Menu Utama

Seimbas Lalu Pemberian BR1M

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam satu tulisannya di blog chedet.cc telah mengkritik tindakan Kerajaan meneruskan pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ia menimbulkan tanggapan seakan satu bentuk rasuah untuk membeli undi dan sokongan dari rakyat.

Tun Dr Mahathir juga menyuarakan kebimbangan kalau-kalau bantuan sedemikian berterusan dikhuatiri akan menyebabkan rakyat Malaysia menjadi kurang berdaya saing (malas?) kerana terlalu bergantung harap pada bantuan tersebut di masa akan datang.

Adakah pandangan Tun Dr Mahathir betul atau sebaliknya? Dari satu sudut kontranya, jika pemberian BR1M yang dilakukan hanya bila hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) maka ia memang boleh dianggap sebagai rasuah dalam skala besar untuk kepentingan politik parti pemerintah.

Bagaimana pun dalam konteks pemberian BR1M yang diamalkan sekarang nampaknya tanggapan itu tidak tepat memandangkan sejak ia diperkenalkan pada 2011 ia tidak terhad menjelang PRU semata-mata sebaliknya konsisten diberikan setiap tahun kepada golongan sasaran berpendapatan bawah RM3,000 dan RM4,000.

BR1M diwujudkan bukannya sebagai satu jaminan yang mengikat pendirian golongan yang menerima, sebaliknya sekadar aku janji dan komitmen BN dalam membantu meringankan bebanan rakyat tanpa mengira parti apa yang disokong oleh penerimanya. Ia mencerminkan keprihatinan Kerajaan kepada rakyatnya.

Begitu juga bila BR1M dikatakan menyebabkan ada rakyat Malaysia menjadi malas atau kurang berdaya saing, juga kurang tepat kerana bantuan yang diterima bukannya berbentuk sara diri yang mencecah ribuan ringgit setiap bulan sebaliknya sekadar beberapa ratus ringgit sahaja setahun.

BR1M sama sekali tidak boleh disamakan dengan bantuan kebajikan kepada penganggur terhormat yang makan, minum dan tidur dengan hanya mengharapkan bantuan tersebut setiap bulan untuk meneruskan kehidupan. Jadinya soal daya saing rasanya tidak timbul.

Secara umumnya BR1M ada sedikit persamaan dengan bantuan zakat kepada asnaf yang layak atau bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk golongan orang kurang upaya, warga emas tidak berkemampuan dan lain-lain. Bantuan sedemikian lebih kepada bermaksud meringankan bebanan.

Bagi golongan berkeluarga dengan anak tiga empat orang, bantuan tunai BR1M yang kini masuk siri keempat hakikatnya dialu-alukan walau pun kecil nilainya namun besar maknanya dalam meringankan bebanan lebih-lebih lagi di awal tahun di mana persediaan persekolahan anak-anak menuntut perbelanjaan yang bukan sedikit.

Untuk golongan bujang atau berkeluarga yang mempunyai tunggakan bil utiliti, setidak-tidaknya dengan sedikit wang ringgit yang diterima dari BR1M dapatlah juga melangsaikan tunggakan yang ada. Nilai yang kecil jika bijak digunakan besar juga manfaatnya.

Apa pun yang paling penting difahami, BR1M bukannya bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan individu, tujuan utamanya sejak dulu hingga sekarang hanya satu yakni meringankan bebanan khalayak yang tergolong dalam kumpulan sasar. Seharusnya motif utamanya itu tidak disalah ertikan dengan maksud lain.

Perkara lain yang perlu kita halusi di sebalik pemberian tunai BR1M yang jumlah keseluruhannya mencecah berbilion ringgit itu, ia secara tidak langsung sebenarnya turut merancakkan kitaran ekonomi. Wang yang keluar dari kantung kerajaan masuk ke poket penerima kemudiannya menghidupkan urus niaga di luar sana untuk tempoh tertentu. Adakah ramai yang perasan hakikat itu?

Namun tetap perlu diakui BR1M hanya bersifat bantuan jangka masa pendek seumpama memberi ikan dan bukannya sebatang joran untuk terus memancing ikan. Konsep bantuan jangka pendek seperti BR1M memang ada manfaat dan ada juga mudaratnya. Mungkin asas inilah yang membimbangkan Tun Dr Mahathir kalau-kalau lambat laun ia mengganggu fokus Kerajaan untuk membangunkan negara mengikut kemampuan daya saing rakyatnya.

Pun begitu, penulis percaya Kerajaan terbuka dengan kritikan tersebut, demikian juga Ayahanda Tun Dr Mahathir dan kita semua juga terbuka menerima pro kontranya untuk dibahaskan seimbas lalu mengikut pemahaman masing-masing.






13 Komen to Seimbas Lalu Pemberian BR1M

  1. raplahjingaa says:

    Ya…ya, aku berani katakan 60% penerima brim menyalahgunakan pemberian tersebut, ada tukar hp baru, rim kereta baru, carpet baru, pi makan angin, ntah apa-apa lagi….

