Menu Utama

Pengasas Sisters In Islam: “Kita Semua Anak Allah”. Nauzubillahiminzalik!

zainah anwar sister in islam
Apa reaksi kita sekiranya anak-anak yang masih kecil, tiba-tiba bertanya “Ayah/Ibu, kita anak Allah ya?”

Hemat penulis merasakan, laksana halilintar menyambar gegendang telinga tatkala mendengar pertanyaan sebegitu rupa dari anak yang ditakdirkan lahir beragama Islam; agama yang benar, dan dipelihara status keislamannya melalui tatacara hidup, amalan dan juga melalui perlembagaan; cara hidup orang bertamadun.

Namun, apa yang dizahirkan melalui gambar diatas tentunya mengundang seribu satu persoalan, tidak kurang pula ada yang beremosi, apabila sebuah organisasi yang mengaku berpaksikan Islam mampu membenarkan ahli atau penyokongnya membawa mesej “We are all Allah’s children”.

Apa lagi yang perlu dikatakan, sedangkan mesej tersebut membawa maksud yang jelas menyimpang dari ajaran Islam. Penulis sendiri tertanya-tanya, bagaimana perkara paling asas seperti ini pun tidak difahami oleh Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam.

Antara perkara asas tentang mengenal Allah, ialah Allah itu tidak beranak, dan tidak diperanakkan, serta bersifat tunggal. Perihal tentang ini dijelaskan melalui surah Al-Ikhlas:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

Qul hu-wal-la-hu a-had

1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

 

اللَّـهُ الصَّمَدُ

Al-lah hus-sho-mad

2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

 

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad

3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

 

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had

4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

 

Penulis masih ingat, ketika di peringkat awal diajarkan tentang Islam, surah ini adalah surah yang lazim dan wajib dihafal beserta makna. Penulis percaya, ramai di antara kita yang memilih untuk membaca surah ini ketika bersolat.  Ini adalah hakikat tentang pengamalan Surah Al Ikhlas dalam hidup masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Zainah Anwar tidak memahami apa yang ditulis itu, atau sengaja ingin mengundang kontroversi dan membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa siapa sebenarnya dirinya? Almaklum, untuk bergerak dengan program-program tentunya memerlukan dana.

Kesimpulannya, perkara asas tentang Islam pun tidak mampu difahami oleh Sister In Islam, bagaimana pula mereka mahu dikenali sebagai Persaudaraan Wanita Islam?

Islam? Islam???

Maka, tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah sangat bertepatan dan selaras dengan tuntutan Islam. Dari sudut perlembagaan Malaysia pula, Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Allahuakbar!






37 Komen to Pengasas Sisters In Islam: “Kita Semua Anak Allah”. Nauzubillahiminzalik!

  1. Uturn says:

    Gila khinzir dah pengasas sis dgn marina mahathir ni……marina ni sbg org islam kena faham maksud surah Al Ikhlas.

  2. Raz Ahmed says:

    Sangat bersetuju dengan pengharaman ini sebelom ianya menjadi ‘barah’ didalam kalangan wanita Islam yang berilmu tinggi tetapi kurang mendalam didalam asas agamanya.

  3. mzma says:

    Memang patut diharamkan pon kalo ini cara kefahaman & pendekatan Islam mereka…

  4. Lan says:

    Ungkapan yang berbaur kristian… !!

  5. itsme says:

    soh dia baca alfatihah dulu kalau nak berhujah… jika makhraj dan tajwid nye berterabur, so soh dia balik ngaji ngan ustaz dulu..

  6. dkds says:

    INILAH ORANG YANG DIPERTAHANKAN OLEH KHALID SAMAD, MUJAHID RAWA DAN HANIPIAH MAIDIN….

  7. kuman says:

    Zainah Anwar munkin tidak menyedari nya, tidak salah yang tahu menasihati atau memperbetulkan nya bukan mengutuk dan menghina nya.

