Menu Utama

#SelamatkanMalaysiaAirlines: Mohon Feriz Omar Dedah Baki “195 Muka Surat” Pelan Jentayu Danaraksa

Agak menarik melihat reaksi pantas yang diberikan oleh Pengarah Jentayu Danaraksa, Feriz Omar, di akaun laman sosial Facebook mengenai cadangan syarikat swasta miliknya yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Khazanah dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.

Mengulas mengenai kritikan yang mendakwa syarikatnya “masih mentah”, “tiada pengalaman” dan “belum siapkan pelan pengambil alihan strategik”, Feriz telah memuat naik 5 muka surat pertama dari keseluruhan “200 muka surat” pelan strategik yang dicadangkan Jentayu Danaraksa.

“BAGI MENOLAK FITNAH PIHAK KETIGA YANG IRI HATI TERHADAP JENTAYU DANARAKSA yang menyatakan Jentayu Danaraksa adalah syarikat ‘baru’, ‘tidak berpengalaman’ dan ‘belum siapkan pelan pengambil-alihan strategik’.

“Berikut adalah 5 mukasurat pertama dari lebih 200 mukasurat Pelan Strategik Pengambil-Alihan beberapa Aset Strategik MAS yang dikumpulkan oleh Jentayu Danaraksa,” kata Feriz yang dipetik dari laman Facebook peribadinya, bersama lima keping gambar pelan tersebut.

Pertamanya pada pandangan penulis, merujuk pada kritikan yang dibuat terhadap hasrat Jentayu Danaraksa itu, tiada kelihatan sebarang kenyataan yang menunjukkan “fitnah” sebagaimana yang didakwa.

Sememangnya benar syarikat yang baru ditubuhkan dan baru berusia lebih kurang 2 bulan layak dikategorikan sebagai “sebuah syarikat baru”. Lantaran baru ditubuhkan dalam tempoh 2 bulan, sudah tentulah syarikatnya itu juga boleh disifatkan sebagai “tiada pengalaman”, bukan?

MAS template
Namun, penulis lebih tertarik untuk bertanya pada “master mind” Jentayu Danaraksa itu tentang kertas cadangan yang dia muat naik di laman Facebook tersebut.

Soalnya, mengapa hanya 5 muka surat dari 200 muka surat yang didedah? Alangkah baiknya jika Feriz memuat naik keseluruhan kandungan kertas “Pelan Strategik Pengambil-Alihan beberapa Aset Strategik MAS” di laman web Jentayu Danaraksa untuk rujukan umum, bukan?

Sekiranya Feriz benar-benar mahu membuktikan pelan strategik syarikatnya itu boleh membantu MAS, dia sewajarnya mendedahkan baki “195 muka surat” kertas cadangan tersebut! Itu lebih meyakinkan, bukan?

Penulis yakin, jika Khazanah berani mendedahkan semua rangka utama pelan pemulihannya kepada umum demi menyakinkan orang ramai dengan cadangan holistik mereka, Jentayu Danaraksa juga perlu membuat perkara yang sama, bukan?

Sebagaimana komen saudara H Amree Ahamad Salam,

Maaf ganggu, tapi sebagai pemerhati, secara jujur saya rasa lebih baik Jentayu buat PR exercise dengan siarkan kesemua lebih 200 muka surat proposal itu menerusi laman web Jentayu. Ini rasanya lebih praktikal dan biar semua rakyat tahu apa rancangan Jentayu dalam usaha memulihkan MAS. Jika boleh, buat terus PC panggil semua press khasnya editor meja bisnes datang dan dedahkan segala proposal itu. Ini untuk elak salah faham dan mungkin baiki balik imej Jentayu. Sama ada Khazanah terima atau tolak, itu cerita lain tapi yang mustahak, kena bagi penjelasan sebab masa sudah semakin suntuk sebelum MAS memuktamadkan pelan pemulihan. Rakyat mungkin keliru sebab mereka sayang MAS tapi rakyat bimbang ada pihak luar cuba ambil alih MAS secara tidak wajar. KIta kena belajar bagaimana politik tanah air banyak bermain persepsi dan itu sebabnya orang meluat kat BN sebab disuap berita fitnah oleh macai pembangkang sepanjang masa walhal Pakatan jauh lebih teruk. Wallahualam.

