Menu Utama

Relevankah Lagi Islam Sebagai Agama Persekutuan?

BEBERAPA perkembangan dalam negara berkaitan Islam mutakhir ini menimbulkan persoalan, apakah status Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan negara kita masih relevan?

Kalau lelaki Islam berpakaian dan berperwatakan seperti wanita pun dianggap bukan kesalahan (walhal jelas berlawanan dengan Islam), penulis rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan negara kita, dimana-mana. Penulis tak rasa perlembagaan kita bermasalah, tapi orang yang menafsirkannya.

Menurut sumber, enakmen melarang lelaki berpakaian dan berperwatakan seperti wanita ini bukan sahaja menepati hukum tapi lebih pentng lagi, praktikal untuk dilaksanakan serta dikuatkuasakan. Sama seperti lelaki memakai emas juga, hukumnya salah, tapi dari segi penguatkuasaannya, sukar, berbanding jantan yang pakai bra dan gaun untuk tujuan yang entah apa.

Lagipun menurut sumber berkenaan, takde sebab untuk lelaki memakai pakaian wanita seperti bra. Untuk apa lelaki pakai bra, bukan ada apa yang nak ditampung kat dada nun.

Kata sumber berkenaan lagi, dari segi penguatkuasaan ia sama seperti yang lain, bergantung kepada laporan. Tidak ada laporan bermaksud, tidak ada kes yang boleh dibawa ke Mahkamah. Ini menjawab persoalan kenapa pelakon lelaki berpakaian seperti wanita di TV tidak dikenakan tindakan undang-undang,

Apa pun, pengajaran dari kejadian ini ialah, apa pun sistem dalam negara ini perlu diperkemaskan dan penjawat jawatan terbabit perlu dipastikan bersih dari pengaruh politik terutama sekali politik pembangkang. Kalau dalam sejarahnya pernah jadi calon pilihanraya parti pembangkang, janganlah diambil dia memegang jawatan itu.

Kalau dah terambil, dipastikan agar dia tidak memegang jawatan tinggi sehingga ke tahap dianggap boleh mencemarkan kesucian Islam dalam perlembagaan kita.






4 Komen to Relevankah Lagi Islam Sebagai Agama Persekutuan?

  1. itsme says:

    bagus artikel ni.. kerajaan dgn pelbagai agensinya perlu peka kpd semua susur galur jalinan pakatan2 yg boleh menjahanamkan org2 Islam serta Islam itu sendiri diMsia.

    agensi2 tdk lagi boleh bersangka baik dan dlm masa sama perlu lbh proaktif dan agresive dlm menjalankan agenda2 Islam diMsia yg perjalanannya masih jauh.

  2. ronn says:

    kena leraikan dalam parlimen..Islam Agama Persekutuan tu apa dia?

  3. Adam Abdullah says:

    Malaysia adalah sebuah Negara uang mempunyi rakyat dari berbilang kaum, bangsa, agama, budaya, kepercayaan, logat, bahasa dan fahaman politik.

    Malaysia sudah Merdeka dan menjadi ahli Commonwealth, OCI, Bangsa-Bangsa Bersatu dan ASEAN.

    Islam ialah agama resmi bagi Malaysia. Semenjak Merdeka Malaysia telah dan sedang mengambil bahagian dalam berbagai peranan dalam menjaga keselamatan di Negara-Negara yang bergolak, yang berperang seperti di Congo dll Negara.

    Malaysia juga mempunyi program memajukan negara seperti FELDA dan FELCRA yang menjadi program tiruan kepada beberapa Negara membangun di Asia dan Afrika.

    Oleh kerana kebolehan Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh satu parti politik seperti Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 buah parti politik dari berbagai kaum dan bangsa ada pehak di luar Negara yang berasa cemburu dan dengki dan cuba melemah dan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan/BN melalui berbagai-bagai caea – melalui persatuan, pertubuhan, kelab, NGOs dan mnelalui media soscial dan Internet dan melalui berbagai aktiviti yang tidak disedari oleh ahli-ahli serta penyokong mereka.

    Kerajaan, Jabatan Agama JAKIM, Masjid dan Surau, ibu bapa, penjaga, sekolah, kolej dan universiti perlu peka dengan mereka, pertubuhan, kelab, persatuam dan NGOs yang cuba melemahkan kita melalui Agama dan melalui undang-undang dan Perlembagaan.Ramai anak-anak muda yang sudah melanjutkan pelajaran di Luar Negara dan juga di dalam Negara amat mudah dipengaruhi oleh budaya Barat dan fahaman politik Barat dengan adanya alat media soscial dan IT hingga ada yang tidak faham apa sebenarnya “Jihad” dalam Islam.

    Pehak Peguam Negara, Jabatan Kehakiman, Jabatan Agama Islam perlu mengadakan Krusus Dalaman (Inservice Training) dan Krusus Ulang Kaji (Refresher Course) untuk semua pegawai mereka supaya mereka peka, faham dan ingat akan segala undang-undang, peraturan dan persefahaman yang telah dibuat, yang telah dipinda (amendments) untuk membolehkan mereka membuat cadangan, sokongan, hujah dan rayuan dalam sesuatu kes terutama dalam kes yang melibatkan orang Islam dan Muslimin dan Mahkamah Tinggi (Civil) dan Mahkamah Tinggi Syariah.

  4. Adam Abdullah says:

    Ini ada lagi lapuran tentang kuasa Mahkamah Tinggi Civil dan Mahkamah Tinggi Syariah. Kita semua perlu baca,faham, ingat dan dilaksanakan –

    1.KEKEBALAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
    http://temanteras.wordpress.com/futhuhat/kekebalan-islam-dalam-perlembagaan-persekutuan/

    2.Pengiktirafan JKSTR – Jabatan Kehakiman Syariah

    http://syariah.terengganu.gov.my/pengiktirafan.php

    3.Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan – Dr Aziz Bari

    http://uukiwp.blogspot.com/2006/01/memahami-perkara-121-1a-perlembagaan.html

    4. https://www.google.com.my/?gws_rd=cr&ei=9IRgVKjwNMSyuAS_-oGwDQ#q=what+is+article+121+1a+federal+constitution

Leave a Reply

Threesome