Menu Utama

Pelan Strategik Agenda Peremajaan UMNO Perlu Disediakan

Satu pelan strategik perlu disediakan segera bagi menjayakan agenda peremajaan Umno untuk menarik minat generasi muda, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2014, berkata kewajarannya supaya konsep peremajaan parti bukan hanya berkisar pada usia atau jawatan semata-mata.

“Sebagai Naib Presiden saya bersetuju, agenda peremajaan wajib dijadikan agenda utama parti,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Khamis,
mengumumkan beberapa langkah peremajaan termasuk membuka pendaftaran keanggotaan
secara terus secara online dan mewujudkan generasi pewaris kepimpinan masa depan
UMNO atau Jil-UMNO.

Beliau berkata langkah peremajaan dan kemudahan pendaftaran anggota baharu UMNO adalah sebahagian daripada proses program transformasi parti yang dilaksanakan sejak 2009.

Hishammuddin berkata sebelum ini UMNO telah melaksanakan pelbagai perubahan
termasuk penghapusan kuota untuk bertanding, penambahan perwakilan automatik ke
perhimpunan agung dan penurunan ukase memilih kepada akar umbi dengan jumlah
yang lebih besar.

UMNO juga telah melaksanakan transformasi dalam penghapusan yuran dan dalam
mempermudahkan penyertaan anggota, katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM100 juta untuk membaik pulih rumah keluarga angkatan tentera darat, laut dan udara, sebagai menghargai perjuangan mereka dalam menjamin keamanan negara.

“Usaha pemantapan sektor keselamatan dan pertahanan negara akan direncana secara strategik dalam Pelan Pembangunan Rancangan Malaysia ke-11.

“Ia penting kerana kita berhadapan dengan ancaman bentuk baharu yang menuntut kita memperkasakan aset dan kelengkapan,” katanya.

Hishammuddin berkata kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam usaha penambahbaikan kebajikan bekas perajurit bagi membela golongan itu.

Umno Online






2 Komen to Pelan Strategik Agenda Peremajaan UMNO Perlu Disediakan

Leave a Reply