Apatah lagi ia membabitkan kepentingan dan maruah sebuah syarikat kebanggaan negara, sudah tentu ia akan dinilai sama ada sebuah syarikat baru yang berusia 2 bulan tanpa pengalaman benar-benar dapat menyelamatkan MAS atau tidak, bukan?

Justeru itu, penulis mohon atas dasar kepentingan umum supaya Feriz mendedahkan baki 195 muka surat “Pelan Strategik Pengambil-Alihan beberapa Aset Strategik MAS yang dikumpulkan oleh Jentayu Danaraksa”, yang kononnya mengandungi 200 muka surat itu.

Bukan susah pun. Cuma perlu muat naik ke laman web Jentayu Danaraksa. Manalah tahu kalau tiada sebarang jawapan dari Khazanah, kami rakyat boleh tolong desak demi selamatkan MAS, bukan?

Harapan kami supaya Feriz mengotakan katanya mengenai “200 muka surat” itu dan jika kertas cadangan yang diserahkan pada pihak berkenaan sekiranya “tidak sampai 25 muka surat”, mohon berikan “pencerahan” sewajarnya supaya tidak “kantoi” lagi pada masa akan datang.






18 Komen to #SelamatkanMalaysiaAirlines: Mohon Feriz Omar Dedah Baki “195 Muka Surat” Pelan Jentayu Danaraksa

  1. Uturn says:

    ooo feriz omar punya, nanti siap la tentera dia datang balun ni. baru2 ni dia dah suruh tentera dia siap utk attack kat fb.

  2. moo says:

    Apakata UMNO mintak balik kat TS Tajuddin Ramli RM589 juta plus interest , bg hutang yg dilupuskan tu. Student hutang PTPTN RM10k pun korang kehar, inikan pulak RM589 juta..takkan tak nak???

  3. raplahjingaa says:

    hehe…mooo, hang kan pakar ekonomi ” lead arranger ” hang pi la minta balik hutang tu, kalau betul laaaa….tak pun hang pi report kat SPRM. jadilah rakyaat yang bertanggungjawab mooo, jangan jadi macai hidup tak dak tujuan, kecuali merosakkan.

    Aku nak tanya hang sikit…apa idea hang nak majukan MAS ?? hang ada idea ke ??

  4. kulaan says:

    Tak baik berburuk sangka. Kalau akupun ,,tak akan dedahkan semua. Rugi la..nanti ada geng yang ciplak pulak macam kecoh di kementerian tertentu, kertas cadangan diciplak…Apa kata penulis pergi duduk minum kopi dengan dia suruh di cer citer sikit… Baru la Islam dan Melayu maju dan bersatu dan tidak berburuk sangka. Proposal bukan melayu dalam projek tertentu sebelum ni hangpa tak kecoh pulak..?

  5. Iken says:

    Rasa saya tak perlu dedahkan 200 msurat…nanti kita tak terbaca & tak paham…cuma kita nak tahu beberapa perkara:-
    1. Pemegang saham utama (local & foreigner?)
    2. Siapa key mangement team? (pengalaman dan recognition didlm sykt penerbangan)
    3. Bagaimana nasib 6,000 pekerja yg akan diberhentikan…apa rancangan utk mereka?
    4. Strategy j/panjang untk mitigate kenaikan harga minyak…siapa counter party?
    5. Kesedian untuk tambah dana / Cash injection / Bank support (bukan jualan aset)…buktikan mereka mempunyai “readily available fund”….how much?
    6. Perancangan untuk menambah capacity load untuk sector yg tdk menjana keuntungan….
    7. Strategic alliance & future plan?
    8. Segala financial forecast perlu diaudit olh syarikat terkemuka (bid 4) yg dilantik kerajaan
    9. Perancangan pemulihan imej dari tragedi MH731 & MH17..
    10. Loan restructuring plan….
    11. Social obligation plan utk destinasi dikawasan pendalaman….

  6. moo says:

    Student IPTA siap tolong makcik2 kat kg ni, Pemimpin DumbNo buat pe??
    .
    .
    The Court of Appeal today agreed that residents of Kampung Chubadak Tambahan in Sentul were not squatters but licence holders of the land the village was located on, and had the right to be compensated accordingly.

