Menu Utama

Pinjaman 110% untuk pembeli rumah PR1MA.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.

“Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

“Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau ‘rent-to-own’ turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah,” katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2015 bertemakan ‘Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.

Langkah itu, katanya bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dan had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Dalam pembentangan itu, Najib berkata Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun, dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.

Antara komuniti PR1MA yang dalam perancangan ialah di Wilayah Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak membabitkan rumah berharga dari RM118,000 ke RM335,000.

Kawasan itu termasuklah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (RM275,000); Tebrau, Johor (RM180,000); Kuala Ketil, Kedah (RM215,000); Sandakan, Sabah (RM280,000) dan Kuching, Sarawak (RM235,000).

Najib menarik perhatian langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan supaya mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.

Pemohon boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah mudah untuk memohon melalui infografik yang disertakan di dalam blog itu.

BERNAMA






4 Komen to Pinjaman 110% untuk pembeli rumah PR1MA.

  1. raplahjingaa says:

    Yang kat Bukit Bintang tu, pastikan bumiputera adalah majoriti mereka yang berjaya mendapat kemudahan tersebut, persetankan MCA yang aku pasti akan dengan lantang memohon quota majoriti untuk cina.

    Pastikan kontrektor yang membina rumah-rumah ini dipantau dengan teliti, jangan ada unsur-unsur sabotaj dalam qualiti pembinaan, sebab macai-macai dan RBA dan bersedia untuk memperlekehkan quality rumah PR1MA. Setiap kawasan projek mesti di pantau oleh SPRM .

  2. ubi says:

    kat penang xde ke?
    aku daftar sejak bmulanya prima…hampeh!!!!

    last2 kene beli rumah 2nd hand yg dulunya harga rm40k tp now harga mcm kos sederhana.

    nsb la rakyat malaysia dpt pemimpin yg xnak turun padang.

    tolong la pantau pemberian rumah kos murah…bkn semua layak kot.kat blok aku sewa ni rmi indon n bangla sewa jd hostel…

    tp ye la kan….penang xperlu pantau dh sbb bkn BN yg perintah.

  3. Sontoloyo says:

    Alahai ubi macam tak tau pulak…kan rakyat penang dah pilih dan peluk dap.

Leave a Reply