Menu Utama

Pulang Bible Tak Jawab Soalan Kenapa Ia Ada Di Selangor

PENULIS menyokong penuh keputusan Istana Selangor ‘menghapuskan’ 351 bible bahasa Melayu/Iban yang dirampas 9 bulan lepas dengan cara menyerahkannya kepada pertubuhan gereja ACS yang berpengkalan di Sarawak.

Memang isu ini macam dah selesai tapi nampak sangat ada yang tak kena dengan MAIS sehingga nak tunggu pertukaran Menteri Besar baru nak buat keputusan tersebut. Mungkinkah ini kes politik polong (sendiri buat hal, sendiri selesaikan) untuk cemar pentadbiran terdahulu, penulis tidak tahu.

Bagaimanapun, jika tujuan semua pihak dalam perkara ini (MAIS & ACS) ikhlas betul – betul nak selesaikan masalah, maka penulis mahu dicari jawapan kenapa kitab – kitab itu boleh berada di Selangor? Apakah yang menyebabkan kitab – kitab yang sepatutnya digunakan di Sarawak – negeri yang tidak menghalang kalimah Allah digunakan dalam Bible, boleh berada di Selangor?

Soalan ini penting untuk dijawab sebab sebelum ini Selangor pernah dikejutkan dengan cubaan memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara Utama. Penulis yakin semua ini ada kaitan dan perlukan siasatan.

Walaupun Azmin menyokong setiap rakyat Selangor bebas mengamalkan kepercayaan sendiri (termasuk orang Islam) tapi di Selangor, menyebarkan kepercayaan lain selain Islam di kalangan orang Islam masih lagi satu kesalahan.

Melainkan Azmin pinda undang-undang yang berkenaan sajalah dan selepas ini semua agama bebas menyebarkan ajaran masing-masing termasuk di kalangan orang Islam.

Seterusnya, mendesak Bible Society of Malaysia (BSM), pihak yang menyimpan Bible itu di Selangor sebelum dirampas, memberikan jawapan tersebut atau satu siasatan khas perlu dijalankan bagi mencari punca sebenar kenapa ia ada di negeri tersebut.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia menjurus kepada cuba menukar agama umat Islam yang merupakan satu kesalahan di Selangor dan kebanyakannya negeri di Malaysia.



« (Previous News)



12 Komen to Pulang Bible Tak Jawab Soalan Kenapa Ia Ada Di Selangor

  1. itsme says:

    ya MAIS perlu beri penerangan kpd semua rakyat Islam, adakah ini isu politik atau politician yg mnjadi beban kpd pwrundangan?? MAIS kami perlukan SUARA dr kamu semua!!! pangkat dan kuasa Allah amanahkan kpd kita jadi usah risau jika kita dipulau.. asal jgn kita di”pulau” ALLAH dipdg mashyar kelak.

  2. […] Adamyan PENULIS menyokong penuh keputusan Istana Selangor ‘menghapuskan’ 351 bible bahasa […]

  3. semangat dato' haron says:

    Orang melayu ni jenis baik dan bertoleransi. Kenapalah orang melayu sering sahaja cuba dianiaya dan disakiti? Adakah keamanan dan keharmornian yg dicapai selama ini begitu membosankan sesetengah pihak?

  4. alimedanbaru says:

    sebenarnya mereka bermatlamat
    mereka dah pasang target
    Malaysia akan dijadikan negara Kristian
    mereka tak peduli
    mereka buat
    mereka lawan
    mereka buat tuli
    mereka ada wang
    mereka ada sokongan dari luar
    kalau kita tidak bertahan
    tidak menentang
    kita rebah dan mereka bangun
    ingat walaupun kristian hanya 9.2% dinegara ini
    tetapi gahnya mereka macam 50-50 dengan kita!
    lawan mesti lawan
    jangan bagi muka

  5. Laksa Johor says:

    Bible Society of Malaysia (BSM) telah melakukan suatu kesalahan yang sangat serius tapi dilepaskan begitu sahaja oleh pihak yang berkuasa tanpa apa-apa tindakan yang diambil ke atas mereka.Tak hairan sekiranya mereka berani meneruskan agenda untuk memurtadkan orang Melayu pada masa akan datang. Semoga Allah tetapkan iman kita semua. Aamiin….

  6. moo says:

    Yg org Islam leka dan taksub dgn hiburan korang tak nak kecoh pulak? ? Penuh rancangan hiburan, tarian, lawak laqa, pesal yg tu korang buat pekak badak? Korang pun tengok agaknyanya..drama 2 drama kaqa dan haram kat tvv korang suka, tonton dan support. Itu tak haram? Org zionist masuk ke dalam umat islam korang tak perasan….

  7. moo says:

    Korang cuba baca latest The Edge (korang tau tak amende ni?)… pasal 1MDB…punya lah byk projek berbillion …semua kasi kat cina. Ini bukan kasi BRIM RM500 tau..ini billion2 punya cerita. Sapa boss 1MDB? Tak lain tak bukan presiden UMNO Najib. Hidup Melayu! Hidup Melayu! Uwekkkkk…!!!

    Confirm ahli umno melayu ngok ngek….

  8. Laksa Johor says:

    Jangan layan Si-Moo ini. Bila orang tengah bincang tentang isu A, dia sibuk bercakap tentang isu B,C,D. Bila orang bincang tentang isu B, dia sibuk pulak bincang tentang isu X,Y,Z. Suka sangat cakap luar topik.Suka tuduh orang lain bongok tapi tak sedar diri sendiri yang sebenarnya lagi bongok.

