Menu Utama

Pelbagai Program Ekonomi Orang Melayu, Bumiputera Menerusi Perjuangan UMNO

Pelbagai program ekonomi baharu orang Melayu dan Bumiputera telah ditambah bagi memperkasa kewangan golongan sasar itu melalui perjuangan UMNO, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dalam wawancara khas oleh akhbar Mingguan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang disiarkan, Ahad, Najib yang juga Presiden UMNO memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera bahawa kepentingan mereka akan terus diperjuangkan oleh parti itu.

“Oleh itu, kita berharap orang Melayu tidak berasa gusar bahawa kepentingan mereka akan terus diperjuangkan oleh UMNO.

“Banyak program yang kita telah tambah sebenarnya. Misalnya, bila saya ambil alih kepimpinan negara antara mekanisme yang dilakukan ialah menubuhkan Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), iaitu satu badan yang lebih khusus dan fokus kepada membantu Bumiputera,” kata Najib dalam wawancara yang dilaporkan akhbar itu.

Perhimpunan Agung UMNOI 2014 dijadual berlangsung dari 25 hingga 29 Nov.

Dalam laporan akhbar itu, Najib menjelaskan bahawa program ekonomi seperti Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah berjaya menambah nilai ekuiti Bumiputera kepada RM3.6 bilion.

Setakat ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 bilion untuk Ekuinas, katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menambah peruntukan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Beberapa program tambahan seperti Dasar ‘Carve Out’ umpamanya, bila kita buat sesuatu projek secara besar-besaran kita tentukan sebahagian daripada kontrak itu diberi kepada Bumiputera tetapi melalui tender sesama Bumiputera sahaja. Maknanya kita tidak bagi secara rundingan terus,” katanya.

Beliau berkata mana-mana syarikat Bumiputera yang memenuhi kriteria daripada segi saham dan pengurusan mesti ambil bahagian dalam tender.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata bahawa dalam konteks projek MRT, sebanyak 47 peratus daripada nilai projek itu setakat ini telahpun diserahkan kepada syarikat Bumiputera.

“Kita telah buat skim Jejak Jaya Bumiputera dengan syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan (di Bursa Malaysia).

“Sekiranya memenuhi kriteria, kerajaan beri bantuan supaya syarikat-syarikat ini disenaraikan. Begitu juga semua GLC (syarikat milik kerajaan) yang telahpun diwajibkan menjadikan agenda membantu Bumiputera sebagai salah satu daripada KPI mereka,” katanya dalam wawancara itu.

Pemimpin tertinggi UMNO itu juga berkata bahawa telah memberitahu semua GLC bahawa agenda membantu Bumiputera hendaklah disamakan dengan analogi peperiksaan di negara ini; “walaupun semua subjek lulus tetapi jika subjek Bahasa Melayunya gagal maka tidak boleh lulus peperiksaan.”

BERNAMA






17 Komen to Pelbagai Program Ekonomi Orang Melayu, Bumiputera Menerusi Perjuangan UMNO

  1. system baru says:

    Najib kena bangunankan golangan bumiputera dan syarikat bumiputera benar2 bekebolehan. Kita nak ulang perkara sama ambil saham apek kemudian jadikan hak sendiri macam anwar lakukannya semasa dia jadi menteri kowangan , apek gunakan orang melayu sebagai hiasan untuk dapat tendar kerajaan sebab apek bagi saham sikit pada orang melayu itu kita tak mahu berlaku lagi dan mengunakan nama melayu sebagai umpan untuk dapat tendar. Kita kena ingat jika tak mencapai 30% ekomoni bumiputera ketika wawasan 2020 dasar dab gagal, dasar DAB tersebut di buat bapa beliau tun razak . Kita sebagai umno tak nak di ketawakan oleh pembangkang. Sudah tiba waktu nya najib mesti tumpukan pemilikan kedai2 dan bangunan di bandar selama ini kuasai oleh orang cina. Orang melayu bukan lemah cuba tengok asb simpanan ornag melayu terbesar sudah tiba waktu kita ada simpanan aset kedai dan bangunan2 di bandar besar2 untuk di sewakan pada peniaga bumiputera

  2. raplahjingaa says:

    Hapuskan rasuah, penguasaan orang cina akan terbantut, dan orang melayu akan ada daya saing, selagi rasuan dalam agensi kerajaan wujud dalam skala besar, jangan harap orang melayu boleh bersaing.

  3. Iken says:

    Cash is king….org melayu perlu perbanyakan tabungan….labur didalam aset yang akan naik nilai…. Bukan bergaya dgn h/phone, kereta baru….lebih teruk kalau beli guna kredit card ….selepas 2 tahun aset susutnilai sampai 50%…..buang sikap pembaziran…

  4. moo says:

    Raplahjingga..

