Menu Utama

PEGAWAI KHAS KHAIRY JAMALUDDIN DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM CAFE PUTRAJAYA

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, “Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan “Ini cara masak kita macam ini.”

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di facebooknya.

Puncanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu “itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe.”

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky’s Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan kerajaan.

Supaya cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik bagi saya untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya.

Sumber dari Blog Zam Kata






15 Komen to PEGAWAI KHAS KHAIRY JAMALUDDIN DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM CAFE PUTRAJAYA

  1. Uturn says:

    gila dah pegawai kj ni, dia ingat dia pegawai kj dia besar sgt

  2. hadi says:

    SIAPA KJ???

  3. GT86 says:

    Dia ingat KJ tu dah beso sangat.
    Selalunya pegawai jadi macam ni sebab/berpunca dari ketuanya jugak.
    Tengok apa jadi pada parti si ketum dan parti pil panadol… macam sial.
    Pada mamat pegawai ni yang ada three some awek…KJ bukan tuhan.

  4. semangat dato' haron says:

    KJ duri dlm daging UMNO. Harus dihapuskan pengaruhnya dgn apa sahaja cara. Kelak jika x dihapuskan ianya akan membarah seperti Anwar Ibrahim. Jgn pula ada orang tulis artikel “menongkah smear campaign ke atas Khairy Jamaluddin”.

  5. moo says:

    KJ duri dalam daging??? Eh dia menang undian tau… Ramai lah yg sokong dia….

    Dia ahli PR kah??? Tentu sekali bukan…

  6. semangat dato' haron says:

    Kalo kita lihat Anwar lahanat tu, kita bole lihat ramai kawan2 Yahudi dia. Sama spt KJ, kwn2 baik dia spt Jason Lo yg mahu hapuskan perkataan Islam pada IC. Kalo nk tgk peribadi orang, tengok kwn2 sekelilingnya. Teruskan kempen Say NO!!! to KJ. Kerana dia pemuda UMNO telah menjadi pondan UMNO. Kalo berterusan begini gelap masa depan pemuda UMNO. Menantikan kelahiran semula Dato’ Haron Idris II, Syed Jaafar Albar dan Panglima Bukit Gantang.

  7. yahudiyeoh says:

    Moo…better late than never. Jgn jadi mcm PAS dh sampai kanser stage- 4. X boleh dirawat lg…

  8. Manapun says:

    Kalau mamat tu bkn pegawai KJ…apa kata korang? Customer is always rite tidak layak utk be applied kat dia?

    Byk je kalo tgk kt blog cafe or restoren kene kutuk…..tp sbb dia pegawai KJ then sume kecoh ke?
    Kesian la sape keje ngan KJ…semua kene tempias kebencian thadap KJ

  9. wong jo woo says:

    dia ingat dh jadi PA khairi dah boleh besar kepala..kepala otak dia..kan..kan..kan..nasib baik tak kena tetak kepala..kalau tak dh tak de kepala..poikkkkk

  10. syaa says:

    baru senang sikit,jadi PA dah lupa diri.melayu mudah lupa diri.

  11. dkds says:

    jenis manusia beginilah yang membuatkan majoriti penduduk luar bandar meluat dan benci, berlagak macam merekalah raja.

    sedar atau tidak perbuatan mereka inilah yang membuatkan UMNO ditolak oleh masyarakat dan rakyat

  12. anti jumud says:

    keh..keh..keh kj dipilih…..hahaahahahah…jangan lupo yang wakil memilih tu ramai yang khianat yang melupakan amanah akar umbi….puiiii ingat senang mau lupakah….?

  13. DaulatMelayu says:

    3 orang teman wanita. Gila threesome…

  14. antiKJ says:

    Dear Zam, bkn setakat haramkan pegawai cikai tu, haramkan sekali bos dia juga.

  15. double line says:

    Kj menang sbb Mukhriz bertanding naib presiden. Kalo Mukhriz ada konpem dah si KJ tu kalah. Ingat pemilihan 2009 kan dia diberi amaran sbb politik wang. KJ ni x de jiwa melayu, x pyh wat fitnah pun. Seperti kata semangat Dato’ haron tgk kawan2 dia pun dh tau. Dia selalu mengelak bg komen kt isu2 yg menyentuh kepentingan melayu Islam. Bajet khairy ingat dia liberal dan urban. Kalo urban pergi tukar kawasan pilihanraya dgn Raja Nong Chik. Kalo setakat orang Rembau tu bolehlah ko makan. Kj jgn salahkan kiteorg bawa isu ini, salahkan staff botak ko yg bajet hensem ada 3 awek tu..

Leave a Reply

Threesome