Menu Utama

Pertahan Islam, Lupakan Cara Lama Lapor Polis, Angkat Sepanduk – Muhyiddin

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa sayap UMNO mempertahankan kesederhanaan dan menolak gejala ekstremisme, militan dan liberalimes dalam mendokong perjuangan suci mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.

“Saudara-saudari sekalian, sebagai pendokong perjuangan suci ini, kita sebagai pejuang UMNO bermanhaj wasatiyyah harus tegas menentang gejala esktremisme dan militanisme yang ketika ini begitu cepat mempengaruhi anak-anak muda yang mahukan jalan pintas ke syurga. Kita juga tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba memesongkan makna wasatiyyah yang cukup sinonim dengan prinsip kesederhanaan Islam atau moderation dengan membawa ideologi songsang seperti liberalisme dan sekularisme,” ucap Muyhiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014 sebentar tadi.

Muhyiddin turut menggesa ketiga-tiga sayap meneroka ilmu dan kemahiran terbaru dalam mencari penyelesaian kepeda kemelut umat Islam hari ini.

“Saya fikir budaya membuat laporan polis dan mengangkat sepanduk dalam menghadapi asakan terhadap akidah dan syariat Islam bukan lagi jawapan yang tuntas kepada kemelut yang dihadapi oleh ummah. Kita perlu memperbanyak perbincangan, penerbitan dan wacana mengenai kebebasan dan hak asasi manusia menurut persepektif Islam dan juga bagaimana Islam menghadapi tantangan sekularisme.”

Muhyiddin juga menggesa sayap-sayap parti menangani trend sekularisasi dalam agama ini dengan keteguhan akidah dan ketajaman minda, bukannya diselubungi oleh ketegaran emosi.

“Di samping itu, institusi-institusi Islam perlu diperkasa, penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dipertegas dan kerjasama UMNO dengan NGO-NGO Islam perlu diperkukuh.

Muhyiddin juga menyelar mereka yang mempertikaikan kedudukan Islam, bangsa Melayu, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai kumpulan yang berpura-pura dan mengambil kesempatan untuk memburukkan UMNO.

“Apabila UMNO bersuara membela kepentingan Melayu, mereka kata UMNO rasis. Tetapi apabila kaum-kaum lain bangkit memperjuangkan hak kaum masing-masing, itu dikatakan hak kumpulan minoriti dalam sebuah negara demokrasi. Sama juga, apabila UMNO bangkit mempertahankan kedudukan Islam, UMNO dikatakan ekstrem, walhal Islam adalah Agama Persekutuan.”






4 Komen to Pertahan Islam, Lupakan Cara Lama Lapor Polis, Angkat Sepanduk – Muhyiddin

  1. raplahjingaa says:

    Go Pak Din Go….jangan tekan brake !!

  2. Tubir says:

    Masa untuk buat laporan polis sudah berlalu dan ketingalan zaman….polis pun banyak kerja lain yang nak dibuat…..misalnya kejar pati…kejar penjenayah…buat sekatan jalan dan sebagainya.sudah sampai masanya kita orang orang melayu fan islam bertindak lebih brutal dan keras.belasah dan humban merika yang menghina dan mempersenda islam dan raja serta orang melayu.kita orang melayu selama ini banyak bersabar hingakan kita seakan akan menumpang dinegara ini.Merika fgn jelas mrmperhambakan orang orang melayu dengan mengdiskrimnasikan gaji diantara perkerja cina dan melayu….kerajaan pun buat buat tak nampak dan buat buat pekak.Kerajaan yg bertunjangkan kepimpinan orang Melayu merelakan perkara ini berlaku.Pemimpin Melayu dari Umno dan pas lemah…banyak becakaran sesama sendiri…banyak buang masa mempersoalksn siapa lebih songsang dan siapa lebih cacamerba.akhirnya orang bukan melayu mengbil tempat kencing diatas kepala kita.yg paling menyedihkan adapula orang melayu yang berkerjasama tolong buka gate bagi dia orang masok dan kencing dalam misjid dan surau kita.untunglah kita orang orang melayu?.

  3. alimedanbaru says:

    Kekadang NGO yg tak ada kerja lain selain tunjuk genggaman tangan hadapan Balai Polis dalam akbar adalah sekadar nak publisiti diri bukan tuuan sebenar buat bantahan. Asal ada isu buat bantahan. OK lah tu..tetapi apa KESANNYA?
    Buatlah bantahan dgn perhimpunan dan penjelasan ilmiah mengapa dan kenapa bantahan dibuat. Bagi kesedaran dan pencerahan kpd masyarakat dengan pidato dan penerangan intelektual.
    Kita kena sedarkan masyarakat bukan ugutan dan tunjuk marah dengan satu dua baris ucapan dalam tv. Tak cukup..tak jelas.
    Ajak pihak yg menimbulkan isu bermuzakarah dan berdebat tunjuk kebenaran.Baru BERANI DAN SIAPA SEDIA BERJUANG NAMANYA!

Leave a Reply