Menu Utama

Sikap Pentingkan Diri Pemimpin Cawangan, Bahagian Rugikan Umno – Dr M

Sikap ketua cawangan dan bahagian Umno yang mementingkan diri sendiri dan menyekat bakat baharu untuk mencabar mereka, hanya akan melemahkan Umno secara keseluruhan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata adalah penting bagi semua anggota Umno untuk menilai dan menegur semula cara pemilihan pemimpin yang diamalkan, baik dari peringkat cawangan, bahagian, hinggalah ke peringkat pucuk pimpinan.

“Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar ketua cawangan. Ini adalah kerana ada habuan bagi ketua cawangan.

“Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada ketua cawangan. Apabila ketua cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya,” menurut Dr Mahathir dalam entri terbaharu blog beliau bertajuk ‘Selamat Bersidang Umno’ hari ini.

Memetik Umno Selangor sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata Umno Selangor masih tidak mampu menawarkan kepimpinan alternatif bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat negeri itu kepada mereka, ekoran sikap pentingkan diri sesetengah pemimpin yang enggan diri mereka digantikan orang lebih berkebolehan.

Dr Mahathir berkata jika perkara ini berterusan, Umno sendiri yang akan rugi kerana orang yang mempunyai bakat dan berkebolehan tidak dapat menjadi pelapis kepada kepimpinan sedia ada, dan memilih parti lain untuk dijadikan platform.

“Kerana kecewa, ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini,” tegas Dr Mahathir, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘orang tua Umno’.

Menyentuh Perhimpunan Agung Umno 2014 yang bermula hari ini, selain membincangkan perkara berkaitan bumiputera dan Umno, beliau menyeru para perwakilan agar menggunakan pentas ini untuk menegur pemimpin, bagi menjamin kepentingan parti dan negara secara amnya.

“Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

“Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang di keliling kita sahaja,” katanya.

BERNAMA






18 Komen to Sikap Pentingkan Diri Pemimpin Cawangan, Bahagian Rugikan Umno – Dr M

  1. moo says:

    Tun Dr Mahathir Mohamad has called on Umno delegates to be critical and speak their minds at its assembly which begins tomorrow if the party is to survive and move forward.

    He said Umno members must be brave in openly criticising their leaders, including their presidents, said Dr Mahathir, who was, at one time, the party’s longest serving president.

    “Everyone knows that Umno now is not as popular as before. There are those who say Umno is not relevant.

    “If Umno is defeated and wiped off the face of the earth, its leaders and members cannot deny that they had contributed to the downfall of the party that has done a lot for Malays and Malaysia,” said Dr Mahathir in a posting in his blog chedet.cc.

    His message to Umno leaders and members comes a day before the country’s largest party is scheduled to hold its 68th assembly in Kuala Lumpur beginning November 26.

    Dr Mahathir staunchly criticised Umno members in the past, and had gone on record to withdraw his support for president Datuk Seri Najib Abdul Razak, who is also the country’s prime minister.

    He said he did this after his recommendations to Najib fell on deaf ears.

    Dr Mahathir’s most recent criticism was aimed at Najib’s policy of giving out cash transfers such as the People Aid Scheme and his management of debt-ridden sovereign wealth fund, 1Malaysia Development Berhad.

    In calling for Umno members to be critical, Dr Mahathir said he himself had been openly criticised and even came close to losing the presidency.

    The same, he said, happened to Umno’s first president Tunku Abdul Rahman, and his successors, Tun Abdul Razak Hussein and Tun Hussein Onn.

    “Without criticism, leaders will believe everything they do is correct. But in reality, it may be wrong.”

    Dr Mahathir also touched on his fallout with Najib, although he did not explicitly mention Najib’s name.

    “I was advised to not criticise openly. In reality, I had given my criticisms repeatedly behind closed doors, especially on Bumiputera and Umno problems.

    “But it did not work. So I am forced to criticise openly.”

    Dr Mahathir also said the “warlord culture” among Umno branch and division leaders corrupted the party to the point where bright and talented members got sidelined.

    This has led to the party’s grassroots’s structure being dominated by mediocre leaders, he said.