  8. system baru says:

    kenapa mereka perkataan sister islam, sedangkan perkataan sister hanya pada agama kristen untuk mereka dihormati orang perempuan mahir dalam agama kriten,kenapa dia ini tak gunakan perkataan usatzah korang dah nampak dah ke ini islam liberil cuba bawa masuk oleh anwar dan ngo negara ku.
    Jangan jadi alasan bahasa english itu sister adik,jika gunakan untuk agama itu merupakan satu pelik, korang tak rasa pelik ke? Pkr ini

  9. matatelinga2012 says:

    Melihat kepada kenyataan ini menggambarkan bahawa mereka ini bertopeng kan islam untuk memesongkan akhidah umat islam, JAKIM didapati lambat bertindak dalam apajua perkara yg merosakkan akidah islam. JAKIM bersenang hati di pejabat ketikamana umat islam dipesongkan. Dengan membiarkan perkara begini berlaku membuatkan sedikit demi sedikit mereka telah menitik hitamkan hati anak muda. Pihak berkuasa yang telah diberi tanggungjawab mengenai agama islam tidak bersungguh sungguh dalam menjaga kepentingan islam, . Adalah mustahil mereka tidak nampak . Jika benar mereka tidak nampak maka jelas dan terang kristien lebih berdedikasi untuk merosakkan akidah anak muda islam. Berbagai perkara yang kita tidak sangka telah berlaku sejak akhir ini dengsn pegang anjingnya . Sungguh sedih beginikah sikap bangsa ku tidak hairanlah bangsa cina yang memeluk islam lebih islam dari melayu. Sedarlah wahai islam melayu ku ????

  10. GT86 says:

    Pendapat aku macam ni lah.
    SIS memang dah tersasar. Mentafsir agama hanya ikut akal manusia yang mudah di tipu daya. Sebab tu dalam islam, Iman itu penting. Korang carilah apa maksud iman, beriman dan tauhid. Tapi jangan cari Khalid samad.
    MAIS dah haram kan, bagus. Tapi apa tindakkan seterusnya? Ada usaha dakwah di jalankan kepada mereka? Zaman nabi dulu, seorang sahabat gagal untuk hadir solat Fajr berjemaah, Nabi dah hantar para sahabat bertanya khabar.
    SIS pasti akan bertindak balas di atas kapasiti mereka kerana kefahaman mereka. Dah terpatah ke hujah-hujah mereka? Telah sampai ke kefahaman islam yang sebenar pada mereka? Mana ulama2 kita,termasuk lah yang dari PAS. Inilah tanggungjawab mereka. Ulama adalah pewaris nabi. Tinggi status tuu…gi lah buat kerja. Selepas mencantas, dok atas sejadah membilang tasbih. Kerja dah abis! Gitu?
    Takkan lah nak minta bro Tabligh nak buat kerja Ulama. Aku gerenti diorang ready jea.

  11. anakbochek says:

    Errr… dia ni banyak tertelan samada “holy water” or “money water”.

  12. samad says:

    tu dia SIS percaya pada trinity.

    Kalau dah percaya yang dia anak Allah, maka terbatal la akidah dia. Sebab mempersekutukan Allah dengan makhluk.

  13. Adam Abdullah says:

    Siapakah yang membuat Fatwa Negara? Mereka ialah

    http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti-dan-jawatankuasa-fatwa-negeri-negeri

  14. Anti sesat says:

    Kenapakah kita biarkan pengaruh yang menyesatkan berkembang dan subur di negara kita yang tercinta? Kalau mereka benar-benar menganuti Islam yang sebesar dan mereka hendaklah mengamal Islam Ahlus sunnah wal jamaah di Malaysia ini. Lain daripada itu seperti Syiah, Qadiani dan brand yang terkeluar Dari Al Quran dan Hadis confirm sesat. Jakim hendaklah bertegas dan mengambil tindakan setangkas dan segera. Kenapa Jakim ambil tindakan ke atas banyak kumpulan ajaran sesat seperti AlArqam, Ayah Pin, Nabi Melayu dll dan tidak SIS? Apakah Jakim takut dan tak mau buat sesuatu? Adakah mereka punya pengaruh besar atau ada orang yang berpengaruh dibelakang? Jakim hendaklah segera bertindak dengan setegasnya demi menjaga kepentingan agama Islam yang suci. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.

  15. Adam Abdullah says:

    Saya ingin mencadangkan agar semua persatuan, pertubuhan dan NGO yang menggunakan Islam dan Muslim atau ditubuhkan untuk kemajuan dan kebajikan umat Islam/Muslimin perlulah mempunyi ahli atau penasihat yang mempunyi tauliah/pakar dalam Islam yang diiktiraf oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri, Mufti dan Masjid dimana ia didaftarkan/bergerak aktif.