    The Court ordered the reinstatement of a suit by the residents, asking that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and the developer halt their project and seek compensation.

    The suit was struck out earlier this year.

    Justice Abdul Aziz Abdul Rahim, Justice Datuk Mah Weng Kwai and Justice Dr Prasad Sandosham Abraham decided that lawyers representing the residents to re-instate the suit. – November 13, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/court-reinstates-kampung-chubadak-residents-suit#sthash.eZPz5B1g.dpuf

  7. system baru says:

    Siapkan majis penguam bawah pokok ia 29 kampung warisan di jual oleh dap ia dan hasil kebijaksanaan dap jual tanah bawah dari dari harga sebenar ia.
    Di kampung chubadak penah belaku banjir dan kebakaran ada ke apek tong sampah itu tolong buatkan rumah baru di kampung chubadak itu ia

  8. raplahjingaa says:

    hek elah mooo….mana student tu pi bila kg buah pala ranap ?? mana depa bila lenyap pengkalan nelayan sg nibung ? mana depa pi bila orang melayu di halau dari teluk bahang ??

    udah-udah la tu mooo…hang tak letih ke hidup menipu ??

  9. AZMAN MOKHTAR DAN TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP PENJENAYAH
    Fokus pada isu rakyat sebenar. Bantu kami Anak-anak Malaysia Airline System di FB Anak MAS Bersatu (https://www.facebook.com/pages/Anak-MAS-Bersatu/361358457365763)

  10. kuman says:

    … lebih baik je jual MAS kat siapa berminat dengan harga RM1 can mana Air Asia dapat dulu,,, pas tu jual semua asset MAS termasuklah kapten kapten . Kalau tak nak pening kapla jual je MAS kat SIngapore airline ke Emirates dengana harga RM0.50 jimat panadol. Sorry dah meluat..

  11. Tubir says:

    Moo ….kerajaan yang memerintah Malaysia la ni tolong semua rayaat malaysia termasoklah pendatang macam kau moo……Tapi kerajaan tak bising pun …….student tu pon menerima pertolongan dari kerajaan sebab itulah boleh bergerak……..

  12. moo says:

    Dulu proton jual MV Agusta RM4.00 tak kecoh pun, lepas tu company tu jual balikMV agusta based on break up value for RM800million. Why umno tak kecoh?

  13. moo says:

    Raplajinggaa

    kg Buah pala dapatpampasan rumah teres 2 tingkat lg kat town. Ini tanah sah mereka, bukan setinggan..

  14. kulaan says:

    Moo..hang bukak balik forum myKMU lama-lama zaman bedawi pasal MV Agusta. Natijahnya… Najib dapat jadi PM…he..he….Bukan macam parti PR, pemimpin buat onarpun ok je..tak ada apa-apa….

  15. anakbochek says:

    MV Agusta tu UMNO yang punya ke moo? Sebab UMNO kecoh la Pak Lah meletak jawatan. Kalau kampung buah pala tu tanah sah kenapa kerajaan negeri tak nak protect? Anwar dulu berjanji bagai nak rak untuk backup diorang tapi habuk pun tarak. Berak saja besar, isi tarak.

    Apa masalah dengan PTPTN? Dulu aku buat loan JPA aku bayar balik setiap sen sebab itu wang rakyat. Aku pinjam dari rakyat jadi aku kena bayar balik. Takde masalah apa2 pun. Puak2 PR ni bukan faham makna meminjam. Duit rakyat pada PR ialah macam duit mak bapak sendiri, tak payah nak bayar balik. Tak gitu moo. Jangan tengok pada orang yang tak mampu/liat nak bayar balik. Tengok jugak orang lain yang yang sanggup berjimat cermat dan tidak membeli kereta “Pug” demi untuk membayar balik duit rakyat yang dipinjam untuk melanjutkan pelajaran.

  16. WTF says:

    Hehehehe, ya ker Mooh KESEMUA penduduk Kampung Buah Pala dapat pampasan rumah teres 2 tingkat???

    Macam NIPU jer hang ni Mooh!!!

  17. hub4port says:

    umno umno… melayu .. islam.. tiga ni kalu gabungkan jahanam semua tiga2

Leave a Reply

Threesome