Menu Utama

Percepat peremajaan UMNO

Najib mahu pendaftaran ahli dalam talian dikuat kuasa segera untuk galak golongan muda, profesional sertai parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu proses peremajaan dalam UMNO yang ketika ini masih lagi jauh daripada mencapai tahap diharapkan, diatasi dengan segera seandainya semua pihak dalam parti mahu terus melihat UMNO berkuasa sebagai parti tonggak orang Melayu.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, proses peremajaan yang dituntut Presiden UMNO itu bukan sahaja merangkumi aspek penampilan muka-muka baharu tetapi merangkumi soal pendaftaran bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda dan profesional menjadi ahli.

Katanya, Najib juga tidak berselindung ketika memberi teguran dalam aspek tersebut dan serentak dengan itu, beliau selaku Presiden parti mengarahkan agar pendaftaran dalam talian untuk ahli-ahli baharu dikuatkuasakan serta-merta tanpa perlu melalui bahagian sebagaimana sekarang.

“Saya fikir transformasi yang dilakukan adalah untuk membawa lebih ramai orang muda serta profesional menyertai UMNO dan antara kaedahnya melalui pendaftaran dalam talian. Ia satu transformasi yang penting kerana kaedah pendaftaran lama tidak lagi sesuai de­ngan senario politik semasa.

“Kaedah ini (pendaftaran dalam talian) sesuai dengan kumpulan sasar dan saya fikir ia memang ditunggu oleh orang muda serta golongan profesional untuk mereka menyertai UMNO,” katanya selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penegasan terhadap agenda bumiputera yang kekal menjadi teras dalam pelaksanaan dasar kerajaan juga diberi keutamaan oleh Najib semasa sesi taklimat tertutup itu sekali gus menepis persepsi serong sesetengah pihak terhadap kepe­mimpinan beliau.

Jelasnya yang juga Menteri Dalam Negeri, penegasan Perdana Menteri itu membuktikan bahawa UMNO selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengetepikan agenda bumiputera dalam melaksanakan dasar kerajaan, sebaliknya aspek penting tersebut sentiasa diperkasakan.

“Beliau mempersembahkan secara terperinci tentang prestasi dan pencapaian yang diperoleh hasil daripada agenda bumiputera yang dilaksanakan kerajaan. Pe­rincian itu adalah bukti nyata bahawa UMNO tidak pernah lari dari tanggungjawabnya dalam memperjuangkan agenda bumiputera,” ujarnya.

Utusan.






7 Komen to Percepat peremajaan UMNO

  1. moo says:

    semalam aku follow ucapan Muhyiddin (aku tak tau ahli umno follow ke tak) a long speech about 2 hours. a good one. I havent seen a speech like this since zaman Tun M. well Done!

    But will umno change??????

    In my opinion change will not happen , unless 80% of top leaders change.

  2. hadi says:

    Alhamdullilah dan Tahniah..Ucapan yg dinantikan pejuang Melayu..Tan Sri masih kekal pejuang tulen UMNO..setiap katanya tepat pada kebaculan kepimpinan PEMUDA yg mewarisi kelemahan PEMUDA di Zaman Pak Lah..apa yg diucapkan tan sri ttg pandangan org muda luar UMNO 100% saya sokong!!buang la pemimpin2 UMNO yg berpaksikan Liberal..TAPI ADAKAH MEREKA SEDAR??itu satu persoalan yg brmain difikiran krn sblm ni juga mereka masih tidak sedar walaupun hampir tewas pada PRU 13..berubah la sebelum rebah..lahirkan zuriat UMNO bkn zuriat BANGSAT dlm UMNO..

  3. alimedanbaru says:

    AKAR UMBI DALAM PERJUANGAN KENA IKLAS
    NAWAITU UNTUK AGAMA BANGSA ADALAH PENTING
    JANGAN ASYIK TANYA UPAH KALAU NAK BERJUANG
    BIAR KEJAYAAN PENUH MUNCUL DAHULU
    DAN UPAH SERTA HASIL DATANG DENGAN SENDIRINYA
    AJENDA PERJUANGAN BUKAN HANYA SEDAP DIDENGAR DAN CANTIK UNTUK DIBACA
    MEREALISASIKAN AJENDA SATU PERSATU DENGAN SETIAPNYA BERJAYA DAN SEMPURNA MESTILAH DIPANTAU DAN DIPASTIKAN BENAR-BENAR TERLAKSANA!

  4. GT86 says:

    Berani ke Otai-otai UMNO nak bawa masuk generasi baru? Tak takut ke diorang akan hilang pengaruh dan jawatan…RM RM RM RM RM…

    Macam canggung sikit, Najib cakap generasi baru…Muhyiddin cakap pasal hak melayu…Kenapa x najib yang bentangkan? Pasal generasi tu..kasi jea kat Barisan Pemuda… baru nmpk teratur skit…

    Din POWER…..

  5. system baru says:

    Umno kena berubah jika tidak umno akan gagal .kalau boleh minta ketua wanita umno sekarang itu berhenti atau Tak bertanding lagi di parlimen atau dun dan di gantikan dengan baru jika tidak ia akan di jadikan senjata oleh pr pada pru 14 walaupun kami tahu hanya laki dia bersalah dan ketua wanita umno kena tangung kesalahan laki dia. jika umno tak mahu Dengar nasihat kami ini, sila kita dengar pandang orang undi atas pagar

  6. WTF says:

    Aku dah agak dah Moooooh akan follow Perhimpunan Agung UMNO dgn PENUH KONSENTRASI!!!

    Apatah lagi, la ni Konvensyen DAP diadakan dalam bahasa Cina, Mooooooh mana faham bahasa Cina!!!!

    Moooooooh oh Mooooooh, napa MOoooooh TAKUT pada UMNO!!!!

Leave a Reply