  2. joetbatu says:

    malaysia tidak ada lebihan kewangan. Apa pun alasan kerajaan diatas pembeberian BR1M hanyalah sekadar melakukan kerja mudah untuk dapatkan undi dari rakyat. Bermula dari kerajaan negeri pulau pinang kemudian diikuti selangor. Persekutuan pun tak nak kalah dalam isu ini lalu diberikan BR1M. Berhempas pulas jabatan hasil mencari dana setiap tahun untuk keluarkan BR1M. Langkah terbaru dengan kurangkan subsidi petrol. Soalnya penjimatan subsidi itu adalah untuk tampung BR1M dan bukannya untuk pembangunan negara untuk jangka panjang. Lambakan duit segera hanya menyebabkan kuasa membeli yang mendadak di pasaran. Ini mengakibatkan meningkatnya permintaan dan menambah kenaikan harga barangan. Sejumlah ramai penerima BR1M menganggap mendapat ‘duit terpijak’ dan akan dihabiskan dalam masa terdekat.

  3. jagungmentah says:

    Nak kata org2 tu hidup susah sbb tiada peluang pon tak boleh sbb ramai warga asing yg jadi taukeh dan kaya raya..

    Apa2 pon sbb sikap, sikap diri sendiri yg tidak mahu berubah dan sikap segelintir pihak berkuasa yg tidak amanah..

    Br1m ok jika diguna utk membantu tapi amat tidak sesuai sbg senjata utk memajukan diri..

  4. alimedanbaru says:

    Pemberian tu betul dah
    menepati kerajaan yg berkebajikan
    kalau digunakan dengan betul
    pemberian itu mencukupi untuk beli keperluan asas bulanan
    spt, BERAS, MINYAK MASAK, GULA, SUSU DAN TEPONG
    salah guna belanja bukan salah kerajaan salah individu rakyat
    jangan semua dilihat dari kerajaan
    SALAHKAN PENERIMA YG TAK GUNA PEMBERIAN ITU DGN BETUL!
    manusia jarang yg bersyukur!

  5. GT86 says:

    Rasuah tetap rasuah walau apa pun di istilahkannya.
    Aku masih dan tetap tidak bersetuju.
    Purata rakyat Malaysia hidup berlagak…semakin ego dan sombong juga semakin sakit jiwa. Sori geng….
    Yang kata takde duit tapi perabot rumah macam istana. Hp? jgn kata apa2 lah.
    Klu betul2 nak tolong rakyat… yang mesti dilakukan dahulu…turunkan harga barang. jangan sekongkol dengan cina2 yang lintah darat tu, contohnya..YTL.

  6. Aurora Borealis says:

    soalan simple…selepas diberi BRIM…adakah nasib melayu berubah? adakah hidup mereka lebih senang? adakah yg simpan duit BRIM tu utk buat modal meniaga nasi lemak dan seumpamanya? jika masih ditakuk lama…rasanya dibagi gunung intan pun nasib melayu tetap sama macam tu..

  7. mnorkembalak says:

    Salam kepada semua pembaca http://www.mykmu.net ulasan penulis diatas berkenaan pemberian BR1M diatas semua orang menerimanya dengan tepat dan padat. Cuma wujud segelintir sahaja yang sengaja tidak mahu memahaminya termasuk juga mantan Perdana Menteri Tun M..!!

    Jika ulasan saya hanya terhenti disini, tanpa penjelasan yang lanjut maka, ramai yang mungkin tidak terfikir hakikat sebenar tentang sara hidup bagi golongan purata bagi beberapa ketegori kehidupan rakyat.

    Pernahkah Tun M menjiwai kehidupan rakyat, yang bergaji RM4000.00 atau RM3000.00 apatah lagi dengan kehidupan rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? yang sekarang ini kita semua menghadapi kenaikan harga barangan…!!

    Adakah apa yang Tun M perolehi dalam kehidupannya yang sekarang ini dengan hasil kerja kerasnya dengan mengait kelapa sawit, menoreh getah atau sebagai buruh binaan atau sebagai nelayan?

    Dengan pendapatan RM4000,00 atau RM3000.00 boleh juga berasa lega jika berada dalam keluarga kecil, punya rumah sendiri tidak tinggal dirumah sewa, tapi…bagaimana pula kepritan hidup yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang? ehh..adake golongan macam ni…!!!

    Cubalah buka mata wahai semua…masuk dan jelajahlah disegenap kampung yang ada diseluruh malaysia ini..termasuk di Sabah dan Sarawak pasti anda semua akan jumpa. Budaya malaskah mereka? yang tidak ada keupayaan untuk menaikkan taraf hidup… siapa manusia yang nak hidup dalam keadaan susah dan serba kekurangan?

