Menu Utama

Sultan Selangor: Jangan tergesa-gesa kritik fatwa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan umat Islam supaya tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

Baginda bertitah, sesuatu fatwa itu bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti tetapi melalui jawatankuasa fatwa terdiri daripada alim ulama dan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk perundangan.

“Beta menyeru kepada umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja tetapi ia dibuat melalui jawatankuasa fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesion yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang dalam bidang perundangan,” titah baginda.

Menurut baginda, umat Islam perlu menaruh keyakinan ke atas ajaran agama bagi membolehkannya mengatasi ideologi politik.

“Umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

“Beta yakin segala kandungan al-Quran termasuklah peraturan dan segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Taala mempunyai kebaikan dan hikmah kepada seluruh alam,” titahnya.

Baginda menekankan demikian sewaktu merasmikan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Shah Alam pagi ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan MAIS, Mufti Negeri Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan SIS bertemu bagi meleraikan kontroversi fatwa yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu.

sumber Utusan/Awani






9 Komen to Sultan Selangor: Jangan tergesa-gesa kritik fatwa

  1. Uturn says:

    celaka sungguh sis ni dan juga penyokong mereka.

  2. […] “Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja tetapi ia dibuat melalui jawatankuasa fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesion yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang dalam bidang …read more […]

  3. GT86 says:

    Untuk pertama kalinya aku setuju dengan Azmin.
    Pahit nak telan tau.
    MAIS, Mufti dan Ulama pewaris nabi wajib bersemuka dengan mereka, bukan pasal Fatwa tapi dakwah.
    SIS, mereka ini islam. Beriman pada Allah dan rasul. Hanya tersasar kefahaman mereka, wajib kita bantu saudara-saudara islam kita. Taufik dan Hidayah milik Allah tapi kerja dakwah adalh amanah Allah pada kita semua.
    Islam tidak berkembang dengan mengkritik dan menyalahkan orang tapi berdakwah menceritakan kebenaran yang akan menghapus kebatilan.
    Ini peluang terbaik, jangan di sia-siakan. Saham akhirat bro…tak nak ke?

  4. Badrole Amin says:

    mengenai saranan azmin itu ibarat mentarbiyah/mendakwah SIS untuk kali ke 2…untuk kali ke 2 ini persoalannya tetap sama iaitu sanggup ke SIS yang bergantung hidup makan gaji dengan dana asing dari pihak orientalis barat dapat menerima dan akur dengan penjelasan/dakwah dari Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS tentang kenapa mereka difatwakan sesat?

    aku tidak fikir SIS dapat menerima dan akur, mereka akan tetap membantah/mengingkari/memperlekeh ketetapan fatwa itu…jika SIS dapat menerima dan akur serta mempelbetulkan segala ‘kesesatan’ berhubung gerak-kerja/agenda organisasi mereka, tentulah ‘dana asing’ tidak akan lagi disalurkan kepada mereka…dalam erti kata lain ‘pihak asing’ yang memberikan dana terpaksa membubarkan SIS kerana mereka merasa tiada guna lagi memberi dana kepada pengasas atau ketua SIS yang dilihat sudah bertaubat atau sudah kembali kepada ajaran Islam yang betul

    SIS tidak mempeduli akidah umat Islam terjejas dengan doktrin liberalisme dan pluralisme yang mereka terapkan dalam gerak-kerja/agenda organisasi mereka…bagi SIS hanya survival(mengikut kemahuan pihak orientalis barat/musuh Islam yang menyalurkan dana) dan kedudukan(supaya dapat terus makan gaji lumayan dari dana asing) pengasas, ketua dan tenaga kerja mereka sahaja harus dipertahankan

    SIS memfailkan semakan(dengan mahkamah sivil) berhubung fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS itu kerana mahu menjaga hati pihak asing yang menyalurkan dana kepada mereka…sebagai barua dan ejen kepada musuh Islam, SIS juga mahu menjaga ‘periuk nasi’ pengasas, ketua dan tenaga kerja mereka supaya dapat terus menyesatkan akidah umat Islam…Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS pula memfatwakan SIS sesat kerana mahu menjaga dan mempertahan akidah umat Islam

    apabila SIS sudah difatwakan sesat maka umat Islam harus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi(Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM dan KDN) supaya mengarahkan SIS menukar nama ‘Islam’ pada organisasi mereka kepada nama lain jika SIS mahu terus wujud…sesat juga bermaksud sesuatu yang haram, sesuatu organisasi yang haram seperti SIS boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jika mereka terus beroperasi menggunakan nama Islam pada organisasi mereka dan terus menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme kepada umat Islam

    liberalisme dan pluralisme ialah satu agama baru, sudah tiba masanya agama baru bernama liberalisme dan pluralisme ini dimasukkan dalam Seksyen 9(1) Enakmen Agama Bukan Islam(Kawalan Pengembangan Dalam Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dan juga negeri-negeri lain…adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana pihak menyebar fahaman(agama baru) bernama liberalisme dan pluralisme ini kepada umat Islam

