Menu Utama

Sejarah Tanah Melayu Berusia Lebih 60 Ribu Tahun, Ada Apa Dengan Bangunan 100 Tahun?

Kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa Kerajaan tidak menolak kemungkinan membawa isu bangunan Vivekananda Ashram di Brickfields ke mahkamah untuk diisytiharkan sebagai tapak warisan negara adalah tidak masuk akal.

vivieanandaAdalah hak pemilik bangunan untuk menentukan sama ada mereka mahu mengekalkan bangunan tersebut atau sebaliknya. Alasan bangunan tersebut berusia 100 tahun sangat tidak masuk akal kerana ia bukanlah jangka masa yang panjang dalam sejarah tamadun negara.

Sejarah Tanah Melayu dikatakan sekarang mencecah usia 60 ribu tahun berikutan penemuan akelogi terbaru manusia Melayu. Justeru apa ada dengan bangunan berusia 100 tahun?

Nazri berkata, Jabatan Warisan Negara sekali lagi telah mengemukakan tawaran kepada Lembaga Vivekananda Ashram untuk pewartaan itu. Tawaran kali pertama pada 13 November 2008 ditolak.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada pihak lembaga… memandangkan ia (bangunan itu) telah wujud sejak lebih daripada 100 tahun.

“Kami juga akan bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) untuk berbincang bagaimana memastikan tapak itu dikekalkan.

“Tidak membenarkan mana-mana pemaju untuk melakukan sebarang perobohan ke atas bangunan bersejarah itu,” katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak bangunan yang berusia 110 tahun itu semalam.

Menurut laporan media, Lembaga Pemegang Amanah Vivekananda Ashram merancang membangunkan semula tanah bangunan itu dengan membina menara apartmen 23 tingkat.

Ini telah mencetuskan kontroversi, termasuk bantahan daripada masyarakat India di sekitar kawasan itu.

Lembaga itu mempertahankan tindakannya dengan alasan untuk membantu menyediakan dana bagi sekolah dan badan amal di bawah jagaannya.

Tindakan untuk kerajaan masuk campur sangat tidak masuk akal, apatah lagi jika nanti membabitkan pembayaran pampasan berpuluh juta.

Pemilik tidak mahu benarkan, biarkanlah. Lagipun apa kena mengena bangunan seperti itu dengan sejarah kaum India di negara ini? Tiada apa-apa.






15 Komen to Sejarah Tanah Melayu Berusia Lebih 60 Ribu Tahun, Ada Apa Dengan Bangunan 100 Tahun?

  1. Uturn says:

    bangang punya nazri ni. lebih sudu dari kuah

  2. GT86 says:

    Yang lantik dia ni, lagi bangang.

  3. samad says:

    nasib la ada isu mcm ni, boleh la dia cari publisiti sikit.

  4. semangat dato' haron says:

    Yg lapangan terbang sungai besi dgn Ramd x nk pula dipertahankan. Penjara Pudu apatah lg. Konon alasan pembangunan. Cukuplah pemimpin melayu jgn jadi bodoh kelak buruk padahnya.

  5. PakKaduk says:

    Nanti yang tinggal di Tanah Melayu hanya warisan pendatang….

  6. omega says:

    Nazri keluar kenyataan semasa kepala tengah weng kot.. sbb tu dia nampak 100 tahun lebih bernilai berbanding dengan 60 Ribu tahun

  7. anakbochek says:

    Ini masalah dalaman Vivikenanda dengan masyarakat India. Yang menteri pelancongan nak campur tangan tu apahal. Ahli lembaga pengarah mereka pun dah tentulah bangsa India. Vivikenanda lebih mementingkan dana untuk masa depan orang India bukannya nak berjimba.

  8. Adam Abdullah says:

    Editor: KuntaKinte Malaysia,

    “Sejarah Tanah Melayu Berusia Lebih 60 Ribu Tahun, Ada Apa Dengan Bangunan 100 Tahun?”

    TETAPI KuntaKinte, tidak banyak maklumat, cerita dan artikel (dalam Utusan, Berita Harian dll media)dan buku dalam Bahasa Melayu yang telah ditulis atau kita dapati untuk dibaca oleh generasi X,Y dan Z tentang sejarah Tanah Melayu dan pemimpin Melayu.

    Wartawan Melayu (Utusan, Berita Harian dll suratkhabar) perlu buat semacam The Star. Mereka selalu menulis dan menyiarkan berita, maklumat, artikel dan cerita sejarah kaum mereka seperti yang ditulis Wong Choon Wai tentang Pulau Pinang baru-baru ini dan “The Yaps of Kuala Lumpur” (http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/11/07/The-Yaps-of-Kuala-Lumpur/) oleh Yap Yoke Teng dari The Star.

    Sejarah Tanah Melayu dan Malaysia dalam buku sejarah yang ada sekarang tidak mencukupi untuku kita mengtahui peranana semua dalam membangunkan, memajukan, mentadbir dan mengurus kaum dan rakyat mengikut zaman ke zaman. Ia perlu disiasat, dilawati, ditemuramah,dikaji, ditulis dan disebarkan untuk pengtahuan semua.

  9. Syed says:

    Nazri ni pelik sikit… susah nak baca…

  10. rakyatbiasa says:

    Amat setuju apa yang diperkatakan oleh Adam Abdullah
    November 7th, 2014 at 11:11 AM:
    sesiapa yang sering membaca The Star faham maksud beliau.
    Sememangnyer sejarah melayu harus diketengahkan oleh ahli akademi melayu tetapi yang peliknya hal sejarah seoarang profesor berbangsa bukan melayu lebih sering bercakap hal sejarah. Rasa-rasanya lah adakah Prof ni suka kepada kehebatan sejarah bangsa melayu walaupun ianya fakta.

  11. wong jowo says:

    baik kekalkan kampung2 yang masih mundur dengan jalan becak tu jadikan kampung warisan melayu..sebab memang banyak lagi kampung melayu masih mengekalkan jalan becak..masih ada lagi yang mandi perigi..masih ada lagi guna lampu guna generator..

  12. wong jowo says:

    baik kekalkan kampung2 yang masih mundur dengan jalan becak tu jadikan kampung warisan melayu..sebab memang banyak lagi kampung melayu masih mengekalkan jalan becak..

  13. Harris says:

    Kekalkanlah, bangunan lama tu.. 100 tahun memang tak lama, tp klu bangunan tu di kekalkan skrg silap2 400 ke 500 tahun dtg masih ada lg…. klu skrg nak di robohkan bangunan berusia 100 tahun.. bila lah bangunan tu nak jadi seribu tahun…Generasi kita memanglah tak heran,bangunan g2 tu.. tp genrasi akan datang camana plak..Bangunan lama tu…tentu banyak sejarahnya…

  14. Adam Abdullah says:

    Wong Jowo, Kemajuan dan pembangunan kena diteruskan, di kampong-kampong, kampong nelayan, kampong petani sawah padi, di New Villages, di kawasan pendalaman dan di Kawasan Orang Asli di seluruh negara.

    Tetapi sejarah dan penglibatan semua kaum, semua pemimpin, dari semua kaum dalam perniagaan, sektor ekonomi, pembangunan, pentadbiran dan pengurusan kampong, mukim, pekan, bandar, daerah, negeri dan negara dari “60 ribu tahun” dan dari zaman Parameswara, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diselidik, disiasat, ditulis, dibukukan dan dikenang serta disebarkan untuk semua kaum dan bangsa tahu melalui media cetak dan media eletronik.

Leave a Reply

Threesome