Menu Utama

Protes DAP Di DUN Selangor Memalukan Azmin Ali

Tindakan DAP mengarahkan wakil rakyatnya melakukan protes ke atas PAS dengan cuba merebut jawatan Timbalan Speaker semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam sebenarnya secara tidak langsung boleh ditafsirkan seperti sengaja mahu memalukan Mohamed Azmin Ali yang baru dua bulan dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu.

Asas kepada andaian dan tafsiran ini berkait rapat dengan pengumuman rasmi oleh Azmin pada 26 September 2014 lepas yang telah menjanjikan dan mengisytiharkan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor itu adalah milik PAS sebagai timbal balas pengurangan satu kuota EXCO milik parti itu.Azmin Janji Jawatan Timbalan Speaker DUN Untuk PAS

Meskipun Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR masih cuba menyembunyikan keresahannya dengan menganggap perebutan jawatan itu hanyalah proses demokrasi ala PR, maka timbul persoalan apa motifnya pada dua bulan lepas Azmin mengumumkan bahawa jawatan tersebut akan diserahkan kepada PAS.

Janji wajib ditepati, pengumuman MB mesti dihormati. Menjadi tanggungjawab setiap ADUN PR sama ada dari DAP, PKR mahu pun PAS untuk memastikan ia direalisasikan, bukan sahaja sebagai penghormatan kepada Azmin selaku MB tetapi juga sebagai bukti yang pakatan tidak berdaftar itu seia sekata dan saling menghormati sesama sendiri.

Maka sebab itu bersandarkan janji dan pengumuman Menteri Besar itu sepatutnya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri untuk merebut jawatan Timbalan Speaker DUN. Sebaliknya kesemua 14 ADUN DAP (tidak termasuk Speaker) wajib bersama-sama 28 ADUN PAS & PKR menyokong calon PAS untuk jawatan tersebut. Itu yang sepatutnya.

Tapi bila mana DAP secara sedar masih juga mahu merebut jawatan Timbalan Speaker seperti yang berlaku semalam akhirnya ia tidak hanya menjejaskan kewibawaan Azmin tetapi juga telah menimbulkan persepsi buruk seolah-olah tindakan DAP itu adalah penyataan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor yang baru itu.

Alasan ADUN DAP yang mereka menerima arahan pimpinan tertinggi parti untuk berbuat demikian sebagai memprotes sikap PAS dan Presidennya berikutan krisis MB Selangor sebelum ini terlalu rapuh dan tidak meyakinkan. Kalau pun betul itulah sebabnya maka nampak sangatlah tidak matang seperti mahu memanjangkan lagi konflik dalam PR.

Jelas sekali apa yang berlaku di DUN Selangor semalam mencerminkan kepincangan PR, nama sahaja pakatan tapi tak pernah nak sepakat, balik-balik asyik nak bercakaran saja kerjanya.

Perkara yang sudah dipersetujui bersama dan janji diumumkan oleh Menteri Besar yang didukung PR pun tergamak DAP pinggirkan demi nak melampiaskan nafsu amarah dan dendam, apa jaminannya untuk mengatakan negara ini akan menjadi lebih baik jika DAP, PKR dan PAS diberi peluang memerintah di peringkat pusat?






4 Komen to Protes DAP Di DUN Selangor Memalukan Azmin Ali

  1. itsme says:

    i am the real king…. (lks@dap), who r u azmin?? pas, go to hell!!! i dont give a damn..

  2. samad says:

    dok comel perangai DAP.

    setakat tu je la PAS mampu buat

  3. WTF says:

    Tak cukup dgn Hannah Yeoh dikekalkan sbg Speaker DUN Selangor, boleh pulak DAP nakkan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor!!!

    Lantak korang la FUCKUTAN RETARD!!!

  4. raplahjingaa says:

    Dah la PAS di kurangkan satu exco, timbalan speaker pun nak melepas jugak !!
    senyap ruyup PAS tak bersuara !! kat penang diperlekehkan DAP, kat Selangor pun diperlekehkan DAP, presiden PAS pun diperlekehkan DAP !!

    lekeh sokmo PAS ni.

Leave a Reply

Threesome