Menu Utama

Skandal Pampasan MBi: Kenapa Tak Minta SPRM Masuk?

faekah-azmin-mb

AGAK aneh bila barisan Exco Selangor dibawah Menteri Besar ‘longkang’ yang baru, memutuskan untuk menyerahkan siasatan dakwaan ‘penyelewengan’ berjuta-juta ringgit wang MBi yang dibayar sebagai pampasan kepada 8 orang bekas kakitangan ex-MB yang dulu, Khalid Ibrahim, kepada MBi sendiri untuk menyiasat.

Perkara macam ini sepatutnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tujuan siasatan kerana ia disahkan kerajaan negeri sendiri ada membabitkan unsur-unsur salah guna peruntukkan.

SPRM patut masuk campur kerana ia badan bebas, yang serah semula kepada MBi untuk menyiasat tu kenapa, apa yang cuba disembunyikan?

Kata telus dan terbuka sangat, bila wujud perkara macam ini kenapa cepat-cepat sapu bawah karpet? Sepatutnya bawa SPRM masuk dan biarkan semua terdedah, nak takut apa?

Mungkinkah SPRM hanya berperanan bila dakwaan seumpamanya wujud di negeri ataupun agensi yang ada kaitan dengan BN sahaja? Yang bersangkut paut dengan pembangkang, disuruh agensi yang berkenaan itu sendiri menyiasat?

Itu satu, satu hal lagi, bagaimana barisan Exco Selangor tidak ada kuasa menyiasat agensi kerajaan negeri macam MBi? Ini setelah memetik kenyataan Azmin “(kerajaan negeri) idak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco”. Macam mana tu?

Bukan Menteri Besar adalah Pengerusi MBi ke? Tak boleh buat keputusan macam mana?

Apa sekalipun, nampak sangat kerajaan negeri ini cacamarba, siasatan salah guna kuasa dalam agensi sendiri pun tak boleh nak campur tangan, macam mana tu?

Kalau dengan kerajaan persekutuan tu kang, macam-macam disuruh buat termasuk perkara yang jelas di luar bidang kuasa seperti penculikan di Sabah tempoh hari. Sekali bila wujud dakwaan dalam agensi kerajaan negeri, tolak sana, tolak sini sebab taknak pikul tanggungjawab.

Inilah jadinya bila MB asyik masuk longkang untuk cepat popular.






9 Komen to Skandal Pampasan MBi: Kenapa Tak Minta SPRM Masuk?

  1. moo says:

    siasat internally dulu, kalau ada kes boleh report. sometime kat company pun ada msalah, bukan terus report buat lah D.I dulu.

    Ini 1MDB ni sampai RM41,000,000,000 juta hutang ni macam mana??? Ahli umno yg ngok ni masih tak paham kes ni..

    Pesal ahli umno buat bodoh??? Atau memang bodoh pun..??

  2. WTF says:

    Moooh, 1MDB hutang sampai RM 41,000,000,000 juta pulak???

    Hehehehehehehe, nampak sangat Moooooh tak reti baca surat khabar The Edge!!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!!!!!!

  3. raplahjingaa says:

    WTF…moo dia tau baca akhbar Tamil Nisan je…bank mana yang bagi MDB pinjam sampai banyak tu ?? hehehe…

    Dey mooo….cerita hang pasal RM 209 billion hasil pemberian kerajaan Jepun pada Malaysia apa statusnya la ni ??

    adoiii laaa…hang tak letih ke jadi pembohong moooo ??

  4. Reds says:

    Sape yang percaya kat moo memang bodo….dah diterangkan byk kali pon xpaham2 lagi….

  5. Pak Tho says:

    Ku sangka bijak,rupanya bangang gak moo ni. Pusing sokmo.

  6. Syed says:

    Moo bodoh sombong tahap dungu 120%…

  7. Anak Lenggong says:

    moo Lembu reti baca tak…

    FAKTA SEBENAR TENTANG HUTANG 1MALAYSIA DEVELOPMENT BHD (1MDB) YANG DIFITNAH OLEH PEMBANGKANG
    1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberi jaminan semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional.

    “Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi.

    “Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih,” kata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam sidang media di ibunegara semalam.

    Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.

    Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.

    Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

    “1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan,” kata Lodin.

    Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

    Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan.

    Lodin menegaskan pelaburan yang disimpan di Pulau Cayman sah dari segi undang-undang menerusi subsidiarinya Brazen Sky Ltd atas tujuan cukai dan pelunasan hutang dolar AS.

    “Pulau Cayman dianggap sebagai pulau lindungan cukai. Kami dimaklumkan adalah sesuai untuk kami mempunyai syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dan bagi kami meletakkan dana dalam syarikat ini.

    “Ini hanya proses sementara kerana anda perlu ingat dana ini pada asalnya dilabur dalam usaha sama dengan pihak lain,” katanya.

    Beliau berkata setakat 31 Mac 2014, aset dan liabiliti 1MDB masing-masing berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.

    Setakat ini 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion daripada dana sudah dicairkan bagi pelunasan pelbagai komitmen kewangan 1MDB dan syarikat di landasan untuk mencairkan baki 40 peratus lagi menjelang akhir tahun

Leave a Reply