Menu Utama

RMK-11 Transformasi Terakhir Jadikan Malaysia Negara Maju

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentang pada Mei depan merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan akan memberi keutamaan kepada projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah selain memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas.

“Di samping itu, pendekatan-pendekatan yang telah diutarakan dalam Bajet 2015 yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat di mana saya telah membahagikan pengurusan ekonomi kita kepada dua bahagian yakni ‘capital economy’ (ekonomi modal) dan ‘people economy’ (ekonomi rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran radio Perdana Menteri yang dimuat naik dalam laman web najibrazak.com pada Jumaat.

Najib juga yakin negara berada di landasan yang tepat dan berpandangan positif bahawa Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang 2020 berbekalkan pendekatan yang telah dirancang itu.

Pada 10 Okt, Perdana Menteri membentangkan Bajet 2015 yang memperuntukkan RM273.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, yang dianggap pelengkap kepada 10 Rancangan Malaysia.

RMK-11 akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020.

BERNAMA






8 Komen to RMK-11 Transformasi Terakhir Jadikan Malaysia Negara Maju

  1. […] Beliau berkata demikian dalam siaran radio Perdana Menteri yang dimuat naik …read more […]

  2. jagungmentah says:

    Negara maju berpendapatan tinggi tapi rakyat2 mu akhlak menjunam budi bahasa ntah kemana akidah merosot nak buat ape wahai pemimpin2ku?

  3. semangat dato' haron says:

    Cabarannya besar namun jika bersatu nescaya kejayaan akan tercapai. Semoga Tun Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat aspirasi wawasan 2020 beliau tercapai. Amin…

  4. bangKano says:

    Status negara maju tak berbaloi jika majoriti rakyat nya di bawah paras kemiskinan…jangan cuba nak ikut formula barat guna pakai pendapatan per kapita rakyat bersandar kan pendapatan tinggi golongan elit & pertengahan sedang kan majoriti masih lagi berpendapatan rendah.

    Jangan ikut nafsu para pemimpin setengah dunia ketiga bila negara dah ekonomi berkembang takat segelintir rakyat dah sibuk nak jaja jadi negara maju..pada hal ada lebih 3/4 rakyat marhen di baluti kemiskinan kronis.

  5. Adam Abdullah says:

    Malaysia ialah sebuah Negara yang mempunyi tanah/bumi yang subur dan luas di mana berbagai-bagai tanaman dan tumbu-tumbuhan ditanam seperti pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Sungguhpun beberapa Rancangan TRANSFORMASI telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan TRANSFORMASI “Rancangan Buku Hijau” dan “Pertanian secara Komersial” masih belum mencapai tahap yang tinggi yang boleh menampung kepada keperluan 30 juta rakyat Malaysia setiap hari.

    Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi yang ada kaitan dalam Pertanian, Perikanan, Penternakan, Rancangan Luar Bandar dan pemasaran perlu bergiat dengan lebih aktif dalam Transformasi Pertanian, Penternakan dan Perikanan.
    ===============================================================================

    http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=331002

    Bernama.com – Am – 6 Mei, 2008 13:47 PM

    Rancangan Buku Hijau Bagi Hadapi Kekurangan Bekalan Makanan
    Oleh Syed Azwan Syed Ali

    KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Peningkatan berterusan harga makanan di pasaran dunia mendorong kerajaan melancarkan program meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dalam negara dan berikutan itu pakar-pakar pertanian dan ekonomi menyarankan Rancangan Buku Hijau dihidupkan kembali.

    Semasa diperkenalkan lebih 30 tahun lalu, Buku Hijau ternyata berkesan dalam mengurangkan kadar inflasi menerusi peningkatan pendapatan rakyat menerusi penglibatan dalam bidang pertanian secara sambilan atau sepenuh masa.

    Setelah negara berjaya menangani inflasi akibat kejatuhan harga getah dan krisis ekonomi pada awal 1970-an, rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua (Allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pada Disember 1974, mula dilupakan.

    Sebelum krisis semasa dunia melanda negara, kerajaan melaksanakan program Bumi Hijau sebagai satu daripada strategi di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan melibatkan peruntukan keseluruhan RM4 bilion, bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga makanan stabil.

    Namun pakar-pakar berpendapat rancangan Buku Hijau atau terjemahan semangatnya seperti program Bumi Hijau perlu diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya ketika krisis, kerana makanan adalah keperluan asas rakyat yang memerlukan jaminan.

  6. Kita berjaya menjadikan status negara maju dan berpendapatan tinggi . Janagn hanya satu kaum saja memonopoli kekayaan negara sedangkan orang Melayu jauh ketinggalan .Memanndangkan sekarang pun 40 jutawan 28 Cina 8 Melayu dan 4 India .Ini menunjukkan pembahagian negara yang kurang saksama. Kalau pemimpin gagal mengubah keadaan biarlah tak payah jadikan negara maju yang sentiasa dan sepanjang masa rugikan Melayu .
    Perjayalah kalau jurang itu berterusan orang Melayu akan kalah dinegara sendiri.
    jangan lah asyik tersilap perkiraan kita . Itu lah cara sistem matik yang melemahkan Melayu .

  7. Zulkarnaen Salim says:

    Salam,saya berpendapat agar kerajaan dapat menubuhkan satu badan bagi menubuhkan dan membangunkan ekonomi bumiputera dalam bidang perindustrian dan inovasi.Contohnya dengan membina dana dan menjalankan operasi berasaskan perindustrian yang dibarisi panel pengurusan dan profesional bumiputera majoritinya…

Leave a Reply

Threesome