5AHp.dpuf

  10. Jambol says:

    Moo, pagi ni dah perah susu kamu kah ? Percayalah Rafizi tu, dia lagi penipu besar.

  11. buana says:

    Saying without fact…useless…

  12. reds says:

    cuba lagi lain kali mooh….isu 1mdb nih…puak hang jek meroyan lebih… bukti x de pon….

  13. wong jowo says:

    kalau PKR aku tak pelik asik ade akuan sumpah..sebab penasihatnya memang specis sesumpah…

  14. wong jowo says:

    org PKR mmg suka buat surat akuan sumpah..tapi menjubo tak berani lak nak sumpah..huhuhu…sumpah menjubo..

Leave a Reply