Menu Utama

Solidariti Hanya Untuk Anwar, Pas Hanya Layak Untuk Dibuli

Oleh Riana Abd Aziz

Semakin hari kita dihidangkan dengan drama sandiwara ‘solidariti’ gabungan parti pembangkang kononnya ikatan hubungan antara tiga parti komponen, Pkr, Dap dan Pas makin kuat. Namun realitinya hubungan antara mereka makin jelas nampak begitu goyah dalam beberapa isu besar yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ada antara hikmah, Allah tunjukkan dengan jelas supaya kita sebagai hamba mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku dan ada juga Allah sembunyikan hikmahNya itu supaya manusia ciptaanNya boleh berfikir dan bersangka baik.

Nampak kepada kita, hubungan antara parti komponen pembangkang begitu utuh ketika diawal penubuhan ‘Pakatan Rakyat’. Hasilnya mereka berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kekalkan kuasa di Kelantan. Walau apa isu yang datang bertujuan memecahbelahkan hubungan antara Pkr, Dap dan Pas, mereka berjaya atasi walaupun ketika itu rakyat Malaysia mula menilai sejauh mana kemampuan mereka menunaikan janji dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah kuasa mereka.

Akhirnya di Pilihanraya Umum yang ke 13, Kedah kembali ke tangan Barisan Nasional dan ini sedikit sebanyak telah menampakkan kepada rakyat keseluruhannya Pas mengulangi kegagalan mempertahankan negeri yang mereka menangi seperti yang berlaku ketika Pas gagal di Terengganu.

Pemerhati politik mula melontarkan faktor kegagalan ini adalah petanda Pas sentiasa dibuli oleh rakan komponen pembangkang yang lain. Bagaimana Pas yang sentiasa komited dalam menyertai program bersama seperti kempen demostrasi Bersih 1,2 dan 3 serta kempen yang jelas menampakkan agenda peribadi Anwar tetapi sebaliknya Pas dilihat tidak dibantu oleh Pkr dan Dap dengan bersungguh-sungguh di negeri yang Pas sebagai Ketua Negeri?

Barisan kepimpinan Pas Pusat mungkin sudah mula menyedari tentang wujudnya timbal balik yang tidak adil dalam hubungan antara mereka yang menyebabkan Hadi Awang, Presiden Pas berkemungkinan menjadikan isu kemelut Menteri Besar tempohari sebagai ‘bahan ujian’ untuk melihat apa respon Pkr dan Dap serta yang paling penting kemungkinan sebagai alat untuk mencari siapa parasit Anwarinas yang berada di dalam Pas selama ini. Sebelum ini Hadi Awang kerap menafikan kewujudan kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

Hasilnya, makin jelas bahawa selama ini Pas dipergunakan demi mengukuhkan kedudukan komponen pembangkang yang lain di negeri yang mereka kuasai kerana secara nyata, ahli Pas lebih ramai dan lebih berpengalaman dalam ‘perang gerila’ politik Malaysia berbanding dengan Pkr yang masih baru dan Dap yang sememangnya ‘playsafe’ sejak awal penubuhan mereka.

Slogan ‘Solidariti’ yang mereka popularkan hanyalah platform bukan untuk kuatkan sokongan terhadap komponen pembangkang, tetapi senakin ketara ianya adalah untuk mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Kemuncaknya, solidariti yang mereka canang terbukti bukan untuk pemimpin lain di dalam komponen pembangkang, Hadi Awang terpaksa menebal muka menapak ke Mahkamah dengan beberapa orang sahaja pengikut setianya dari parti Pas tanpa mendapat liputan di dalam media internet milik pro pembangkang serta tiada senario laungan maupun takbir di hadapan Mahkamah bagi memberi semangat kepada Presiden Pas bagi menghadapi pendakwaan beliau memfitnah ahli Pkr.

Beruntungnya Anwar, bukan sahaja penyokongnya sanggup datang setiap hari untuk menzahirkan sokongan atas nama solidariti tetapi juga mendapat semangat dari Timbalan Presiden Pas sendiri serta beberapa orang Naib Presiden Pas dalam kes rayuan liwatnya.

Benarlah apa yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh bahawa Pas hanya “budak yang dibuli” dalam pembangkang.

Kes Anwar meliwat Saiful dan Hadi Awang memfitnah calon Pkr PRU13 adalah hikmah paling besar yang Allah ingin tunjukkan kepada kita betapa kesepakatan yang dibina oleh pembangkang selama ini hanyalah untuk memastikan Anwar terus hidup dan bukannya kepentingan bersama.

Memahami keadaan ini, awal-awal lagi Dap mula mencari sokongan orang Melayu dengan ditonjolkan kononnya pemimpin muda Melayu sudah berada dalam barisan kepimpinan mereka. Bagi Dap, solidariti yang utama bagi mereka adalah meneruskan agar Dap kekal ‘hidup’ di Malaysia dan bertapak kuat di hati bangsa cina.