    Atau mereka (Pengarah, Pengurus dan/atau Jawatankuasa Persatuan)perlulah selalu bermuzakarah dengan mereka (pakar agama Islam) supaya apa-apa perkara tentang hal ehwal, Rukun dan hukum Islam dapat dibincang, dibahaskan dan difahami agar mereka dan ahli-ahli serta penyokong persatuan tidak terkeliru, terpesong dan lari dari akidah Islam.

    Dan perkara perkara tersebut di atas perlulah dijadikan satu penetapan dalam perlembagaan persatuan kepada ROS dan perlu dinyatakan dalam minit mesyuarat persatuan berkenaan.

  16. […] penulis tidak bersetuju dengan “madah” dan “helah” Khalid, tetapi apakah artikel yang penulis nukilkan semalam tidak cukup untuk kita lihat, fikir dan dengar tentang bagaimana […]

  17. Zahirnya sudah tidak mengikut Islam, bagaimana hendak berhujah mengenai Islam..Aurat pun xtau ke mana. Allah. Adakah mereka ini cuba menyebarkan trinity?

  18. Sontoloyo says:

    Sepatutnya pihak berwajib seperti jakim menyiasat secara terperinci latarbelakang siapa zainah ni yang sebenarnya. aku syak mungkin dia ialah golongan melayu kristian yang berusaha mempengaruhi secara halus dan mengelirukan bagi memurtadkan umat melayu islam terutama anak-anak muda.

  19. din says:

    Perkara INI sudah sampai di kemuncak diharap semua umat islam sedar
    agama islam sedang dipesongkan.Mereka yang bertanggungjawab
    dalam perkara mempertahankan agama yang murni ini segera bangun
    dan bertindak dengan bijak.Jangan nak bersyarah dengan bayaran lumayan
    tetapi dalam hal kebenaran takut.Takkan tak pernah dengar kisah imam
    muktabar seperti imam syafie .Semuanya bukan mati atas atas perut .
    Sanggup hidup dalam penjara dan mati demi agama yang murni
    Mudah mudahan diutus Allah penegak kebenaran dengan segera
    Buat mereka yang sedang memperalatkan agama segeralah bertaubat
    nasuha.Mungkin sedang leka dengan ilmu tuan tuan.Jadi sebagai
    peringatan bacalah kisah azazil dan hikayat Basisa.
    Wassalam

  20. anak perelih says:

    sis ni antara pengasasnya ialah amina wadud, imam solat jumaat perempuan d new york dulu tu masa dia datang jadi lecturer uia dulu. sis amat berpengaruh dimana anak ex pm jadi penaung dia, anak hussin on, anak maharhir, anak pak lah. sebab tu mereka agak berani kwrana ada backing besar dan rapat dgn umno, dan pernah jadi senjata umno untuk lawan pas.

  21. syaiful says:

    Tak perlu nak hujah panjang pasal ayat2 Allah. Kalau bertudung pun pandai, buang karen je nak cerita benda2 lain. Wallahu-a’lamm….

  22. Irda Bay says:

    Apabila dia tidak bertudung & menutup aurat dengan sempurna pun kita boleh tau kedudukan kefahaman dia tentang Islam. Kalau luaran pun begitu, macam mana pula boleh dikatakan dia membawa perjuangan Islam kan.. huhu..

  23. Nash says:

    Sekiranya kita mengetahui jalan yang telah Tuhan memberi nikmat iaitu Jalan Yang Lurus pasti kita tidak memberi komen tentang apa yang diperkatakan oleh pengasas SII. Bukan kesalahan penyataan kita semua anak Tuhan tetapi atas dasar apa yang menyatakan kebenaran penyataan mereka. Dalam Injil juga menyatakan bahawa Isa AS anak Tuhan. Maka didalam Al Quran menyangkal kefahaman pernyataan itu yang membawa maksud anak dari segi biologis tetapi dasar anak kepada kepada bapanya iaitu tunduk patuh akan suruhan dan rencana-Nya. Oleh kerana keterampilan mereka yang tidak bertudung maka dalam hati mereka yang menghakimi manusia dengan mata pasti akan menolak apa pun pernyataan mereka. Dan mereka yang menghakimi manusia dengan telinga akan menolak pernyataan itu tanpa mahu memahaminya. Maka bukanlah hak kita menghakimi manusia, hanya Allah saja yang layak menghukumi manusia dengan Hukum dan aturan-Nya. Wujudkah Hukum Tuhan pada hari ini? Oleh kerana tiada Hukum Tuhan tertegak maka timbullah ideologi-ideologi liberlisme dan pluralisme yang diketengahkan oleh SII. Mereka menggunakan akal rasional dalam mengubah hukum dan peraturan yang menjadi amalan kini dengan membawa satu misi iaitu menyatukan hati manusia tanpa ada batasan kaum, bangsa dan agama.

