Menu Utama

Siapa Akan Jadi Red Indian, Elit Melayu atau Husam Musa?

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hadir dalam satu forum anjuran DAP dan memberi ucapan yang secara keseluruhannya bermaksud tidak munasabah Melayu terancam dengan kebangkitan DAP dan Pakatan Rakyat.

Menurut Malaysiakini, Husam menyatakan hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi ‘Red Indian’ seperti di Amerika Syarikat.

Beliau mendakwa bahawa Umno telah memainkan perang psikologi itu sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa terancam.

“Tetapi minda mereka (Melayu) telah menerima perang psikologi yang dibawa Umno sehingga mereka merasakan mereka sememangnya terancam,” katanya.

Katanya, ekoran perang psikologi itu wujud badan bukan kerajaan (NGO) pelampau yang menakut-nakutkan orang Melayu dan tentang kedudukan Islam di negara ini. Bercakap dalam forum bertajuk ‘Adakah Melayu dan Islam diancam’ malam tadi, Husam berkata keadaan itu akan berterusan selama Umno memerintah Malaysia.

Sebaliknya, tegas Husam, Melayu tidak terancam memandangkan kerusi Parlimen Melayu akan tetap kekal majoriti meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

“Sekarang dari 222 kerusi, majoriti 52 kerusi lebih adalah Melayu, kita tidak boleh tukar kerusi, tiada siapa yang ada kuasa tukar kerusi kecuali dengan persempadanan pilihan raya.

“Apa yang PERKASA dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad paling gerun, bukan Melayu menjadi Red Indian, tetapi Umno yang menjadi Red Indian,” kata Husam lagi.

Katanya, menurut kajian Merdeka Center, sebelum ini perasaan Melayu rasa terancam cuma 26 peratus pada 2008 dan meningkat kepada 55 peratus pada 2014.

Mengulas kenyataan Abdul Hamid supaya PAS bergabung dengan Umno bagi mengelakkan orang Melayu terpinggir seperti Red Indian, Husam membidas:

“Pada pendapat saya, lebih lama Umno memerintah Malaysia, lebih cepat Melayu akan jadi Red Indian.”

Pandangan Husam ini sangat melucukan dan nampak bodoh jika difikir secara serius dan mendalam. Dakwaan bahawa hanya UMNO dan elit Melayu yang nerasa terancam dan takut menjadi “red indian” di Amerika Syarikat sangat tidak masuk akal kerana kumpulan elit Melayu ini tidak akan rugi apa-apa jika Pakatan memerintah.

Mereka mempunyai telah mempunyai harta benda dan anak-anak mereka telah mendapat pendidikan terbaik yang dan mampu bersaing dengan mana-mana kaum mahu pun diperingkat antarabangsa.

UMNO juga tidak akan menjadi seperti Red Indian jika kalah kerana sebagai parti sahsiah politik ia boleh sahaja berkembang seperti mana Pas berkembang tanpa kuasa, atau menjadi seperti PKR yang menjual idealisme perjuangan Islam dan Melayu demi kuasa.

Yang merisaukan ialah orang seperti Husam Musa dan penyokong Pas akan menjadi Red Indian, diiktiraf berkongsi kuasa tetapi hanya menjadi pemerhati terhadap polisi dan penentu kuasa.

Anak-anak orang Pas yang belajar di sekolah pondok dan pergi ke Timur Tengah bila balik baru betul-betul jadi Red Indian jika Pakatan memerintah seperti Selangor dan Pulau Pinang.



« (Previous News)



9 Komen to Siapa Akan Jadi Red Indian, Elit Melayu atau Husam Musa?

  1. raplahjingaa says:

    Oiii Husam tonggong, mak leha dan orang kampung yang dihalau keluar dari Sg Nibung Pulau Pinang, bukan golongan elite pun, Pak Omar laki dia nelayan kecil-kecilan, tanah yang depa duduk sejak berpuluh-puluh tahun telah di jual guan eng pada kroni untuk buat kondo harga paling murah RM 680,000.

    Di Permatang Damar laut pun sama, Kak Nab yang jual goreng pisang, di halau keluar, sebab kroni DAP nak buka reataurant seafood. Kak Nab bukan golongan elite pun.

    Di Seagate…semua peniaga Melayu telah di halau keluar, Di Burma Road jalan di tutup sebab peniaga cina nak meniaga.

    Tonggong Husam ni ngalahkan lembu….

  2. itsme says:

    husam dgn jelas menunjukkan fikiran beliau yg cetek dan tdk langsung menampakkan yg beliau mempunyai halatuju kpd kemajuan anak bangsa yg disulam dgn budaya dan semangat melayu yg tinggi, UMNO sedikit pun tdk memusuhi mana2 parti namun dgn husam cuba utk mengkerohkan suasana jelas menejelasjan corak pemikiran yg dangkal dan irihati. Selalunya manusia spt ini takkan kemana2 pun. Husam jelas seorg yg sentiasa gagal, gagal dlm mnjadikan kelantan negeri berdaya saing dgn peluang terhidang selama 22 tahun dan gagal lagi dlm mendekati ahli pas sehingga gagal menduduki ahli kabinet kelantan dan pernyataan diatas memang beliau juga seorg yg berfikiran spt org yg gagal.

  3. GT86 says:

    Betul ke Si Husam cakap macam tu….????? Husam kan bodoh…..macam ada bau2 Dap pulak….

  4. mzma says:

    Tapi PAS lagi “CELAKA & BANGSAT” dia punya Perang Psikologi… Memperguna & mempermainkan “Hukum Allah & Kesucian Islam” semata2 untuk mendapatkan UNDI MELAYU…

  5. omega says:

    Husam memang setaraf dengan Paria. Bukan lagi Red Indian di US

  6. system baru says:

    Aku kata husam bodoh tak bodoh ia cuba tengok belum pr memerintah pas dah dibodohkan. pas sekarang bukan macam pas dulu di geruh oleh umno dan dap. Pas sekarang hanya macai ketika pru aje pkr duduk dalam pejabat macai pas terpakasa buat kerja. Cuba tengok golongan Liberal berkuasa dalam pr

  7. system baru says:

    Husam tak berfikir siapa kuasai ekonomi malaysia ini dan sekarang mereka pulak nak tuntukan undang2 dan kuasa di malaysia ini. ingat kita orang bukan bodoh macam pas dimain kan oleh dap gunakan anwar ia dan anwar sendiri takut dengan dap itu, anwar dengan pas dia berani lah

  8. WTF says:

    Husam Musa tu bukan apa, dia kata begitu sebab NAK COVER yg kegagalan Pakatan Rakyat yg MASIH LAGI GAGAL tak dapat nak perintah Malaysia!!!

    Kalau nak tengok bangsa Melayu menerima nasib yg sama macam golongan RED INDIAN di Amerika Syarikat, undilah DAP, PKR dan PAS!!!

Leave a Reply

Threesome