Menu Utama

Pembangkang Kritik Perhimpunan Agung UMNO Sebab Mereka Takut

Kepimpinan pembangkang yang mengkritik perhimpunan Agung UMNO sebenarnya memperlihatkan rasa takut pihak pembangkang terhadap perhimpunan terbesar orang Melayu ini, demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut beliau, akibat rasa takut itulah maka kepimpinan pembangkang membuat serangan dengan cara mengkritik perhimpunan ini sebagai pentas lakonan, pentas rasis dan sebagainya.

“Bagi saya kita kena lihat kritikan pihak pembangkang ini daripada beberapa sudut. Dan salah satunya adalah akibat rasa takut dan gentar mereka terhadap perhimpunan agung UMNO ini yang boleh memberikan impak yang besar dan pengaruh terhadap rakyat.

“Apabila mereka mengkritik kita dengan mengatakan bahawa perhimpunan agung UMNO ini sebagai pentas lakonan dan sebagainya, bagi saya sebenarnya mereka takut. Mereka tahu, inilah sebenarnya tempat cetusan idea yang mungkin akhirnya menjadi polisi kerajaan untuk semua rakyat.

“Apabila mereka memperlekehkan perhimpunan Agung UMNO ini, bermakna mereka takut. Mereka tahu dan sedar bahawa perhimpunan Agung UMNO ini sebenarnya memberikan impak yang hebat kepada orang Melayu dan juga rakyat di negara ini,” tegas beliau kepada UMNO-Online ketika ditemui di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Namun hakikat ini tidak akan diakui oleh pembangkang kerana sememangnya sifat pembangkang di negara ini yang sentiasa cuba untuk menyemaikan persepsi negatif kepada rakyat untuk mencemarkan imej UMNO, kata beliau lagi.

“Sebab itulah mereka cuba memperkecil-kecilkan perhimpunan agung UMNO ini. Namun saya yakin, hakikatnya di dalam hati sanubari mereka, kepimpinan pembangkang tahu perhimpunan agung UMNO ini memberikan kesan yang besar terhadap orang Melayu dan polisi kerajaan secara keseluruhannya,” ujar beliau.

Justeru itu beliau menyeru kepada ahli-ahli UMNO agar memahami bahawa memang benar bahawa UMNO adalah sebuah parti bumiputera namun ahli-ahli UMNO perlu memperlihatkan sikap bahawa UMNO ini sebenarnya ialah untuk semua rakyat di negara ini.

“Biarpun UMNO adalah parti Melayu, bumiputera tetapi hakikatnya perjuangan UMNO adalah untuk semua kaum dan lapisan masyarakat seperti Cina, India, orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi.

“Jadi tuduhan yang mengatakan UMNO itu adalah parti rasis itu tidak benar dan apa yang penting, kita jangan terjebak dengan permainan pembangkang dan kita perlu teruskan usaha kita untuk memperbaiki pemerintahan negara,” ujarnya

Umno Online






5 Komen to Pembangkang Kritik Perhimpunan Agung UMNO Sebab Mereka Takut

  1. raplahjingaa says:

    Adnan Yaakob ni dia pi bersihkan cameron highland dan tasik chini dari pentadbiran yang tak cekap dan corrupts lagi bagus, ada jugak faedah.

  2. shimo says:

    Perrrgggghhh….saye mmg stuju ngan MB PAHANG ni…mmg idola saye ni…saye asal temerloh…mmbesar d tmeloh…bkerja di slangor…umur 33thn..
    xde faedahnye dgar kate pmbgkang tu…..bg saye…beliau umpama jasad tua pmikiran mude…pmikiran bliau boleh mjangkau 100 thn lg…biorpn jasad dh xde…tahniah tok nan…

  3. bujuk says:

    “walaupun UMNO parti melayu.. hakikatnya pemimpin UMNO lebih banyak menolong bangsa2 lain termasuk juga pendatang asing berbanding orang melayu’.
    Lihatlah sekeliling kita.. siapa paling kaya, paling berkuasa, paling kuat bersuara, paling ramai di bandaraya? pergi KLCC bangla, vetnam, nyamar, indon lagi ramai dari orang melayu. Pi pusing negara.. kita lebih mudah jumpa indon dan bangla dari orang m’sia. Yg. bawak teksi, yg kerja stesen minyak, yg kerja ladang, yg kerja kilang, buka warung majoritinya orang luar. Mana orang melayu? penuhi penjara, penuhi pusat pemulihan, penuhi shoping kompklex, penuhi konsert AF, maharajalawak… itukah hasil kerja UMNO?

  4. raplahjingaa says:

    Bujuk, lambakkan pendatang asing, tak ada siapa pun mahu ianya berlaku, tapi ianya berlaku jugak, sebab apa ?? sebab penguatkuasaan yang tak cekap, tidak kecekapaan penguatkuasa jangan lah hang salahkan UMNO pulak,di pulau pinang pendatang asing dari cina bersepah sana-sini, hang nak salahkan UMNO jugak ??

    Boleh ke aku kata kan kelantan mempunyai peratusan penghidap HIV yang paling tinggi di Malaysia adalah disebabkan kesalahan kerajaan PAS ?? tolong jawab soalan aku..

    Tak kan la orang melayu yang dalam jail tu pun hang nak salahkan kerajaan ?? habis orang melayu yang penuh kat UITM, UM, UIA, USM, UTM, ntah macam-macam ” M ” lagi tu hang nak bagi kredit kat siapa ?? DAP ??

    jadilah rasional bujuk….perjuangan hang akan lebih bermakna, percayalah cakap aku.

Leave a Reply