Menu Utama

PAU 2014: Pembahas Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa (II)

Dalam bahagian kedua rencana menjelang Perhimpunan AGUNG UMNO 2014, Ab Jalil Backer mencadangkan agar fokus usul pendidikan harus bersifat konstruktif dalaman, bukannya medan luahan kemarahan dan membelasah kaum lain.

ELAK BINCANG DAN PERTIKAI KEPENTINGAN PENDIDIKAN KAUM LAIN, FOKUS PERKASAKAN PENDIDIKAN NASIONAL

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung pada 26-28 November ini telah menerima 755 usul daripada UMNO Bahagian di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Usul PAU 2014, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, daripada jumlah tersebut 117 usul diterima tanpa bahas, manakala selebihnya 638 usul diterima untuk rujukan.

Sudah tentu usul-usul yang diterima untuk rujukan akan muncul dalam perbahasan-perbahasan isu ekonomi, pendidikan, Islam dan perbahasan ucapan Presiden parti.

Antara topik yang sering mendapat perhatian ialah usul pendidikan kerana ia amat dekat dengan akar umbi UMNO dan orang Melayu secara keseluruhan. Isu-isu biasiswa, pinjaman PTPTN, bahasa Melayu, insititut pengajian tinggi, politik mahasiswa, nasib guru-guru dan Sekolah Agama Rakyat dijangka menjadi elemen perbahasan isu pendidikan kali ini.

Difahamkan terdapat juga usaha untuk membincangkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT).

Sungguhpun kita percaya dan tahu bahawa sekolah jenis kebangsaan ini terutamanya SJKC menyebabkan perpecahan dan polarisasi kaum yang besar sekarang ini, namun PAU 2014 bukanlah medan perbahasan terbaik.

Adalah tidak manis dan wajar untuk perhimpunan agung UMNO menjadi tempat orang Melayu membincang dan mempertikaikan kepentingan kaum lain. Walaupun kita berkata perbahasan demi kepentingan nasional, namun umum akan melihat ia merupakan perbahasan yang rasis dan bersifat perkauman.

Adalah lebih wajar tema usul pendidikan kali ini menumpukan kepada pemerkasaan sistem pendidikan nasional berteraskan sekolah kebangsaan tanpa menyentuh SJKC dan SJKT.

Pembahasa usul pendidikan perlu mendesak kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan melalui pertambahan bilangan guru dan kelas. Jika boleh kita tidak lagi mahu mendengar satu kelas mengandungi 30-40 pelajar, sekolah yang padat dan kualiti pendidikan yang lemah.

Jika boleh, PAU 2014 perlu mengusul dan meluluskan agar setiap sekolah kebangsaan rendah dan menengah mempunyai maksimum pelajar setiap kelas tidak lebih 25 orang dan sesebuah sekolah tidak lebih 1,000 orang.

PAU 2014 juga harus mengusul dan mendesak agar setiap sekolah kebangsaan dilengkapi makmal komputer, makmal sains dan makmal bahasa serta infrastruktur sukan yang sama kualiti antara bandar dan luar bandar.

Kita tidak boleh memaksa ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Adalah hak ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan, mahu pun sekolah swasta dan antarabangsa.

Namun adalah tanggungjawab kerajaan memastikan sekolah kebangsaan yang mewakili sistem pendidikan nasional dinaiktaraf dan ditingkatkan kualiti dan menjadi lebih baik dari sekolah-sekolah lain.

Justeru UMNO harus mengambil langkah memastikan sekolah kebangsaan diberi perhatian istimewa dan khusus oleh kerajaan.

Yayasan Pendidikan UMNO

Sudah tiba masanya juga PAU 2014 mencadangkan penubuhan Yayasan Pendidikan UMNO yang bertujuan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak ahli UMNO di luar bandar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bengkel kemahiran lanjutan.

UMNO tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata. Sebagai sebuah parti politik berasaskan perkhidmatan dan keluruhan budi, UMNO harus mencari jalan tidak terlalu bergantung harap kepada kerajaan dalam membantu memperkasakan generasi muda Melayu.

Jika UMNO boleh mewujudkan Yayasan ini ia akan memberi nilai tambah kepada ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhan, akhirnya UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang bukan sahaja cemerlang dalam pemerintahan, tetapi juga berupaya melaksanakan agenda sendiri jika kerajaan gagal melaksanakannya.

Dengan kata lain, kita mengharapkan PAU 2014 bukan lagi menjadi medan membelasah kaum lain atau pihak lain, tetapi lebih kepada medan perbahasan yang konstrutif dan membina kekuatan dalaman bagi memperkasakan orang Melayu.






12 Komen to PAU 2014: Pembahas Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa (II)

  1. […] Sudah tentu usul-usul yang diterima untuk rujukan akan muncul dalam perbahasan-perbahasan isu ekonomi, pendidikan, Islam …read more […]

  2. tony gunawan says:

    umno sudah tak relevan lagi!

    rakyat sokong PR!

  3. moo says:

    Jangan lupa Rancangan Lawak Mega dan Pok Amai Amai 2014 di PWTC. Penuh pantun seloka, lawak jenaka, drama dan airmata, syair dan puisi dan amarah. Tapi ooopsss jangan lupa bodek ya.. !