  5. Adam Abdullah says:

    The Star bebas melapur bermacam-macam berita, maklumat dan artikel untuk dibaca oleh rakyat Malaysia. Mereka melapurkan berita seperti kes jenayah, mahkamah, parlimen, sukan dll. Berita terbaru ialah tentang nesihat daripada Sultan Selangor tentang FATWA seperti di bawah ini.

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/06/Sultan-do-not-criticise-fatwa/

    The Star juga selalu menyiarkan artikel yang ditulis oleh penulis-penulis(columnists)yang memberi penghargaan kepada usaha Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Negara seperti artikel oleh JUNE H.L.WONG (seorang anak bekas pegawai kanan polis PDRM)di bawah ini.

    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/So-Aunty-So-What/?c={13FEA29C-B427-4DDC-9AE8-1950A99CD76C}

    TETAPI yang seorang lagi penulis (columnist) kerap kali menulis yang berbeza pendapat seolah-olah selalu tidak puas hati dengan Kerajaan, Jabatan Kerajaan dan pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan dan Jabatan Kerajaan seperti dalam artikel di bawah ini.

    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Musings/Profile/Articles/2014/11/06/Silence-doesnt-always-mean-assent/

    Antaranya ialah, QUOTE:

    “Malaysia is unique in the Muslim world in that fatwa can actually become law once gazetted. This means that if anyone contravenes them, you can be subject to some sort of punitive action. Which is why some fatwa, such as those against smoking or Amanah Saham, are not gazetted since it would mean an overwhelming number of people would have to be hauled off to jail.

    Someone must have thought that with this fatwa, only a small number of people would be punished so why not? Except that the fatwa itself is very wide since it covers “organisations, individuals and institutions” that subscribe to “liberalism and pluralism”.UNQUOTE.

    Siapa kata tidak ada kebabasan di Malaysia?

  6. Adam Abdullah says:

    Titah Sultan Selangor

    http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-jangan-tergesa-gesa-kritik-fatwa-1.21401

  7. Adam Abdullah says:

    Saya ingin mencadangkan agar semua persatuan, pertubuhan dan NGO yang menggunakan Islam dan Muslim atau ditubuhkan untuk kemajuan dan kebajikan umat Islam/Muslimin perlulah mempunyi ahli atau penasihat yang mempunyi tauliah/pakar dalam Islam yang diiktiraf oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri, Mufti dan Masjid dimana ia didaftarkan/bergerak aktif.

    Atau mereka (Pengarah, Pengurus dan/atau Jawatankuasa Persatuan)perlulah selalu bermuzakarah dengan mereka (pakar agama Islam) supaya apa-apa perkara tentang hal ehwal, Rukun dan hukum Islam dapat dibincang, dibahaskan dan difahami agar mereka dan ahli-ahli serta penyokong persatuan tidak terkeliru, terpesong dan lari dari akidah Islam.

    Dan perkara perkara tersebut di atas perlulah dijadikan satu penetapan dalam perlembagaan persatuan kepada ROS dan perlu dinyatakan dalam minit mesyuarat persatuan berkenaan.

  8. Sontoloyo says:

    Hanya orang buta akal dan hati sahaja tidak tahu bahawa penubuhan SiS adalah semata-mata untuk memesongkan aqidah umat Islam dengan cara halus dan SiS dibiayai oleh dana asing dan yang memang anti Islam. Apa hal nak runding lagi dengan SiS kerana memang itulah matlamat penubuhan SiS dan pembiayanya. Seandainya SiS sanggup berkompromi dengan Pihak Berkuasa Islam seperti JAKIM maka bagi mereka tak perlulah mereka menubuhkan dan membiayai pertubuhan seperti SiS ini…

  9. Sontoloyo says:

    Babi itu pembangkai dan memakan benda-benda kotor serta sisa-sisa kerana memang itulah tabiat makannya. Walau apa cara kita berusaha supaya babi itu makan seperti mana kambing makan pasti tak akan berhasil kerana babi itu memang dijadikan sebagai haiwan pembangkai kalau babi itu berubah tabiat makannya seperti kambing maka itu bukan babi namanya. Oleh itu babi tetap babi juga tak akan boleh berubah menjadi kambing.

Leave a Reply