    Kononnya ulasan Tun M keutungan yang kerajaan perolehi nak bangunkan negara, nak naikkan taraf, apa yang kita lihat sekarang pembangunan pesat hanya di bandar-bandar semuanya lengkap, apa yang penduduk kampong-kampong perolehi? lebih-lebih lagi pendudk dikawasan pendalaman?

    Naiknya setiap pemimpin Melayu adalah dari sokongan rakyat-rakyat dikampong-kampong bukannya mereka dapat sokong dan undi dari pendududk bandar dan dari orang golongan koperat.

    Kalau tak percaya PRU akan datang suruh pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini bertanding dibandar-bandar dan majoriti pengungundinya pula bukan orang Melayu.. anda rasa mereka “BOLEH MENANG KE”?

    Oklah..kalau saya teruskan pok..pet pok..pet ramai yang marah pula cuma apalah salahnya kerajaan menyumbangkan pemberian tersebut (BR1M) sebagai membalas budi untuk mengembirakan hati rakyat yang diketegorikan dalam golongan tersebut…kerana itupon hak rayat juga.

    Tidak tergugat pon segala elaun-elaun pemimpin dan gaji-gaji besar mereka dan lagi harap-harap setiap tahun Tun M tunaikankan zakat kalau boleh dua kali ganda dari sebelum ini, kerana semuanya itu tinggal setelah kita mati. Yang kita bawa adalah amalan…

  8. itsme says:

    nak buat mcm mana? sikap pemimpin kita mmg suka bagi, bukan brim shj, depa bagi subsidi, depa bagi lawan “Allah” kat court, depa bagi lawan “pondan” kat court, depa bagi penang kat kristian, dwpa bagi sgor kat kristian, laa ni depa bagi kristian buat gereja paling besar kat asia di bukit jalil dgn kapasiti 5000 org, depa bagi kristian buat gereja kat subang, dwpa bagi pondan p lawan pondan tercantik, dwpa bagi lepas malaun yg lwn raja, depa bagi lepas petualang yg biat lahad datu kecoh, apa lagi depa bagi?? depa bagi harga rumah naik gila babi punya, depa bagi tanah melayu kat cinabeng, ini antara tanda2 bhw pemimpin kita taklah sehebat mana, konon nak jadi pemimpin global tapi negara sendiri huru hara.. la ni depa bagi balik bible yg berkalimah Allah balik kat mrk, apa guna tangkap tu hari?? depa bagi mrk buat pps, la ni pakai nama lain.. kita melayu ingat umno best sgt dah.. tapi itulah aje pilihan yg kita islam semua ada. kita harap sgt ada parti lain yg berteraskan Islam sejati menjadi penganti umno pada pru2 yg akan dtg. depa dah BAGI kita faham siapa mrk itu, baik UMNO PKR PAS DAP & lain2 yg ada, mrk sama shj.. we running out of time, if we dont start now!!

  9. semangat dato' haron says:

    Aku bosan rakyat merungut kos sara hidup tinggi di Facebook tp post gambar2 bersuka ria bercuti luar negara dan makan di restoran mewah. Jgn salahkan kerajaan salahkan diri sendiri x boleh urus kewangan. Sekurang2nya kerajaan dah bg BR1M utk mengurangkan beban. Dlm kes BR1M aku sokong Najib kerana bg sesetengah orang BR1M besar ertinya. Aku x rasa BR1M rasuah, terpulang pada persepsi penerima tersebut kerana bknnya ada ubat guna2 dlm BR1M yg akan menyebabkan mereka dirasuk utk mengundi BN. Kalo kecoh sgt x yahlah ambil BR1M. Sekurang2nya kita tahu ada bantuan terus pada rakyat dan ianya cukup transparent sekali. Rm950 jumlahnya besar utk mereka yg berbelanja dgn bijak. Masalahnya sebahagian generasi X dan Y di negara ini dh biasa hidup mewah dan tidak boleh menerima kepayahan hidup. Lgpun keadaan politik dan ekonomi dunia pun x stabil kita patut bersyukur negara kita sekurang2nya masih stabil. Cuma Najib kenalah dgr pendapat parti sendiri dan negarawan2 jgn asyik ikut cakap penasihat2. Bkn mereka yg bersusah payah memastikan kemenangan UMNO BN. Ingat tiada Presiden lebih berkuasa dari parti sendiri hatta Dato’ Onn pengasas UMNO. Itu yg membezakan kita dari Pakatan Haram di sebelah sana.

  10. sireh ke gagang says:

    Yang memekak pasal harga barang tu , aku nak bagi tahu , Harga barang dalam pasaran adalah berdasarkan permintaan. Bukan sepenuhnya di kawal oleh kerajaan. sebelum nk salahkan kerajaan , dalami dulu struktur ekonomi malaysia bergerak mcm mana.buat kajian yg mendalam . jangan main cakap pakai kepala lutut. sebab nampak sangat bodohnya.

  11. […] terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diperkenalkan sejak […]

  12. […] terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diperkenalkan sejak […]

Leave a Reply

Threesome