Menu Utama

Plagiat: Jawapan Idris Jusoh Sangat Lekeh, Jatuhkan Nilai Profesor Negara

Saya membaca pendedahan isu plagiarisme atau ciplak oleh portal Suara.Tv dengan penuh minat kerana ia membabitkan seorang penganalisis politik (jika boleh dianggap penganalisis politik) dan bekas pensyarah Universiti Malaya.

Saya tidak mahu menyebut nama individu terbabit, cuma apabila saya membaca pendedahan yang dibuat, saya fikir adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif menyiasat dan mendapat sendiri pandangan daripada Universiti Vienna.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh wartawan cabuk atau pelajar yang memusuhi pensyarah terbabit. Sebaliknya, ia dilakukan oleh pensyarah Universi Malaysia Kelantan yang juga mempunyai ijazah kedoktoran. Pendedahan pula berdasarkan bukti-bukti yang sangat nyata dan jelas.

Kita tidak menyatakan Profesor yang dituduh bersalah sepenuhnya. Namun sehingga hari ini, profesor terbabit tidak pernah menafikan tesis yang disebarkan itu bukan miliknya.

Pensyarah yang membuat dakwaan ini pula telah membuat laporan polis setelah laporan beliau kepada Pihak UMK sebelumnya tiada tindakan.

Kita bersetuju dengan saranan Menteri Pendidikan II bahawa semua pihak diminta tidak menghukum profesor terbabit sebagai bersalah selagi universiti yang memberi akreditasi belum membuat pengumuman rasmi.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau difahamkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), tempat profesor tersebut berkhidmat, telah berhubung dengan Universiti Vienna, Austria di mana beliau belajar.

“Perkara ini (plagiat) bukan kita yang menentukan sebaliknya ia hanya akan ditentukan oleh Senat universiti tersebut. Orang ramai tidak boleh menghukum beliau.

“Adakah kita lebih pandai… hebat daripada universiti berprestij yang melahirkan ramai Nobel Laureate dengan mengatakan demikian (profesor tersebut plagiat),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ di Putrajaya hari ini.

Soalan Idris Jusoh ini sangat mengelirukan cuba membodohkan orang ramai. Mana-mana pelajar Universiti tahu bahawa tindakan mengambil sebahagian besar tulisan orang lain dimasukkan ke dalam tesis tanpa memberi kreditasi adalah satu plagiat atau ciplak.

Oleh kerana ia membabitkan kredebiliti seorang dekan Universiti awam di Malaysia dan ahli Majlis Profesor Negara, tindakan Idris Jusoh menghentak pihak yang melakukan pendedahan dan enggan masuk campur dalam hal ini sangat mengejutkan.

Jika tindakan menyalin hampir sepenuhnya bab pertama dalam sebuah buku dan hanya diganti beberapa frasa atau terma dianggap sah, maka ia harus diumumkan kepada khalayak sebagai sah dan jangan pula apabila pelajar sarjana tempatan melakukan ia dianggap salah.

Tindakan Idris Jusoh seolah-olah lepas tangan menunjukkan Kementerian Pendidikan tidak peduli dengan mutu akademik peringkat tertinggi negara.

Beliau hanya mahu peduli hal berapa orang pelajar UPSR, PMR dan SPM mendapat keputusan terbaik dan berapa jumlah A yang diperolehi oleh mereka.

Lekeh sangat nilai akademik negara ini di mata Idris.

Kita tidak menyatakan Profesor terbabit bersalah, namun jika mahu dipastikan beliau bebas dari tuduhan plagiat, Majlis Profesor Negara harus menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik terkemuka negara membincangkan tuduhan ini dengan membenarkan pihak yang menuduh dan tertuduh berhujah.

Soal PhD terbabit diberi oleh Universiti Vienna maka adalah tanggungjawab universiti terbabit adalah benar.

Namun anugerah Profesor dan jawatan beliau di Universiti tempatan diberikan oleh Universiti dan Kementerian Pendidikan. Jadi tidak masuk akal untuk Kementerian Pendidikan lepas tangan begitu sahaja atas satu pendedahan yang sangat jitu bersama dengan laporan Polis.

Sepatutnya, Kementerian Pendidikan sendiri mengambil inisiatif menyiasat hal ini kerana ia merupakan skandal akademik terbesar negara, bukannya lepas tangan dan hanya bercakap soal kebocoran soalan UPSR!



