Menu Utama

PKR Terdesak Terpaksa Sewa Bas Untuk Mobilasi Penyokong Anwar

Hari ini perbicaraan rayuan terakhir kes Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari telah masuk hari keenam dan sekiranya pihak peguam bela Ketua Umum PKR itu sempat menggulung hujah mereka maka keputusan muktamad kes ini akan diketahui lewat petang nanti.PKR Terdesak Sewa 15 Bas

Seperti hari-hari sebelum ini, penyokong-penyokong Anwar akan berhimpun di sekitar perkarangan Istana Keadilan Putrajaya bagi memberi sokongan atau erti kata yang lebih tepat lagi mereka datang untuk memberi tekanan kepada para Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes tersebut.

Jumlah yang hadir menyokong Anwar sebagaimana umum maklum tidaklah ramai mana, cuma hari pertama dan hari kedua sahaja nampak ramai tapi tidaklah mencecah angka seribu. Masuk hari ketiga dan seterusnya jumlah yang hadir makin berkurangan sampai adakalanya hanya berjumlah puluhan orang sahaja.

Dari situ kita tahu nafsu melawan mereka sudah kendur tidak lagi seperti zaman kegilaan reformasi 1998/99. Dulu dibayar RM10 untuk setiap seorang sudah cukup menggamit ribuan orang datang, malah ramai juga yang tak berpeluang mendapat upah pun sanggup berhujan panas berhari-hari sehingga keputusan dibacakan.

Mungkin menyedari kelunturan semangat itulah khabarnya PKR terpaksa menyewa sebanyak 15 buah bas bagi membawa penyokong mereka dari seluruh negara untuk berhimpun sempena kemungkinan hari ini keputusan kes liwat ketua mereka akan diputuskan oleh mahkamah.

Demi Anwar sanggup PKR berhabis duit untuk menyewa bas untuk membawa penyokong yang termakan umpan, tapi demi untuk mempertahankan kesucian Kalimah Allah SWT tak pula mereka sanggup melakukan perkara sama.

Setakat ini tidak diketahui samada bas-bas yang dimaksudkan sudah sampai atau belum memandangkan beberapa portal pro pembangkang & kerajaan hanya melaporkan kehadiran beberapa puluh orang dan ada yang melaporkan sekitar dua tiga ratus orang sahaja berada dis ekitar di sekitar Istana Keadilan Putrajaya.

Mungkinkah bas terbabit tersesat jalan atau wang peruntukkan dijanjikan tidak sampai ke sasaran memaksa pemandunya singgah ke tempat lain? Atau mereka pusing balik ke pangkal jalan kerana menyedari hari ini belum tentu keputusan diumumkan?

Apa pun bila sudah sampai ke peringkat PKR terpaksa menyewa bas semata-mata nak menunjukkan masih ada orang yang menyokong Anwar, itu jelas menunjukkan kegagalan usaha mobilasi saat akhir mereka dan secara tidak langsung memalukan Anwar sendiri.

Kalau sewa bas untuk meramaikan majlis dan himpunan rasmi parti, itu perkara biasa bagi mana-mana parti politik dalam menyediakan kemudahan pengangkutan, tapi bila sampai ke tahap terpaksa menyewa 15 buah bas semata-mata nak berhimpun di perkarangan mahkamah, itu menonjolkan keterdesakan PKR yang amat sangat.

Yang jelas nyatanya bila sudah begini gaya terdesaknya PKR, suka atau tidak Anwar kenalah belajar menerima hakikat auranya sudah berkurangan dan bilangan orang yang bersimpati dengannya sudah jauh berbeza berbanding 1998/99 dulu. Sebab musababnya mungkin kerana ramai yang sudah sedar dari lamunan dan tak sanggup lagi terus hanyut dengan masalah peribadi Anwar yang tak berkesudahan.






12 Komen to PKR Terdesak Terpaksa Sewa Bas Untuk Mobilasi Penyokong Anwar

  1. tony gunawan says:

    majoriti senyap sokong anwar!

    hidup anwar!
    hidup anwar!
    hidup anwar!
    hidup anwar!
    hidup anwar!

  2. […] Demi Anwar sanggup PKR berhabis duit untuk menyewa bas untuk membawa penyokong yang termakan umpan, tapi demi untuk mempertahankan kesucian Kalimah Allah SWT tak pula mereka sanggup melakukan perkara sama. Selanjutnya… […]

  3. Uturn says:

    org dah meluat dgn anwar ni, org bn tak payah cerita la, org pakatan sendiri ramai yg meluat dgn anwar

  4. GT86 says:

    15 bas aje,dan 40 ribu bangla + tonyGAY.
    Dapat gak orang kampung jalan2 tengok mahkamah. Nak harapkan si Najib, mana ada? Sebab najib sibuk buat kerja, takde masa nak meliwat orang, lagi pun dosa beso. Bukan macam nuor, dosa ni macam makan kacang jea.
    Melalui Si nuor ni lah Allah tunjukkan macam-macam tauladan dan peringatan. Bagi mereka yang nak berfikir lah terutama orang-orang politik.
    DAP tak sediakan bas untuk orang2 cina datang ke?

  5. Lan Halmi says:

    Sudah le tony.hidup.anwar konon lepas anwar keluar nanti dari jail tentu dia cari hang untuk diliwat dan sula pakai dildo.

  6. semangat dato' haron says:

    Ye tony…kalo pasal Anwar style dia bkn majority senyap. Dia x de self restraint.

  7. samad says:

    15 bas dah sampai pun pagi tadi. tapi satu bas naik 4 orang je la.

    hehehe

  8. samad says:

    kebiasaan geng yang lupa kaler kulit ni memang perangai macam tu.

    lagi bagus kalau buat banner haramkan mamat ni letak kat depan cafe tu.

  9. samad says:

    sori, salah topik post.

  10. semangat dato' haron says:

    Samad nk komen pasal anak buah KJ kempunanan mkn nasi tomato ke? X pelah nanti suruh pemuda UMNO wat kenduri masa PAU nanti hidang menu special nasi tomato. Jgn lupa jemput veteran UMNO dan tokoh kewartawanan negara Zam. Mungkin dia boleh belajar mcm mana masak nasi tomato yg sedap.

  11. wong jo woo says:

    siapa sokong nuar alamatnya tadah jubo la ..huhu..gant sipol…

Leave a Reply