Bagai enau dalam belukar, mereka mula lepaskan pucuk masing-masing.






8 Komen to Solidariti Hanya Untuk Anwar, Pas Hanya Layak Untuk Dibuli

  1. tony gunawan says:

    51% rakyat sokong anwar,ini adalah kebenaran yang cuba dinafikan oleh orang umno!

    hidup anwar!

  2. arhi says:

    Tak payah komen apa pegangan PAS dalam hal ini. Pas akan setuju dan sokong apa saja rancangan asalkan dapat jatuh atau hancurkan UMNO WALUPUN MARUAH TERPAKSA DILACURKAN DEMI MEMBALAS DENDAM KESUMAT DAN NAFSU AMARAH YG TAK PERNAG PADAM

  3. pas haramjadah says:

    51% yg sokong anwar tu babi ngn anjing jer

  4. pas haramjadah says:

    Mampos anuwar dlm penjara kena 20 tahun dan sebatan

  5. wong jo woo says:

    pas bukan layak dibuli..akan tetapi sebahagian pemimpin PAS setuju untuk di buli..pengikut2 bawahan ada jugak yang taksub untuk dibuli..

  6. itsme says:

    kerana ANWAR rakyat kini hidup dengan beban agak tinggi berbanding dulu.

    kerana ANWAR rasionalisasi subsidi dibuat krn kerajaan keluarkan BR1M kpd rakyat terpilih, ini langkah kerajaan dlm memastikan Msia tdk jatuh ketangan sipencacai yahudi

    kerana ANWAR barang semua naik sebab china boikot kerajaan dlm diam agar rakyat menbenci UMNO

    kerana ANWAR china dan india semakin lantang mengkritik dan menolak ISLAM & perlenbagaan yg mempertahankan melayu

    kerana ANWAR kerajaan membuat pwrbelanjaan yg besar bg melobi kuasa besar agar tdk terpedaya dgn tipuhelah silahabau anak penang tu

    kerana ANWAR p pinang jatuh ketangan DAP yg tak mungkin umno dpt balik krn itulah yg china mahu

    kerana ANWAR raja berpelembagaan tdk dihormati oleh sikaum pendatang

    kerana ANWAR suka bontot kerajaan perlu sara makan minum tempat tinggal selama mana dia duduk dlm sg buluh

    kerana ANWAR byk wang2 haram yg beepindah tangan

    kerana ANWAR sgor mungkin akan dibebani hutang 2 tahun lg

    kerana ANWAR byk kepentwngin melayu yg akan terhapus

    kerana ANWAR lgbt mnjadi terang2an diMsia

    kerana ANWAR golongan syiah sudah pandai brsuara

    kerana ANWAR universiti mnjadi tempat pelajar berpolitik songsang

    kerana ANWAR keluar dgn byk video dan tulisan yg mencemar Islam Melayu & Negara

    kerana ANWAR rakyat twrpaksa bayar gaji DUN & PARLIMEN yg tdk pandai buat kwrja dan makan gaji buta

    kerana ANWAR perpaduan antara kaum mnjadi lemah dan sekali lagi wang perlu dibelanjakan bagi membiayai pelbagai program kenegaraan

    kerana ANWAR najib dan barisan kabinetnya tdk dpt menumpukan kpd pembangunan negara dan rakyat secara pptimum krn byknya halangan dan kritikan pemusnah dr dalam dan luar negara

    kerana ANWAR nama negara juga menjadi busuk krn kononnya rakyat mengangkat pemimpin yg korup dan rwndah akhlaknya sbg pemimpin

    kerana ANWAR rakyat msia diketawakan krn tdk matang dlm memilih pemimpin spt anwar

    kerana ANWAR nama parti Islam se Malaysia dihina diherdik dicacai dsbg.. apakah boleh disamakan peliwat korup vs para2 ustaz dlm pas??

    kerana ANWAR rahsia besar dan matlamat PAS juga terbongkar.. mrk bkn berjuang utk Islam ttp mnjadikan Islam sebagai batu loncatan utk kuasa kekayaan dan putrajaya

    kerana ANWAR ini byk lagi yg malas sy nak kupas lagi disini apapun semua ini berlaku krn ANWAR mahu jd PM, ANWAR mahu sorokkan yg dia peliwat @ homo, anwar mahi kaya… setan lo nuar!!

  7. WTF says:

    LOL, bukankah Tony Gay dulu kata Anwar Ibrahim ni DEWA PELIWAT ORG2 CINA???

    Apakah selama ni DEWA SEMBAHAN ORG2 CINA boleh MATI macam Anwar Ibrahim!!!

    Tak powerlah Tony Gay punya DEWA PELIWAT!!!

Leave a Reply