Menu Utama

Rakyat Hakim Negara: Apakah Anwar Dan Macai Akan Terima Keputusan Rakyat Ini?

Acapkali kes perbicaraannya, maka diheretlah sekelian rakyat turun untuk berdemo dan memenuhi ruang mahkamah, juga sekitarnya. Tujuannya terserah kepada anda untuk mentafsir, kerana banyak sekali manipulasi yang boleh dilakukan samada ke atas hakim, mahkamah mahupun media apabila berjaya mengumpulkan sejumlah hadirin.

Terbaru, slogan “#RakyatHakimNegara” telah digunapakai sebagai satu propaganda untuk melipatgandakan jumlah bilangan penyokong  yang turun berdemo deminya.

Politweet.Org, sebuah organisasi “non-partisan”, dalam analisanya menyatakan bahawa hashtag #RakyatHakimNegara tidak berada di dalam senarai 5 “hashtag” popular sehingga jam 1 petang tadi. Pemeriksaan penulis ke atas 3 kolum; “Politicians”, “Barisan Nasional” dan “Pakatan Rakyat” menunjukkan hashtag #Justice4Saiful menduduki senarai teratas.

Sila rujuk kepada 3 “print screen” di bawah:

 

#justice4saifulpoliticians

 

 

 

#justice4saifulBN

 

#justice4saifulpakatan

Jangankan di kolum “Politicians” atau “Barisan Nasional”, malah #Justice4Saiful turut menduduki tempat teratas di dalam kolum “Pakatan Rakyat” seperti diatas.

Suratan atau kebetulan, jumlah rakyat yang mahukan keadilan untuk Saiful saban hari meningkat mengunjungi Istana Kehakiman berbanding penyokong Anwar yang dilihat semakin lesu dan longlai.

Najitahnya, baik di alam nyata, mahupun di alam maya, segalanya tampak sudah tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim. Secara jujur, penulis tidak tahu apa yang sedang berlaku di pihak Anwar kerana pada hari-hari terawal, kumpulan pro Anwar ini dilihat menguasai segenap penjuru perkarangan Istana Kehakiman. Mengapa “kedatangan” atau “kehadiran” penyokong si peliwat semakin lembab? Mungkin anda ada jawapannya.

Jika kedua-dua trend ini (alam nyata dan alam maya) diambilkira, apakah sudah boleh kita menafsirkan, bahawa rakyat, yang dinobatkan sebagai hakim negara oleh penyokong Anwar, bersetuju sebulat suara bahawa Sungai Buloh adalah sebaik-baik tempat untuk peliwat bernama Anwar Ibrahim?

Natijahnya, sehingga jam 1 petang tadi, #RakyatHakimNegara telah memilih #Justice4Saiful mengikut Politweet.Org.

Tanyakan pada sekelian rakyat a.k.a hakim negara, apakah hukuman sudah boleh dijalankan?

Hahahahaha…






7 Komen to Rakyat Hakim Negara: Apakah Anwar Dan Macai Akan Terima Keputusan Rakyat Ini?

  1. hajimat says:

    Tak lama lagi mungkin berulang drama MATA LEBAM, racun arsenic, leher patah, rambut & bulu gugur, kerusi roda dll. lagi lakonan Wan Azizah atau mungkin kali ini Al-Juburi sudah ada skrip baru? He he!

  2. Memang Terok says:

    Dalam hal ini kita semua perlu melihat AnwarIbrahim sebagai pelaku jenayah, kerana segala pembuktian terarah jelas AnwarIbrahim telah melakukan jenayah. Jenayah yang sama yang dilakukan 16 tahun lalu dimana dia telah dikenakan hukuman. Jenayah Anwar menyerupai jenayah penagih dadah yang ditangkap kerana menagih bersama merchandise yang jumlah beratnya mensabitkan dia dipenjara. Kesimpulannya dia penjenayah ulangan saperti penjenayah lain yang keluar, masok, keluar dan masok atas kesalahan sama.

    Ini kerana jika AnwarIbrahim dilihat sebagai ketua pembangkang, maka manupulasi Anwar ialah konspirasi. Anwar mahu konteks ini diambil dan diguna pakai oleh rakyat seluruh negara.

    Kita menyeru semua rakyat yang suka mengikuti kes Anwar supaya berfikir dengan waras dengan mengambil semua fakta dengan menimbang tentang lojik atau tidaknya. Kita pasti lojiknya lebih kearah Anwar telah meliwat saiful sebagaimana dia meliwat Azizan Abubakar yang isterinya telah dibunuh dalam kemalangan palsu banyak tahun dulu.

    Anwar bukan dianianya kerana menganiaya menusia dengan kes begini adalah sukar. Kita tak rasa ada antara kita yang punyai kebijaksanaan untuk mereka cipta sebuah dongeng begitu rupa hebatnya untuk menjatuhkan sesaorang yang tidak bersalah. Walau pun kita tak rasa ada sesiapa pengarah filem atau penulis novel
    yang mahu tampil kedepan menghadiah skrip mereka pada polis tau kerajaan untuk tujuan yang rendah kelas saperti itu.

  3. wong jowo says:

    ni salah paklah la ni kluarkan sedara dia dari lokap..kan dh menghuruharakan malaysia..setan betul lah diorg ni..dulu nuar tak wujud aman malaysia..sekarang tak abis2 dia bikin kacau..puak yang masih setia ngan nuar ntah di bagi makan taik dia ke apa..sial betul..

  4. Jambol says:

    Kita tidak hairan jika si Nuar ni lepas lagi, walaupun pembelaannya berasaskan penafian sahaja dan menyerang kredibiliti bukti-bukti pendakwaan. Sistem kehakiman Malaysia di bawah pentabdiran Najib ………………

  5. ToraTora says:

    Aku rasa dah sampai masa Kak Wan mohon cerai aje di mahkamah syariah..entah hapa yang ditunggu lagi.Tuntutlah harta-harta yang ada dan teruslah hidup kaya-raya.Tapi jangan lupa, jangan duduk Malaysia..MALU weiii

Leave a Reply

Threesome