Menu Utama

SPRM Perlu Pro Aktif, Bukan Tunggu Pendedahan Media

SEJAK dijenamakan semula dari Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM) lama dahulu, rakyat mengharapkan perubahan menyeluruh dalam agensi tersebut bagi mengatasi masalah rasuah di negara kita.

Hasil penjenamaan semula itu ketara, selain undang-undang dan yang berkaitan, dari tidak ada penglibatan blogger dalam salah satu panel suruhanjaya tersebut, sekarang sudah ada. Malangnya, Blogger berkenaan lebih banyak menghentam kerajaan dari membaiki imej SPRM.

Tapi itu cerita lain, ceritanya sekarang SPRM perlu membantu kerajaan dalam membasmi gejala rasuah terutama dalam perkhidmatan kerajaan setelah kerajaan menyelesaikan segala halangan yang menjadikan BPR dulu kurang efektif.

Kerajaan hanya boleh melakukan setakat satu tahap saja, selebihnya tugas SPRM lah. Dalam pada ‘setakat satu tahap’ itupun, kerajaan sudah melakukan banyak usaha untuk memerangi rasuah ini termasuk menubuhkan mahkamah khas untuk membicarakan kes-kes rasuah sahaja.

Malangnya, beberapa perkembangan semasa melibatkan rasuah oleh kakitangan kerajaan kebelakangan ini menyaksikan SPRM sangat pasif dan tidak pro aktif. Nak tunggu media buat pendedahan baru nak bertindak.

Seperti gejala rasuah di Cameron Highlands sekarang dan Kuala Sepetang sebelum ini yang diungguli Utusan Malaysia dari segi pemberitaan, siasatan dan pendedahan, bukan SPRM seperti yang diharapkan rakyat dan kerajaan.

Kenapa itu boleh berlaku? Sepatutnya SPRM bertindak pro aktif dengan menjalankan siasatan sendiri dan tidak menunggu sehingga media membuat pendedahan baru nak bergerak.

Bukan kata SPRM makan gaji buta, kita akui SPRM banyak juga melakukan penguatkuasaan tapi bila media boleh menghidu apa yang SPRM tak boleh, maka adil untuk kita simpulkan, semua usaha SPRM selama hari ini tidak cukup, perlu diperkukuhkan lagi.

Jika jentera siasatan SPRM kurang efektif untuk menghidu gejala rasuah lebih awal, bekerjasama lah dengan media yang berkenaan untuk membasmi gejala rasuah ini sebelum melarat dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

Kerjasama antara SPRM dengan pelbagai media setakat ini (termasuk media alternatif) dilihat lebih kepada membaiki imej agensi tersebut semata-mata bukan tujuan asas penubuhan SPRM itu sendiri – memerangi rasuah.

Ini perlu diubah. Bagaimana dan macam mana, itu terpulang kepada SPRM lah untuk cari jalan bagaimana mengatasinya, mereka lebih faham, takkan penulis pulak.

Penulis tidak mahu, dek kegagalan SPRM mengatasi masalah rasuah secara menyeluruh, imej kerajaan tercalar olehnya sehingga memberi kesan kepada sokongan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tidak ada kerajaan yang bersungguh – sungguh untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini melainkan BN sahaja. Kerajaan pembangkang terbukti lebih suka menyapu masalah rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan mereka dibawah karpet seperti dalam dakwaan salah guna peruntukkan RM 2.5 juta untuk membayar pampasan kepada 8 orang bekas kakitangan Menteri Besar Selangor.

Maka itu untuk melihat negara ini bebas dari rasuah, perlu BN menerajui kerajaan, tapi usaha ini tentu sukar kalau SPRM tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya.

Rakyat tidak minta lebih, buat kerja sudah cukup.






2 Komen to SPRM Perlu Pro Aktif, Bukan Tunggu Pendedahan Media

  1. wong jowo says:

    anak buah pro aktif..tapi di utusan malaysia hari ini boss SPRM plak yang kena tangkap..huhuhu.adakan utusan malaysia itu melaporkan berita yang tidak benar..

  2. kulaan says:

    Wong Jowo,

    Tolong bagi link….

Leave a Reply