Menu Utama

Siapa Dyana Sofea Untuk Menyindir Wanita & Puteri UMNO?

Bekas calon payung terjun DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea dalam kenyataannya kepada sebuah portal pro pembangkang secara menyindir menyifatkan golongan wanita terutama sekali Pergerakan Puteri UMNO hanya berperanan sebagai penganjur acara sahaja.

Menurut Dyana, wanita muda sepatutnya diberi peluang memimpin dan bukannya menjadi seperti Puteri UMNO yang penglibatan mereka dalam UMNO hanya dihadkan kepada program kemasyarakatan, mengajak orang ramai ke majlis dan menganjurkan acara kebajikan semata-mata.

Persoalannya, adakah kenyataan sindiran Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang itu terhadap Puteri UMNO menepati realiti semasa? Adakah ‘tembakan’ Dyana tepat ke sasaran atau hanya boomerang yang akhirnya mengena dahi sendiri?

Untuk pengetahuan Dyana, dari sudut peranan Puteri UMNO membantu menjayakan program parti dan mendekatkan UMNO kepada masyarakat serta menganjurkan pelbagai acara kebajikan yang bermanfaat, itu diakui ramai sudah menjadi track record Puteri UMNO & Wanita UMNO yang sukar digugat.

Malah dalam mana-mana kempen pilihan raya, golongan wanita muda Puteri UMNO dan senior mereka dalam Wanita UMNO inilah yang banyak memainkan peranan penting menggerakkan jentera parti disamping bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO. Hatta dalam kebanyakan kempen, keberkesanan gerak kerja kempen mereka lebih baik dari Pemuda UMNO. Itu kenyataan.Dyana Sofea DAP - Puteri UMNO

Tapi adakah peranan mereka terhenti setakat itu sahaja? Tentu sekali tidak.

Tahukah Dyana, dua bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO telah diberi tanggungjawab menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hasil dari pengiktirafan terhadap jasa dan kejayaan mereka memimpin pergerakan itu dengan jayanya.

Selain itu tahukah Dyana, UMNO turut memberi ruang kepada tiga lagi pemimpin wanitanya dengan melantik mereka sebagai ahli MT lantikan termasuk Naib Ketua Pergerakan Puteri menjadikan keseluruhan ahli MT UMNO dari kalangan wanita seramai 5 orang berbanding DAP cuma 3 orang sahaja wanita berada dalam kelompok CEC DAP.

Bukankah ini satu pengiktirafan yang cukup jelas dari UMNO yang menghargai komitmen Wanita dan Puteri UMNO kepada parti berbanding dengan DAP. Nampak tak di situ parti mana yang lebih mengiktiraf peranan wanita sehingga diberi kepercayaan untuk sama-sama menggalas kepimpinan parti di peringkat nasional.

Dyana sendiri adakah mendapat peluang menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP? Tiada bukan! Kedudukan Dyana sekarang selaku Setiausaha Politik Lim Kit Siang hanya ehsan DAP sekadar wayang untuk mengabui mara khalayak disamping sebagai umpan publisiti kepada golongan wanita muda sahaja.

Dalam PRU-13 yang lepas pula ramai calon BN datangnya dari kalangan wanita. 70 orang golongan hawa ini diamanahkan mewakili BN di peringkat Parlimen dan DUN. Rekod menunjukkan UMNO mendahului senarai apabila melantik seramai 42 orang calon Wanita dan Puteri UMNO dalam pilihan raya itu dengan 32 daripadanya berjaya menyumbangkan kerusi Parlimen dan DUN untuk BN.

DAP sendiri pula cuma meletakkan 22 orang wanita sahaja sebagai calon Parlimen dan DUN. Berdasarkan angka itu patutnya Dyana boleh tahu UMNO lebih mengiktiraf peranan golongan wanita sekaligus menidakkan kenyataan semberono Dyana yang mendakwa Wanita dan Puteri UMNO hanya terhad berperanan sebagai penganjur acara sahaja.

Fakta juga membuktikan bahawa dari kalangan Wanita dan Puteri UMNO ini telah diberi peluang menganggotai Kabinet Kerajaan Malaysia termasuk bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Manakala di Kedah pula ADUN BN dari Puteri UMNO dilantik menjadi EXCO Negeri. Di Perak pula dua Wanita UMNO juga menggalas tanggungjawab yang sama dalam Kerajaan Negeri itu.

Itu baru sekadar satu dua contoh pengiktirafan UMNO dan BN kepada Wanita dan Puteri UMNO. Banyak lagi bukti lain yang boleh menyanggah sindiran Dyana.