    “Umno only accepts new members who do not threaten the position of their leaders at all levels. Branches do not accept those who can challenge the position of branch leaders.

    “This is because there are rewards for being branch leaders.

    “These branch leaders are then only replaced by weaker and mediocre successors as they are the only type of people the leadership accepts.

    “That is why when the question crops up, ‘Who will be Selangor menteri besar if Barisan Nasional wins?’, there is no answer… even though Selangor is full of educated and talented Malays who do not have to use Umno to enrich themselves.

    “These people are barred from entering Umno. Those who make it in are barred from climbing up as leaders.

    “Because of this disappointment, those who have talent are going into other parties. Umno will fade and this sacred party will fade away.” – November 25, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/criticise-umno-leadership-at-assembly-dr-m-tells-delegates#sthash.PJJ0K8C8.dpuf

  2. raplahjingaa says:

    hehehe moooo…hang patut copy paste dari blog chedet, ni hang copypaste dari tokonginsider yang copy paste dari blog tun, berapa banyak punya copy paste daaaaa…

    Betul sangat saranan Tun tu…jangan biarkan UMNO jadi macam DAP / PKR / PAS, pimimpin tahun 60an sampai sekarang masih memimpin parti-parti pembangkan tersebut…Kit Siang, Aji Adi, tolak anwar sorang, sebab dia bekas pemimpin UMNO yang di pecat.

    Udah-udah la tu, ada pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang dah macam tongkorak hidup, tapi masih nak jadi ADUN, anak bini menantu ipar duai pulak menyombong nak mampus !! pemimpin macam ni patut di beri kad merah – keluar padang.

  3. WTF says:

    Mooooooh, hang tolong “TRANSLATE” article dlm MYKMU kpad bahasa Inggeris ka???

    Hahahahahahaha, Moooooooh copy paste sana sini tak baca apa yg ditulis dalam artikel MYKMU!!!!

    Inilah taraf INTELECTUAL majority ahli FUCKUTAN RETARD!!!

    HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

  4. kulaan says:

    Salah Tun juga tak kesan masalah ini sejak awal. Sebagai contoh, aku masa kanak-kanak, bila PRU sering dapat tugas tampal poster, dan dibuat tanpa upahpun, sebab seronok . Tapi bila dah dewasa, dan masuk U pula, bila hantar borang jadi ahli, sampai sekarang tak dapat jadi ahli.4 kali antar borang , sampai sekarang haram tak ada maklum balas.

    Kenapa tak dibuat pendaftaran secara online aje dan diterima secara automatik dan pilih cawangan yang diminati tanpa perlu kelulusan ketua Bahagian?Kemudian, berkomunikasi melalui email atau smas nak pangil mesyuarat.. Itupun UMNO tak boleh fikir ka?

  5. moo says:

    The Public Accounts Committee (PAC) wants the Auditor-General (A-G) to investigate Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) over the construction of the RM4 billion low-cost-carrier terminal, klia2.

    Its chairman, Datuk Nur Jazlan Mohamed, said there were weaknesses in the airport’s construction, including elements on which the cabinet was not properly briefed, and which caused the project to experience cost overruns and completion delays.

    “We are calling on the government to direct the A-G to conduct a comprehensive audit on klia2. We want the A-G to identify the responsible parties and the core issues that contributed to the problems so that follow-up action can be taken by the relevant authorities.

    “We are also requesting the A-G to conduct a performance audit on MAHB especially on the KLIA and klia2 development model in terms of planning, implementation and finances,” he said at a press conference at Parliament today. – November 25, 2014.

    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pac-wants-a-g-to-investigate-airport-regulator-over-losses-delays-at-klia2#sthash.MCEyirFr.dpuf

  6. system baru says:

    Biasalah moo ini tak ada sumber lain copy dari tokonginsider dan Tokongkini. itu ajelah mooo boleh baca ia,mooo baca sumber lain ia, mooo minda kau tak terbuka langsung ia macam katak bawah tempurung ia

  7. WTF says:

    Hehehehehe, Mooooooh TAK BERANI nak jawap post aku di atas lalu Moooooh ikut SOP FUCKUTAN RETARD copy paste cerita lain nak DIVERT isu yg taraf INTELECTUAL majority ahli FUCKUTAN RETARD setakat lulusan TADIKA jer!!!