    Hang kata hapuskan rasuah?? Ada ka? Aku dok tengok ikan bilis yg kena ja… Khir Toyo amacam? Taib Mahmud kes, ada beran?

  5. kumbang says:

    Tubohkan syarikat berasaskan orang melayu seperti proton, silterra dan ctrm melibatkat hitech ology untuk menampong graduan melayu yAng banyak di diskriminasi syRikat cina.jangan berharap orang cina nak employ engineer melayu kalu tak diberi gaji murah diberinya kerja teruk2

  6. raplahjingaa says:

    Betul mooo depa tak berani, guan eng 800 juta, Khalid Ibrahim..beli tanah dalam tasik beratus juta, tak kira tanah Tropicana lagi, tu elaun anwar 15 juta, faekah bising, tapi dia pun dapat ratusan ribu…Khalid samad tok sah kira la, sampai duit sewa tapak pasar malam pun dia nak sapu, Ron liu dah dari urut kaki sampai urut kepala semua dia control, Teresa cock, dapat bayaran bulanan dari kartel penternak babi, bukan sikit anak….

    pokoknya mooo…memang hangpa tak berani….hehehehe

  7. Iken says:

    Award kpd contractor bumiputra….on condition bahan binaan (simen, besi, batu bata dll) diambil dari pembekal melayu….rekod kejayaan project ini blh dijadikan business model / CV utk mereka export kepakaran kenegara luar…..jgnlah bergantung kpd pasaran tempatan / projek kerajaan shj….

  8. tony gunawan says:

    raplahjingaa lu ada bukti tak kalau tak ada janganlah buat fitnah di sini!

  9. Iken says:

    Bro raplah….aku dah lupa kes statutory declaration by former deputy governor datuk murad…..apa dah jadi yer…sampai skrg senyap sepi…

  10. system baru says:

    Bantu pertani untuk hasil produk kecantikan dan herba orang kampung untuk dipasarkan cara moden

  11. moo says:

    Raplajingga.. Besar nya tuduhan jumlah rasuah yg di buat ahli PR. Dah lama jugak kes ni. Apakah Macc di bawah Najib lemah sbb tak buat siasatan kes besar ni…? Dari apa yg hang cakapkan, ia melambangkan kelemhan jentera krajaan di bwh pimpinan BN.

  12. moo says:

    Datuk Murad… Kalau ada kes, sure BN korek punya…. Kalau ada la…

  13. system baru says:

    Bantu moo cari dan tanaman anwar ketum yg semakin hari semakin berkurang dalam pasaram malaysia ini dan buatlah kajian bio pada tanaman anwar ketum Itu semakin hari semakin gilakan anwar itu. Semoga kita banyak pakar sains bio ada kebolehan tubuhkan syarikat mengkaji otak moo itu perlukan ubat kereta s class harga mahal disebab curi dan seludup itu harga 250ribu menipu itu

  14. system baru says:

    untuk bantu penkebun kecil getah aku galakan resda tubuhkan kilang sarung tangan dan kilang peralatan perubatan macam conton jarum suntik dan lain peralatan perubatan dengan mengunakan getah ia jadi tak ada pekebun kecil susuh ia

  15. kuman says:

    Perdana Menteri juga dilaporkan berkata bahawa dalam konteks projek MRT, sebanyak 47 peratus daripada nilai projek itu setakat ini telahpun diserahkan kepada syarikat Bumiputera…..masalahnya sampai la ni saya pandu kereta masuk subang Jaya SS14/15 dan highway sebelum batu tiga, projek cam tak jalan je. Berbulan dok lagu tu jee.? 47% bumi company, berapa % yang Ali Babakan atau AHLI BABA sendiri?

  16. raplahjingaa says:

    Toni gayboy…antara sebab aku sarankan sekolah SRJKC dihapuskan ialah kerana SRJKC adalah kilang pengeluran cina-cina bodoh kat Malaysia ni….hang pi Tanya berapa harga squarefeet Tanah di bayan bay, dan hang pi check berapa harga yang guan eng jual kat kroni DAP ?? buat homework sikit la gayboy, jangan jadi pemalas !!

    Dey mooo…kes sperm anwar pun ambil masa dah nak masuk 7 tahun, penangguhan kes 69 kali, ini kan pulak kes ratusan juta.

    Iken, kes tu jadi complicated sebab banyak fail-fail bukti telah lenyap, hangpa ingat sikit ke kaki tangan Bank Negara di bawah pay chek anwar ? bersepah kuman-kuman pembangkang dalam kerajaan yang dok tunggu arahan anwar untuk sabotaj kerajaan dan menghapuskan apa saja bukti.

Leave a Reply

Threesome