  24. warga prihatin says:

    Subhanallah! Astaghfirullah Al’adzim. Naudzubillah Minzalik! Kenapa Malaysia di ganggu kebelakangan ini? Ya Allah! Lindungilah Malaysia ya Allah! Jauhi kami dari kesesatan dan fahaman yang menyesatkan! Berikan taufik dan hidayahMU terhadap yang terpesong dan tersesat!

    Semoga kerajaan negeri cepat bertindak! Semakin berleluasa kejadian tak mengjormati penduduk dan Tuan rumah yang seharusnya lebih berhati-hati tentang agama Islam. Islam perempuan ini sudah TERPESONG!!! Tolong usahakan pasukan bertindak dengan segera! Jangan di biarkan sebelum ia menjadi lebih berani! Tangkap mereka! Halau mereka keluar dari Malaysia! Selamatkan Malaysia! Selamatkanlah anak-anak kita! Astaghfirullah Al’adzim.

  25. Asnah says:

    Maaf, boleh jgn steer isu ni ke arah yg tak patut boleh tak? Gambar tu was taken way back and sila faham ungkapan maksud ‘Anak Allah’ dlm konsep yang ingin disampaikan. You go to any youtube pun, even Dr Zakir Naik akan menggunakan ungkapan ‘Anak Allah’ itu dalam perdebatan dengan non muslim. Please do not steer this issue to much worse place. Taking everything out of context will only make things worst. If really Sister-in-islam needs to be revised from the internal, let them be and not create greater fitnah more than what it already has been. Bloggers ..Pffft

  26. Faruq says:

    Geng ni sebenarnya bukan sokong PAS. Mereka sebenarnya cuba memusnahkan PAS. Caranya isi borang jadi ahli PAS. Sungguh licik permainan mereka.

  27. normah abdul aziz says:

    lahnatallah pada orang orang yg seperti mereka ini*SIS* serta penyokongnya

  28. nina says:

    kita sebagai hamba Allah perlulah kembali kepada hukum Allah yang sudah tersurat dan tersirat di dalam al-quran dan as-sunnah…aminn

  29. jojo says:

    kita ni hamba Allah.. Smoga mereka dan kita diberi taufk dan hidayah…

  30. Abdul Rahim Ismail says:

    At-Tawbah (The Repentance) 9:30-33. Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah”. Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

    At-Tawbah (The Repentance) 9:30-33. And the Jews say: ‘Uzair (Ezra) is the son of Allah, and the Christians say: Messiah is the son of Allah. That is a saying from their mouths. They imitate the saying of the disbelievers of old. Allah’s Curse be on them, how they are deluded away from the truth! They (Jews and Christians) took their rabbis and their monks to be their lords besides Allah (by obeying them in things which they made lawful or unlawful according to their own desires without being ordered by Allah), and (they also took as their Lord) Messiah, son of Maryam (Mary), while they (Jews and Christians) were commanded [in the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel)) to worship none but One Ilah (God – Allah) La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He). Praise and glory be to Him, (far above is He) from having the partners they associate (with Him).” They (the disbelievers, the Jews and the Christians) want to extinguish Allah’s Light (with which Muhammad SAW has been sent – Islamic Monotheism) with their mouths, but Allah will not allow except that His Light should be perfected even though the Kafirun (disbelievers) hate (it). It is He Who has sent His Messenger (Muhammad SAW) with guidance and the religion of truth (Islam), to make it superior over all religions even though the Mushrikun (polytheists, pagans, idolaters, disbelievers in the Oneness of Allah) hate (it).

