Menu Utama

Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Kaji Semula Datum Jelatek

Sekumpulan penduduk Taman Keramat hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Akhbar kepada menteri besar Radzi Razak ketika mereka berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Mohd Salehuddin Abdul Samad berkata penyerahan memorandum itu adalah langkah terakhir penduduk untuk memohon Menteri Besar Mohamed Azmin Ali membatalkan projek pembangunan hartanah elit berkenaan.

“Projek hartanah itu memberi ancaman kepada penduduk, ini kerana projek kondominium mewah yang dijangka dibangunkan di kawasan tersebut turut dibuka kepada bangsa asing dari Singapura, Taiwan dan Indonesia.

“Kami tidak menghalang pembangunan ini sekiranya kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan mampu milik untuk penduduk asal kawasan berkenaan.

“Mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Projek Datum Jelatek yang bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Pembangunan hartanah itu dilapor akan diteruskan pada akhir bulan ini selepas ditangguhkan sementara sebelum ini berikutan bantahan penduduk.

— BERNAMA






5 Komen to Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Kaji Semula Datum Jelatek

  1. moo says:

    Berapa besar lah sgt tanah kat tepi LRT tu?Sg .Besi mcm mana pulak? ITU lg besar. Kg chubadak? Kem SG Buloh? Kg abdullah hukum? Flat DBKL kat LRT Bangsar? Flat pekeling?

    Dia org ni dok Rumah flat pampasan min RM180k sampai RM400k is a good deal already…

  2. gambus says:

    apa yang kau merepek macam orang bangang ni moo lembu , yang bagi memorandum tu rakyat sendiri !!! yg dorang marah bukan kena pindah tapi pembinaan rumah mewah situ … kata pakatan berjuang untuk rakyat dan nak rumah murah .. binaalaaa rumah murah kat situ , ni cakap penuh hipokrit !!!

  3. WTF says:

    Moooooh, Biarlah penduduk Taman Keramat serahkan memorandum kepada kerajaan Selangor mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

    Hang MEROYAN napa Moooooh??? Moooooh ada share ka???

  4. reds says:

    moo tunjuk sendiri bangang….sokong projek rumah mampu tengok…. ni untuk rakyat kaa mooh….

  5. raplahjingaa says:

    moo hang pun dah masuk level tonggong macam toni gayboy . Yang complain tu rakyaat Selangor, rakyaat yang pilih pakatan pembangkang jadi kerajaan negeri !!

    dah hang pi habiskan baca METRO tu mooo….jangan dok menyampuk tak ketahuan punca !

Leave a Reply