    Moooooh, hang tolong “TRANSLATE” article dlm MYKMU kpad bahasa Inggeris ka???

    Hahahahahahaha, Moooooooh copy paste sana sini tak baca apa yg ditulis dalam artikel MYKMU!!!!

  8. gambus says:

    Moo lembu ni kalau bab copypaste mmg dia nombor satu , tapi apapun tak faham haha

  9. samad says:

    zaman sekarang nak cari pemimpin macam che det cakap memang susah la.

    siapa yang nak lepaskan kuasa kalau boleh buat duit.

    Realitinya ialah tiada siapa yang miskin lepas jadi ketua bahagian.

  10. alyabu says:

    Melayu tak berumah..melayu tak mampu bayar hutang..melayu lemah dlm perniagaan..melayu tak berharta..graduan melayu ramai menganggur..kenapa setelah 57 tahun memerintah melayu masih merempat..Ini persoalan yg mesti ditanya oleh perwakilan UMNO..bukannya mengampu, membodek, memuji, memuja hinggakan rakyat termuntah mendengarkannya..

  11. Lembah Bujang says:

    Buanglah syarat nak jadi ahli mesti dapat kelulusan daripada ketua cawangan/bahagian. Permudahkan.

  12. Lembah Bujang says:

    Untuk pengetahuan moo… Kami yang sokong UMNO pun kalau yang x betul, tetap kami cakap x betul.

  13. kulaan says:

    Mohon Admin delete posting moo. Asyik panjang berjela dan keluar topik…kepada moo..bagi link aje dan guna hujah sendiri…

  14. WTF says:

    Aku setuju dgn cadangan saudara kulaan supaya pendaftaran ahli UMNO dibuat secara online tanpa perlu kelulusan drpd Ketua Bahagian

  15. WTF says:

    Aku tahu Alyabu hari tu MUNTAH DARAH bila dapat tahu Wan Azizah pooojaan Alyabu tak dapat jadi MB Selangor!!!

    http://www.mykmu.net/2014/08/sama-ada-pakatan-rakyat-memang-betul-betul-bahlol-atau-sengaja-nak-tunjuk-derhaka/

  16. Adam Abdullah says:

    Apa yang perlu dibuat oleh UMNO di semua peringkat ialah melatih dan/atau mengalakkan lebih ramai lagi anak muda Melayu, belia dan yang dewasa,lelaki dan perempuan. yang cerdik pandai, yang professional, yang berpengalaman dalam pentadbiran, pengurusan, perniagaan, pertanian, pembenaan, peguam, doktor, engineer dll masuk menjadi ahli di peringkat Cawangan di kawasan masing-masing, di Mukim dan Daerah di mana mereka tinggal dan bekerja.

    Apabila bilangan ahli sudah ramai maka adakan aktiviti-aktiviti parti dan kemasyarakatan, gotong royong dll aktiviti sosial dan dari sini maka barulah ahli-ahli semua membuat pemilihan siapa yang patut dipilih menjadi Ketua Cawangan dan seterusnya Ketua Bahagian dll jawatan di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat.

    Kalau tidak yang sudah tua, yang sudah berumur akan terus jadi Ketua Cawangan dan Bahagian dan apabila sampai masa Pilihan Raya maka Pemimpin di Pusat dapati sukar untuk mencari pemimpin yang berkeliber untuk dicalunkan bertanding sebagai calun UMNO/BN.

  17. arhi says:

    Di satu ketika dulu ahli kumpulan A tidak menerima jawatan dalam parti,hal ini merupakan satu kesilapan besar pabila cerdik pandai hanya sekadar duduk diberanda saja bukan di tengah balai,strategi ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengekalkan kuasa tok2 ketua pada masa itu pabila golongan intelektual tidak diberi peluang dan sedikit sebanyak apa yg berlaku hari ini adlah warisan sikap yg telah diamalkan dulu dan kita sangatlah berasa bersyukur apabila sistem undi bonus yg amat jelek itu telah dihapuskan

Leave a Reply

Threesome