    At-Tawbah (The Repentance) 9:30-33. [30]犹太人说:“欧宰尔是真主的儿子。”基督教徒说:“麦西哈是真主的儿子”。这是他们信口开河,仿效从前不信道者的口吻;愿真主诅咒他们,他们怎么如此放荡呢![31]他们舍真主而把他们的博士、僧侣和麦尔彦之子麦西哈当做主宰;他们所奉的命令只是崇拜独一的主宰,除他之外,绝无应受崇拜的主;赞颂真主超乎他们所用来配他的![32]他们妄想用自己的口吹灭真主的光明,但真主只愿发扬自己的光明,即使不信道者不愿意。[33]他曾以正道和真教的使命委托他的使者,以便他使真教胜过一切宗教,即使以物配主者不愿意。

    At-Tawbah (The Repentance) 9:30-33. யூதர்கள் (நபி) உஜைரை அல்லாஹ்வுடைய மகன் எள்று கூறுகிறார்கள்; கிறிஸ்தவர்கள் (ஈஸா) மஸீஹை அல்லாஹ்வுடைய மகன் என்று கூறுகிறார்கள்; இது அவர்கள் வாய்களால் கூறும் கூற்றேயாகும்; இவர்களுக்கு, முன்னிருந்த நிராகரிப்போரின் கூற்றுக்கு இவர்கள் ஒத்துப்போகிறார்கள்; அல்லாஹ் அவர்களை அழிப்பானாக! எங்கே திருப்பப்படுகிறார்கள்? அவர்கள் அல்லாஹ்வை விட்டும் தம் பாதிரிகளையும், தம் சந்நியாசிகளையும் மர்யமுடைய மகனாகிய மஸீஹையும் தெய்வங்களாக்கிக் கொள்கின்றனர்; ஆனால் அவர்களே ஒரே இறைவனைத் தவிர (வேறெவரையும்) வணங்கக்கூடாதென்றே கட்டளையிடப்பட்டுள்ளார்கள்; வணக்கத்திற்குரியவன் அவனன்றி வேறு இறைவன் இல்லை – அவன் அவர்கள் இணைவைப்பவற்றை விட்டும் மிகவும் பரிசுத்தமானவன். தம் வாய்களைக் கொண்டே அல்லாஹ்வின் ஒளியை (ஊதி) அணைத்துவிட அவர்கள் விரும்புகின்றார்கள் – ஆனால் காஃபிர்கள் வெறுத்த போதிலும் அல்லாஹ் தன் ஒளியை பூர்த்தியாக்கி வைக்காமல் இருக்க மாட்டான். அவனே தன் தூதரை நேர் வழியுடனும், சத்திய மார்க்கத்துடனும் அனுப்பி வைத்தான் – முஷ்ரிக்குகள் (இணை வைப்பவர்கள், இம்மார்க்கத்தை) வெறுத்த போதிலும், எல்லா மார்க்கங்களையும் இது மிகைக்குமாறு செய்யவே (அவ்வாறு தன் தூதரையனுப்பினான்.)

  31. wak lampir says:

    macam mana ni kata sister in islam, tak tutup aurat tu islam jadah apa..

  32. sarman b yassin says:

    Nash, Mengikut fahaman Trinity Christian, God adalah Holy Spirit adalah Jesus. Ini bermakna God, Holy spirit dan Jesus adalah God yang sama atau Satu.Ini bertentangan dengan surah Genesis dalam kitab Injil yang berbunyi lebih kurang seperti berikut “God command the Holy Spirit to be with Mariam and then Jesus was born”. Kita buat perumpamaan seperti berikut sekiranya Ahmad (God)menyuruh Ali(Holy Spirit) bersatu dengan Mariam maka lahirlah Isa (Jesus). Adakah Isa (Jesus)anak Ahmad (God)? Jika Ahmad (God) dan Ali (Holy Spirit)adalah orang (God) yang sama begitu juga Isa (Jesus) maka kesimpulan ialah THE GOD MUST BE CRAZYmovie. God ada menyebut perkataan anakku kepada Jesus didalam kitab Injil. Adakah paderi Kristian yang memanggil pengikutnya dengan perkataan anakku bermaksud pengikutnya adalah anaknya ynag sebenar (Biological son). Tentu sekali tidak. Tujuan God memanggil Jesus dengan perkataan anakku adalah supaya Jesus taat kepada God sebagaimaan anak wajib taat kepada bapanya. Itu saja.

  33. AddeSha Juita says:

    Semoga yg beragama Islam mendapat petunjuk dan hidayah…

  34. Hassbul Saad says:

    Celaka Lah golongan yang cuba mempermainkan agama Islam…perjuangkan sesuatu yang mereka x faham Dan mengelirukan orang lain..sepatutnya do haramkan dari dulu lagi.

  35. Acazt Idriz says:

    Ini dah sesat…!!!…sama fahaman ngn kristian…ini mesti ada cerita blkg tabir nih…mesti ada propaganda pihak ttentu nih…sah si bodoh nih fanatik ngn fahaman nih

Leave a Reply

Threesome