  9. jentayu says:

    Betul tu kalo aku jmp moo ni dpn mata x ckp byk sepak je muka dia. Puak kapir dah berulang kali kurang ajar dgn kita org islam dia x abis2 dgn umno itu, umno ini. Kalau dlm perang islam ngan kapir, org mcm moo ni kita kena sesah dulu spy x jd duri dlm daging.

  10. Adam Abdullah says:

    Semasa kita berbincang dan memberi komen tentang penyerahan Bible yang mengandungi perkataan “ALLAH” kita perlu ingat dan mengambil perhatian tentang statistik berhubung dengan jumlah penduduk/rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia seperti di bawah ini.

    Sumber Kosmo Online – Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:
    Dari 28.334juta rakyat malaysia,penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%), Kristian 2.617j (9.2%),Buddhist 5.620j (19.8%),Hindu 1.77 (6.3%),Cina Tradisi 0.356j (1.2%),lain-lain 0.11j (0.4%),tiada agama 0.2j (0.7%)dan tidak diketahui 0.272j (1%).

    Kita juga perlu mengambil aktibar bahawa di Semenanjungm di Sabah dan Sarawak pentadbiran agama Islam dikawal di bawah Undang-Undang Syariah (http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-Syariah%20Carian%20Bahan%20Rujukan/Portal%20E-Syariah%20Undang-Undang

    Kes rampasan Bible yang mengandungi perkataan “ALLAH” telah menarik perhatian di Luar Negara – http://www.bbc.com/news/world-asia-25578348.

    Pemulangan 321 bible yang mengandongi perkataan “ALLAH” oleh JAIS kepada Association of Churches in Sarawak setelah berbincang dengan Sultan Selangor, MAIS dan Majlis Dewan Diraja Selangor adalah satindakan baik dan mengikut undang-undang, peraturan dan saluran tertentu – ­http://www.utusan.com.my/berita/nasional/selangor-pulangkan-351-bible-bahasa-melayu-1.24826 dan http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/14/Bibles-returned-to-Christian-community-Azmin-Ali-Jais/?style=biz dan http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/14/Sarawak-churches-welcome-bible-return/

    Dari lapuran dalam media ia jelas bahawa ia “dikembalikan kepada Association of churches in Sarawak” dan “Bible itu tidak boleh diedarkan di Negeri Selangor” kerana iia bersetentangan dengan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor.

    Walaubagaimana pun masih ada individu dan pehak-pehak tertentu yang memberei komen yang tidak puas hati dengan pemulangan Bibles tersebut sepewti lapuran ini http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/15/Release-of-351-Bibles-hailed-Sarawak-leaders-hope-such-seizures-will-never-happen-again/

    Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dilapurkan berkata –

    “I hope this will be taken as a lesson. In the first place, there should not be any seizure of such books from the premises of the Bible Society, Christian bookshops or churches, especially where there is no evidence that these books are being used to evangelise Muslims.

    “We shouldn’t allow such seizures to happen in future,” he said.

    However, Baru was concerned about the Selangor Islamic Religious Council’s (Mais) statement that the returned Bibles were not to be distributed in Selangor and were only to be used by Christians in Sarawak.

    He said there were many Sara­wakians studying and working in Peninsular Malaysia who had used the Alkitab all their lives, as well as many churches that conducted their services in Bahasa Malaysia.

    “A blanket restriction on the use of Bibles in Selangor is unconstitutional. The Selangor enactment considers it an offence only if the material is used for evangelising Muslims.

    “There is no offence if they are used in the church among Christians. The statement by Mais is out of place and unlawful,” he said.

    Dua Perkara yang dibangkitkan oleh Baru Bian perlu dikaji oleh Peguam Negara, JAKIM dan JAIS memandangkan adanya rakyat dari Sarawak yang beragama Christian yang menggunakan Bible mengandongi perkataan “ALLAH” semasa berada di Semenanjung.

    Dalam Penal Code ada peruntukan di panggil “General Exception” atau “Pengcualian Am”. Mungkin dalam Undang-Undang Syariah Negeri-Negeri di Semenanjung diadakan peruntukan “Penguacalian” bagi rakyat Sarawak dan Sabah yang beragama Christian memiliki Bible tersebut untuk kegunaan sendiri si rumah kediaman atau di Gereja semasa/selama berada di Semenanjung. Atau tidak ada ‘Penguacalian” langsung kerana Gereja Kristian di Semenanjung tidak ada menggunakan Bible yang mengandungi perkataan “ALLAH” pun.

    Soalan mengapa Bible yang telah dirampas itu berada di Selangor mungkin boleh dijawab oleh JAIS, MAIS, JAKIM dan Datuk Hassan Mohd Ali – http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/jais-has-jurisdiction-over-non-muslims-on-allah-claims-hasan-ali

    Kita semua rakyat dan penduduk dan pelancung di Malaysia perlu sentiasa ingat bahawa Islam ialah agama resmi Persekutuan Malaysia. Walaubagaimana rakyat yang beragama lain daripada agama Islam adalah bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka masing-masing. Pada masa yang sama Perlembagaan, undang-undang civil dan undang-undang Syariah setiap Negeri perlu juga difahami dan dihormati.

  11. WTF says:

    Padanlah Moooooh macam mereng otaknya, org Islam perlu patuh dan percaya pada Al-Quran dan Hadis Sahih!!!

    Tapi si Mooh percaya pada berita “The Edge”!!!

    Mana tak sesatnya Mooh ni!!!

  12. […] Soalan ini penting untuk dijawab sebab sebelum ini Selangor pernah dikejutkan dengan cubaan memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara Utama. Penulis yakin semua ini ada kaitan dan perlukan siasatan. Selanjutnya baca di MyKMU.Net… […]

Leave a Reply

Threesome