  4. dkds says:

    amat bersetuju dengan penulis, jangan jadikan PAU sebagai medan membelasah kaum lain yang dimana dasar kekalkan sekolah cina dan tamil adalah dari pemimpin kita yang terdahulu, adakah UMNO pada hari ini ingin menyalahkan kep[impinan masa lampau?…sepatutnya UMNO yang ada kuasa utuh dalam kerajaan tak perlulah melatah macam orang meroyan hilang anak, kadang kala amat pelik melihat pemimpin UMNO yang hidup dalam mainan isu perkauman ini

  5. raplahjingaa says:

    moooo….hang jangan tak tunggu depan TV, kita sama-sama tengok macam mana perhimpunan agung dijalankan…tak dak kerusi melayang, tak dak tandas yang menjijikan dan tak dak pun tuduhan parti tak sah ! perhimpunan orang yang bertemaddun !!

    tony gayboy…amacam bapak hang yang pi ludah cermin kereta tu, dah keluar lokap ke ?? hehehe…

    Ni lagi satu, nak perkasakan pendidikan nasional, kena perkasakan kementerian pelajaran dulu…discipline pentadbir dan guru-guru kena pantau, ni sekolah nak cuti panjang lagi 2 minggu, cikgu-cikgu dah mula tak mengajar, murid-murid pi sekolah dibiarkan buat suka hati depa.

  6. wong jowo says:

    tony puaka ..tak senang keja org melayu..komunis tu..patut di sumbat mercun bola dalam mulutnya

  7. WTF says:

    Rakyat mana ada sokong PR, PR tu pun dah TAK WUJUD la Tony Gay!!!

    Pergi BLEEEEEEEEEECH rambut hang jadi BLOND Tony Gay!!!

  8. Wasatiyyah says:

    Ye sifat wasatiyah harus diterapkan. Kita adalah Parti Pemerintah bknnya pembangkang. Ada sesetengah perkara kena utamakan rasional dari emosi. Memang ramai concern sekolah vernakular menggalakkan polarisasi. Tp adakah menghapuskannya akan meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan sekolah kebangsaan. Kita harus sedar bangsa yg maju ilmu dan ekonominya akan dihormati. Lebih baik kita memajukan diri sendiri supaya masyarakat cina dan India sendiri secara rela hati utk memasuki sistem pendidikan yg sama. Jika mereka masih berdegil, mereka yg akan memencilkan diri sendiri atas pilihan sendiri memandangkan menjelang 2050 jumlah Melayu dan Bumiputera akan membentuk 80% populasi negara.

    X payah2 nk agresif x bertempat bknnya boleh tingkatkan undi bkn Melayu pun. Lagi meluat mereka pada UMNO lebih teruk. Masyarakat Cina dan India ni progresif kalo dorang rasa Pakatan Rakyat x menguntungkan jgn terkejut PRU14 BN menang 2/3 majoriti. Ini 2014 lanskap politik dunia berbeza, silap langkah memang ada kuasa ghaib dari luar akan ambil kesempatan. Mereka memang menunggu sahaja negara2 sasaran buat silap lebih2 lagi Negara Islam. Isu2 sensitif Melayu Islam kita tangani secara berhikmah. Dorang memang nk kita reaksi berlebihan supaya mencetuskan konflik agama dan kaum.

  9. Keris 2314 says:

    Tertarik dgn apa Zahid Hamidi cakap pada rancangan soal jawab di TV3 yg UMNO akan lancarkan pelan induk Keris 2314. Harap Mykmu akan buat susulan mengenai pelan ini. Harap pelan ini akan memulihkan keyakinan yg sedikit goyah pada kepimpinan sedia dan semoga ianya akan menyatukan seluruh ahli2 dan pemimpin2 veteran dan semasa menghadapi PRU14. Ingat ahli UMNO harus bersatu padu, dahulukan kepentingan parti. Hidup UMNO.

  10. kuman says:

    Adalah tidak manis dan wajar untuk perhimpunan agung UMNO menjadi tempat orang Melayu membincang dan mempertikaikan kepentingan kaum lain. Walaupun kita berkata perbahasan demi kepentingan nasional, namun umum akan melihat ia merupakan perbahasan yang rasis dan bersifat perkauman.

    Adalah lebih wajar tema usul pendidikan kali ini menumpukan kepada pemerkasaan sistem pendidikan nasional berteraskan sekolah kebangsaan tanpa menyentuh SJKC dan SJKT?????????????????????????????????????????

    Maka benarlah UMNO era Ah Gib Gor dah tak de TELOR… Goodbye UMNO GE14 RIP.

  11. samad says:

    Harap PAU tahun ni lebih menjurus kepada pembentukan identiti bangsa Malaysia.

    Kita tak salahkan pemimpin terdahulu kerana sekolah sjkt tetapi modul itu dah tidak relevan lagi. Modul ini hanya membuatkan jurang perkauman bertambah luas.

    Untuk masa depan anak cucu kita, pendidikan perlu di seragamkan tanpa mengira kaum. Satu modul pendidikan kebangsaan tanpa perbezaan kaum perlu di lakukan demi pembentukan bangsa Malaysia.

Leave a Reply