Menu Utama

Pindaan Akta Hasutan Dibentang Pada Sidang Parlimen Akan Datang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Perdana Menteri turut mengarahkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta itu dengan tegas selepas ia diluluskan kelak.

“Kita minta polis buat siasatan rapi, kita minta SKMM buat siasatan sewajarnya juga. Supaya kita beri isyarat jelas (bahawa) tiada sesiapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang dalam negara.

“Jangan jadi penghasut antara kaum dan agama. Ini jelas, tiada ‘warning’ lagi lepas ini. Kita nak pastikan setiap orang, kaum dan agama hormati satu sama lain,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Presiden UMNO itu terdahulu mengumumkan pengekalan akta itu semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Khamis, dengan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Najib menjelaskan beliau memilih pentas UMNO untuk membuat pengumuman pengekalan akta itu atas rasa tanggungjawab terhadap semua anggota parti berkenaan.

“Kalau suara UMNO nak Akta Hasutan dikekalkan, maka saya pilih untuk terima hasrat ahli-ahli UMNO seluruhnya. Tambah lagi bila saya bincang dengan Timbalan Presiden, pemimpin UMNO, semua kata itulah pendirian yang sebaiknya,” katanya.

Kata Najib, keputusan itu bukanlah bermaksud kerajaan tidak berlaku adil kepada orang lain, sebaliknya menegaskan akta itu akan melindungi semua rakyat tidak kira kaum dan agama.

“Bagaimanapun, saya tak boleh arahkan Peguam Negara kerana dalam Perlembagaan, Peguam Negara ada kuasa mutlak, jadi saya minta ketegasan Peguam Negara untuk jalankan pendakwaan,” kata perdana menteri.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dikemukakan buat kali pertama pada Julai 2012, dan akan digantikan dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Sementara itu, Najib dalam sidang media berkata pengekalan Akta Hasutan 1948 adalah bagi melindungi keselamatan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang Melayu serta Bumiputera sahaja.

“Ini tentang perlindungan untuk semua. Kami tidak mahu sebarang konflik agama dan kaum berlaku di negara ini. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelak perkara ini daripada berlaku, itu yang paling penting,” katanya.

Beliau berkata tindakan memperlekeh hak istimewa orang Melayu, Raja dan agama Islam serta hak bukan Melayu, boleh menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

“Kita mesti elak itu daripada berlaku kerana ia tidak menguntungkan sesiapa dan akta ini juga melindungi hak bukan Melayu dan bukan Islam,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu bukan langkah terkebelakang oleh kerajaan kerana langkah menjulang demokrasi telah dilaksanakan sebelum ini dengan memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 15 Sept 2011.

Umno Online






7 Komen to Pindaan Akta Hasutan Dibentang Pada Sidang Parlimen Akan Datang

  1. GT86 says:

    Jangan di pinda jadi macam bapuk dan bacul dah le…
    Nak yang tegang(tegas), keras dan ampuh, juga tahan lama(kekal releven).
    Baru macam jantan.

  2. moo says:

    Cepatnyaaaa….. 1MDB pesal slow sgt? pKFZ pedal slow Sgt? NFC pedal slow sgt..?

  3. raplahjingaa says:

    Apasal mooo ?? kira cepat la tu, kes liwat anwar hang tau dak dah berapa lama, penagguhan saja dah 69 kali…rekod dunia mooo !! hang pi la register kat Guiness Malaysia Book of Resort, mesti dapat sijil.

  4. hamdi khir says:

    Dah tak ada case, lambat lah. Waktu Dsai nak btanding kat Kajang, cepat betul nak disqualify dia. 1 St in history.

  5. raplahjingaa says:

    Guinees book of record…hang pi la register mooo.

Leave a Reply