(Next News) »



13 Komen to Plagiat: Jawapan Idris Jusoh Sangat Lekeh, Jatuhkan Nilai Profesor Negara

  1. […] Tindakan Idris Jusoh seolah-olah lepas tangan menunjukkan Kementerian Pendidikan tidak peduli dengan mutu akademik peringkat tertinggi negara.” – mykmu.net […]

  2. moo says:

    Errrr..jusohh Nate ni Menteri dariPR ka…?

    bukan dalam BNsemua cap ayam dan kaki ampu ka…?

  3. kulaan says:

    Friendly speaking…aku dah feed up dengan politik unuversiti. Prof dengan prof dan antara lecture main politik lebih teruk dari arena politik Malaysia. Hentam menghentam, tikam menikam makin menjadi-jadi. Last-last pelajar jadi mangsa…..

    Rentikanlah isu ini. Biar Universiti buat siasatan secara dalaman.Tak perlu masuk dalam forum politik ini…Islam dan bangsa lebih penting diperjuangkan..Hentikanlah berbalah sesama sendiri…

  4. anakbochek says:

    Rasanya apa Idris Jusoh tu cakap ada betulnya. Biarlah senat universiti yang nuat keputusan.

    Satu lagi ayat mana yang Idris Jusoh tu menghentak pihak yang buat pendedahan. Menurut pemahaman saya Idris Jusoh cakap jangan kita (orang luar universiti) yang memandai-mandai. Biar universiti dan universiti yang buat siasatan. Jangan kita memandai2 macam si moo yang tak tahu apa pun.

  5. moo says:

    Aik..menteri BN yg ngok..alih2 org PR yg kena, nampak umno nitenggelam punca….

  6. WTF says:

    Hehehehe, Mooh post komen di article ini pada jam 1.01 pm!!!

    Hari ni hang tak solat Jumaat ka Mooh???

    Ker Mooh kat Turki la ni, ker hang sakit sampai tak pergi solat Jumaat (tp Mooh masih boleh post komen di article MYKMU walaupun sakit)???

    PAS sungguh la hang ni Mooh!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  7. wong jowo says:

    apa la korg maki2 jusuh..memeng betul pun apa dia kata..prof di malaysia ni mmg semua cap ayam pun..ko nak bangga ngan diorg ni apa hal..ko nampak ke apa yang prof kat malaysia ni buat apa idea baru yang di guna pakia di malaysia..kita nak baca jurnal dia dalam bahasa melayu kat internet pun susah nak jumpa..ntah apa2 je ngabih duit kerajaan je bagi gran..buat penyelidikan ntah apa2 copy n paste..tukar nama bahan..lepas tu present kat orang2 yang tak faham ..main angguk jelah..cuba ko jawab..ada ke org nak kondem prof ..mesti tak de..sebab tak paham apa prof merapukan…hehhehe..bongok la korg…

  8. wong jowo says:

    mmg betul pun prof kat malaysia bukan buat apa pun..selalunya buat researh pun copy n paste..mana ada yang buat benda baru…

  9. wong jowo says:

    bodoh betullah korg ni…beryekak isu yang macam cibai ni..patut fikirlah macamana nak satukan org islam melayu yang semakin dipijak2 si agen kapir…ni tak abis2 bertekak hal macam siall ni yang tak menguntungkan rakyat..bodoh betull

  10. Razli Razak says:

    ini bukti

    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats.html
    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats-2.html
    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats-3.html

  11. Razli Razak says:

    ini bukti

    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats.html
    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats-2.html
    http://universitimanggis.weebly.com/plagiats-3.html

  12. Cik Abdullah says:

    Bekas pensyarah UM tidak plagiat….

    Berita terkini! Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Prof. itu didapati tidak pernah melakukan plagiat untuk mendapatkan Thesis PhD tetapi sebaliknya thesis beliau telah diplagiat oleh penyelidik di negara barat! Ini adalah bukti bahawa sebenarnya rakyat Malaysia adalah amat cemerlang diperingkat internasional!! Dalam satu taklimat yang diberikan oleh Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah minggu lepas di Selangor, beliau telah membuktikan beliau telah mentadbir fakulti teknologi kretif secara gemilang dan terbilang hingga ke persada dunia, sehingga ke semua 8 kursus ijazah baru yang beliau bangunkan telah mendapat kelulusan penuh lembaga MQA. Ini adalah bukti tahap kecermerlangan akademik profesor tersohor ini.

Leave a Reply

Threesome