Menu Utama

PDRM Sambut Baik Keputusan Kekalkan Akta Hasutan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia merupakan tindakan tepat dalam usaha membendung tindakan pihak tertentu yang ketika ini secara terbuka menggunakan kebebasan bersuara secara salah.

“Saya amat mengalu-alukannya dalam keadaan sekarang apabila kebebasan untuk bercakap, kebebasan bersuara dan kebebasan menulis pelbagai perkara telah banyak disalahgunakan.

“…dan Akta Hasutan adalah undang-undang yang amat sesuai untuk menangani keadaan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Najib, yang juga Presiden Umno bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuh akta itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini Khamis.

Khalid berkata akta yang diguna pakai sejak sekian lama itu memiliki kekuatan tersendiri dan ia akan menjadi bertambah baik jika terus diperkemas dan ditambah baik.

Ditanya apakah penambahbaikan yang diharapkan oleh PDRM, beliau berkata antara yang perlu diberi perhatian ialah dalam aspek pendakwaan, khususnya bagi memudahkan polis mengemukakan atau membuat pertuduhan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Selain mengekalkan Akta Hasutan 1948, cadangan dua peruntukan khas yang akan dimasukkan ialah bagi melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata PDRM turut berkongsi kebimbangan kerajaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas serta ancaman yang mungkin dicetuskan sekiranya mereka kembali ke tanah air.

Beliau berkata bagaimanapun, cadangan kerajaan untuk membentangkan satu undang-undang baharu bagi membanteras dan menangani gejala itu pasti membantu dalam memperkukuh lagi perancangan sedia ada PDRM untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita ada perancangan, insya-Allah, jangan risau tetapi kita memerlukan undang-undang untuk memberi polis lebih kuasa bertindak ke atas mereka.

“Kita sedang menghadapi aktiviti terorisme, jadi kita perlu ada satu undang-undang khusus untuk berdepan dengan kemungkinan yang akan digunakan oleh mereka untuk mengancam negara,” kata Khalid.

Beliau berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan juga perlu diperkasakan kerana kedua-duanya lebih menjurus kepada pembanterasan jenayah atau aktiviti jenayah.

Cadangan untuk membentangkan undang-undang baharu itu dibuat Perdana Menteri ketika membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, semalam, antara lain bagi membolehkan tindakan lebih berkesan diambil dalam mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini.

Bernama






7 Komen to PDRM Sambut Baik Keputusan Kekalkan Akta Hasutan

  1. moo says:

    Siapa nak ambik tdkan ni???

    .
    .
    .
    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ( PAC ) mendapati pembelian peralatan operasi Cobra Cutting Extinguisher E300 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bernilai RM48.72 juta, dianggap sebagai membazir dan tidak mengikut keperluan.

    Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kelulusan pembelian peralatan itu dibuat secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 6 Februari 2006.

    “Bagaimanapun pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui surat bertarikh 22 Februari 2006, menolak keperluan perolehan peralatan ini.

    “Perolehan ini tidak termasuk di dalam perancangan Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), bagaimanapun tetap diteruskan,” katanya selepas membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat, semalam.

    PAC mendapati penilaian teknikal tidak dibuat secara keseluruhan kepada keperluan perolehan peralatan itu.

    “Penilaian terhadap syarikat pembekal iaitu Syarikat Kejuruteraan Asas Jaya tidak dibuat khususnya dari segi ‘track record’ penggunaan peralatan di negara-negara lain,” kata Jazlan lagi.

    Sehubungan itu, PAC menyarankan Kementerian Kewangan mengambil kira maklum balas keperluan daripada jabatan terlebih dahulu sebelum meluluskan sebarang perolehan peralatan yang di luar perancangan jabatan.

    Menurut Jazlan, satu kajian kemungkinan perlu dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan terdapat keperluan menangani krisis seperti kebakaran, runtuhan bangunan serta kejadian kemalangan yang di luar jangkaan.

    Melihat hasil prosiding yang dijalankan, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur penyelewengan dalam pembelian peralatan tersebut.

    PAC juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menyiasat dengan tujuan untuk memastikan ketelusan berlaku dalam proses perolehan tersebut.

  2. moo says:

    KUALA LUMPUR – Teguran secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Umno disifatkan sebagai tanda sayang bekas Presiden Umno itu terhadap parti tersebut.

    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Umno kini banyak berbeza dari zaman pentadbiran Dr Mahathir.

    “Banyak perubahan lebih baik kita lakukan. Masa dahulu, presiden tidak boleh bertanding dan ada kuota untuk memilih. Sekarang, kuota itu dihapuskan dan semua ahli Umno boleh memilih pemimpin mereka rasa layak.

    “Kalau masa beliau (Dr Mahathir) dahulu, lebih banyak sekatan. Perwakilan pun hanya 2,600. Sekarang kita dah tak ada kuota lagi, jadi orang boleh nilai sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir diakui sangat konsisten dalam mengingatkan ahli-ahli Umno.

    “Kami menerima teguran itu secara terbuka, tetapi apa yang paling penting, teguran seumpama itu jangan sampai boleh memecahkan parti.

    “Berbeza dengan ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (kelmarin) yang penuh dengan teguran tetapi tidak menyinggung hati sesiapa.

    “Ucapan itu tidak menjejaskan perpaduan dan kekuatan parti. Tapi, saya percaya ucapan Dr Mahathir juga tidak berhasrat memecahbelahkan parti. Umno akan terus bergerak ke depan,” katanya.

  3. raplahjingaa says:

    Khushuk sungguh hang ambil berat pasal UMNO moooo ?? baguslaaa…semua orang ambil berat, sebab UMNO adalah parti memerintah, apa saja keputusan yang dibuat akan memberi kesan pada setiap rakyaat malaysia tak kira di negeri mana pun kan ??

    Hang pernah dengar bekas pemimpin pembangkang yang masih menjadi ahli menegur pemimpin pembangkang tak mooo ?? ooopppss !! mana ada bekas pemimpin pembangkang yang masih menjadi ahli, semua bekas pemimpin dah keluar parti pembangkang !! hehehehe…

  4. korokstabang says:

    mabuk ketum betoi lah si mooh ni copy paste lari dari tajuk harap mooh terus bagi komen kerana mooh boleh menjadi bahan lawak yang menyerikan lagi di bahagian komen.

  5. Anak Melayu says:

    Sakit hati sgt smpi otak jadi biol. Hahahaha……..

  6. semangat dato' haron says:

    Kalo polis wat kerja buka kertas siasatan tp kalo AG wat pendakwaan terpilih tetap x berjaya jugak. Sila tukar AG Gani Patail. Beliau sudah terlalu lama di jawatan tersebut dan terbukti beliau x cekap terutamanya melibatkan kes batu putih. Ntah kenapa Najib kekalkan beliau. Lagi satu Adnan Yaakob tu tolonglah ganti dgn orang lain. Dh ancient sgt dia. Semua negeri dh dpt Menteri Besar baru tp dia?

Leave a Reply

Threesome