Sebagai contoh, apakah Dyana tahu jika dibanding dengan PAS yang menamakan 25 orang calon wanita sementara PKR pula 30 wanita untuk Parlimen dan DUN pada PRU lepas, maka ia meletakkan DAP di kedudukan yang terendah dalam konteks mengiktiraf peranan wanita bagi mewakili parti dalam pilihan raya. Cukup memalukan, bukan begitu?

Adakah Dyana sedar hakikat itu? Tentu sekali Dyana tidak tahu mengenainya kerana hadirnya Dyana dalam DAP hanya dek kerana tertarik dengan jawatan segera yang diumpan oleh DAP. Malah ‘kejayaan’ Dyana menjadi calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan juga bukannya disebabkan kemampuan dirinya dalam bab kepimpinan.

Itu hakikat yang menjadikan Dyana sekadar ‘pemimpin mi segera’ sebagai mana dikatakan oleh Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Rosni Sahar. Tanpa jawatan segera sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang, siapa Dyana di mata khalayak. Hanya seorang budak mentah yang dangkal dalam hal politik sahaja. Itu realiti yang Dyana tak terdaya menyanggahnya.

Ia berbeza dengan Wanita dan Puteri UMNO. Mereka naik bukan melalui lif tapi disebabkan keupayaan, kemampuan dan kerja buat mereka yang banyak membantu parti sehingga akhirnya diiktiraf untuk terus aktif pula di peringkat kepimpinan parti dan kerajaan.

Dan paling penting untuk pengetahuan Dyana, dek kerana wujudnya Puteri UMNO dengan gerak kerja efisien mereka berserta keaktifan Wanita UMNO jugalah yang menyebabkan DAP tergesa-gesa mencari idea bagaimana caranya mahu menyerap dan menangani keberkesanan gerak kempen kedua-dua sayap UMNO itu.

Dyana, Rara dan Melati adalah buah hasil ketakutan DAP terhadap kehebatan Puteri & Wanita UMNO. Dyana tak sanggup mengakuinya pun tidak mengapa, tapi hakikat ini sampai kiamat pun tiada siapa yang mampu menafikannya.

Juga kerana kehebatan gerak kerja Puteri UMNO jugalah yang memaksa PAS menubuhkan sayap baru yang dinamakan Nisa dan PKR pula mewujudkan Srikandi khusus untuk menandingi gerak kerja sayap UMNO yang paling muda itu. Masihkah Dyana mahu memandang sinis pada keupayaan dan kemampuan Puteri UMNO?

Tidak salah untuk Dyana mahu menyindir sinis siapa sahaja jika kena gaya dan faktanya. Tapi sebelum mengucapkan kata-kata eloklah melihat cermin di mana letak duduknya diri sendiri dan paling penting sebelum mahu ‘menembak’ pastikan ada fakta sahih supaya kelak tidak diketawakan orang lain kemudian nanti.






20 Komen to Siapa Dyana Sofea Untuk Menyindir Wanita & Puteri UMNO?

  1. tony gunawan says:

    puteri umno hanya sekadar pasu bunga saja!

    cantik lihat tapi tiada isi!

  2. system baru says:

    Dyana itu faham ke Konvensyen dap baru2 ini dalam bahasa cina di cakap oleh apek dap , sekarang siapa resis umno ke dap ia sila jawab tony gunawan ia nama pun macam indon yg tak sedar diri dia rakyat indon, tony gunawan sila sokong jokowi itu ia naik minyak 80 sen itu ia

  3. moo says:

    Nampak sgt UMNO menghadapi sindrom Tua, tak boleh di tegur langsung ,…sensitippp!! Patut hilang 2/3 majority and popularity votes. kalu kat US dah alam melingkup….

    Obama dulu menang dgn undi 51% je mengalahkan republican…

  4. kulaan says:

    pedulikan mereka. UMNO kena terus fokus.

  5. Iken says:

    kalau DAP memerintah Dyana akan dapat jawatan Menteri Kebudayaan & Hal Ehwal Melayu….Itu pun kira top postlah…kalau tak percaya tanya EXCO Pas yang dipecat Majlis Perbandran Pulau Pinang baru2 ni…

  6. raplahjingaa says:

    Siapa dyana ??? ooooo…penyedap Christopher yang dilongkangkan oleh rakyaat kat Perak tu ke ??

    laaaa hang bawa cerita Obama pulak ke mooo ?? udah-udah la mooo, dah bertahun dah dunia mengiktiraf kemenangan BN, hang masing alami mimpi ngeri tak dapat menerima kekalahan. siannnn kat hang.

