Menu Utama

PPS: Jangan Nama Lain, Perangai Sama

pasukan peronda sukarela pulau pinang

PENGUMUMAN Menteri Dalam Negeri semalam bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS ) yang diharamkan akan ditukar dengan komuniti kepolisan sedia ada di negeri-negeri lain, disambut baik demi untuk menghalang pertubuhan itu menjadi sayap politik parti tapi dibiayai dengan duit kerajaan negeri.

Parti-partilah, mana boleh sama dengan kerajaan.

Tapi dalam masa yang sama, penulis bimbang nama saja yang bertukar tapi keahlian dan modus operandi pertubuhan tersebut masih sama. Yang mana jika itu berlaku, masih tidak menyelesaikan masalah ketakutan awam yang ditimbulkan pertubuhan terbabit.

Memukul orang, menghalang wartawan menjalankan tugas dalam majlis yang diadakan satu parti politik adalah antara kejahatan yang pernah dilakukan PPS walaupun tujuan penubuhannnya dikatakan untuk menjaga keselamatan rakyat Pulau Pinang dan membantu polis.

Penulis yakin bahawa pertubuhan itu tidak mempunyai sebutir jasa pun kepada rakyat Pulau Pinang berikutan tiada sebarang data rasmi yang menunjukkan pertubuhan itu pernah membantu polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di negeri tersebut.

Sebaliknya, ketika PPS masih bermaharajalela, Pulau Pinang seolah-olah menjadi ‘safe heaven’ kepada kumpulan pembunuh upahan yang di dakwa menembak mati orang di persimpangan-persimpangan lampu isyarat sehingga menggemparkan negara kita satu ketika dulu.

Kecekapan polis (bukan PPS) bagaimanapun berjaya menumpaskan ahli kumpulan tersebut seterusnya menamatkan aktiviti jahat mereka.

Apa peranan PPS disitu? Tarak satu pun.

Sebab itulah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau secara berterusan aktiviti organisasi yang menggantikan PPS ini. Jangan leka sikit pun sebab takut jadi alat parti politik macam dulu.






4 Komen to PPS: Jangan Nama Lain, Perangai Sama

  1. wong jowo says:

    itulah kelemahan menteri melayu..mula2 je gampak lebih..lasy melutut ngan cina komunis

  2. wong jowo says:

    macam kes kalimah allah dapam bible bahasa melayu..last kapir menang..cuma bagi satu garis panduan hanya di edar di sarawak..apa kah umat islam di sarawak tidak dikuatiri akan di sesatkan oleh agen2 kapir berikut..pelik aku ngan pemimpin melayu yg beragama islam ni..lemah..macam apa2 ntah..

  3. GT86 says:

    Cina komunis nak di percayakannya. Apa lah nak jadi pada Tanah Melayu ni….macam bapok!!!!!!
    Oh ya… Bapok pun dah menang dalam court.
    Inilah kesederhanaan @ liberalisasi yang kerajaan Najib sedang usahakan.
    Turun la oiiii…………

  4. raplahjingaa says:

    Mana taknya dah banyak makan budi dan body cina…, sama je depa ni.

Leave a Reply

Threesome