  7. WTF says:

    Bagi Tony Gay, Dyana tu MEMANG SEDAP kalau dapat main!!!

    Tapi tu jer lah gunanya Dyana kepada Tony Gay!!!

    Kalau tak caya, pergi tanya Christopher!!!

  8. WTF says:

    Pilihanraya Malaysia diadakan BUKAN untuk memilih siapa menjadi Perdana Menteri Malaysia, tapi memilih parti mana yang akan menerajui Negara Malaysia!!!

    Masa undian CEC DAP tahun 2013, Moooooh TAK KOMPLEN PUN yg Lim Guan Eng yg dapat no. 5 undian tertinggi boleh pulak jadi Setiausaha Agung DAP!!!

    Udah2lah tu Moooooh, kalau Mooooh nak Anwar Ibrahim menang sesuatu berdasarkan UNDI POPULAR, suruh jer Anwar Ibrahim tu masuk Akademi Fantasia!!!

    PERABIS duit hang kat SMS Mooooooh!!!!

  9. sungai_siput says:

    Dalam maksud Setiausaha wanita UMNO Rosni Sohar tu…
    Pemimpin Mee segera

    Mee segera ni di makan bila dah takde benda lain yg boleh makan…. kalau ada lauk lain alamat tak di makan lah mee segera tu… contoh mcm CHINA DOLL jam Omega yg tak jumpa sampai laa…

  10. Ubi says:

    Tony,kalau wanita umno pasu bunga…sekurang2nya berisi tanah sbg asas kehidupan bunga.bkn mcm melayu dlm dap…tong kosong……………….tong tong tong bunyi gebang ya amat tp isi yillekkkkkk

  11. adi says:

    Maaf cakap perempuan dalam dap mcm eskot girl senang cakap mcm cal girl hebe.

  12. james bond says:

    Dengan charachter macam GRO ni, ada hati nak mengata puteri?

  13. bangKano says:

    Awat la hang ni bongok sangat ni mooo ooiiii….? Sistem pilihan raya di AS ngan Malaysia berbeza cek oiii.. Di Malaysia mengamal sistem demokrasi Westminster ….pilihanraya cuma sekali jerrr untuk memilih parti politik yang dapat majoriti kerusi di parlemen & dun untuk memerentah neghara. Parti mana yang menang menguasai parlemen akan memilih wakil nya sendiri sebagai PM. Di AS plak melaksana kan pilihanraya dua kali….pertama untuk memilih ahli di kongres dan kedua untuk mimilih presiden & naib presiden. Sistem ni di amal kan jugak di Indonesia ngan ada kan Pemilu untuk memilih wakil rakyat ke DPR dan Pilpres untuk memilih presiden & wakil presiden.

    Tu la lain kali buat kajian dulu sebelum nak kondem oghang lain…ni tak semua main pakai hentam keromo jerrr ujung ujung terkena batang hidung sendiri…tu nasib baik tak kena batang peliaq kalo tak bini hang laghi caghi jantan lain…. betoi tak mooo bodo macam lembu…..!!!

  14. WTF says:

    Maafkan si Moooh tu bangKano

    Moooooh mana pernah duduk oversea!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKA Moooooooh!!!!

  15. system baru says:

    ingat tak kes dulu pr cuba lakukan luar tabie, majis pembandaran mahu adakan pilihan raya apa jenis luar tabie yg dilakukan pr ini ia nasib baik spr tak berkerja sama kau tidak kita akan di malukan ia , kalau kongras adakan pilihan raya aku percayalah ia

  16. Aurora Borealis says:

    Obama ke Osama Moo..cuba cerr tengok muka dorang betul2

  17. alimedanbaru says:

    TAK PERLULAH KOMEN
    PARTI CAP AYAM – DAP – YG DIPERTIKAIKAN OLEH SEMUA AHLI
    JK DAP YG ADA SEKARANG TAK SAH DAN PEGANG JAWATAN ‘ATAS ANGIN’
    NAJISSSS

  18. anakbochek says:

    Alaa… kisah moooo yang “tacing” dengan Najib kes susun kerusi pun tak habih lagi. BTW, LGE pun kuat “tacing” jugak. Komen lebih2 sikit dah kena tendang. Tak caya tanya bekas exco dari PAS dan adun PKR yang kena tendang dgn LGE.

  19. ancus says:

    Bila lembu betina dap bersuara paling tidak pun bunyinya jer kuat…mooooooh

Leave a Reply

Threesome