Menu Utama

PAU 2014: Pembahas Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa (I)

Memaknakan Perbahasan

Oleh Ab Jalil Backer (jalilbacker@gmail.com)

Sudah tiba masanya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang bakal berlangsung minggu hadapan mencipta sejarah baru, mengubah lanskap perbahasan politik tradisional dalam mencari realiti politik semasa.

PAU 2014 harus berubah dari menjadi medan politik menonjol diri tidak bertempat atau menjadi pejuang Melayu tidak berlandasan. Saban tahun kita berhadapan dengan retorik-retorik berapi yang seronok didengar namun cacat politik kebangsaan dan hilang warna kesederhanaan yang telah dipraktikkan sejak lebih 65 tahun lalu.

Sudah tiba masanya perwakilan UMNO membezakan antara berucap atas pentas Perhimpunan Agung UMNO, dengan ucapan di peringkat cawangan mahupun perbahasan di UMNO Bahagian. Jauh sekali menjadikan perbahasan ini seperti cakap-cakap di kedai kopi, atau gosip politik di lobi-lobi hotel.

Realitinya, sejak dahulu perbahasan dalam PAU merupakan satu persidangan luar biasa dan seumpama satu temasya pemikiran terbesar Malaysia dalam konteks tumpuan dan perhatian yang diberikan oleh rakyat negara ini.

Sama ada penyokong UMNO, penyokong Barisan Nasional, rakyat biasa mahu pun parti lawan sentiasa melihat penuh minat perhimpunan agung UMNO. Mereka melihat PAU merupakan satu medan perbahasan yang akan menentukan hala tuju polisi negara dalam masa beberapa tahun akan datang.

Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PAU menjadi hambar apabila perbahasan dan usul yang dikemukakan lebih bersifat politik sempit dan tidak berpijak di bumi nyata sehingga menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan.

Malahan bila ada yang dilaksanakan pun ia dibuat oleh kerajaan setelah lama diusulkan sehingga rakyat tidak lagi melihat ia merupakan hasil perjuangan UMNO.

Difahamkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, yang bertanggungjawab menguruskan usul-usul dari bahagian telah menubuhkan sekretariat dan sidang meja bulat bagi meneliti kesemua usul-usul.

Sungguhpun terdapat kritikan kewujudan perbincangan meja bulat ini cuba menghakiskan kebebasan perbahasan, namun saya fikir ia adalah sebaliknya. Kewujudan meja bulat ini bertujuan memberi panduan dan pandangan mengenai hala tuju perbahasan agar ia menjadi satu perbahasan yang berguna untuk parti dan barisan Nasional.

Dalam negara yang pelbagai kaum dan agama, perbahasan di peringkat nasional harus mengambil kira sensitiviti dan perasaan orang lain di luar UMNO. Dalam masa yang sama kita juga tidak mahu para pembahas memuji dan memuja pemimpin sehingga pendengar pun naik loya dan geli.

Dengan kata lain, sidang meja bula ini bertujuan mendorong agar pembahasa membahas isu dalam keadaan wassatiyah dan penuh kesederhanaan.

Sekretariat Usul bukan sahaja perlu memberi input kepada pembahas tetapi juga wajib memastikan para menteri yang terbabit dengan usul pendidikan, politik, ekonomi dan agama menjawab isu-isu dan usul yang dibangkitkan semasa ucapan penggulungan.

Akar umbi akan kecewa jika janji tidak dikotakan. Lebih baik berterus terang dari awal. Jika boleh katakan boleh, jika tidak katakan tidak. Ini bukan masa bermain retorik politik, namun janji dalam perhimpunan dilupakan sahaja.

Kita tidak mahu menjadi seperti tahun lalu, janji tinggal janji, sehingga menjelang perhimpunan kali ini ada yang dijanjikan langsung tidak nampak bayang.

Dalam masa yang sama saya fikir, adalah wajar pasukan sidang meja bulat ini juga berpijak di bumi nyata dengan mencari titik tengah antara meluahkan pandangan akar umbi dengan menjaga kepentingan politik nasional UMNO.

Dalam keadaan mahu melihat UMNO terus mewakili suara akar umbi, suara akar umbi itu sendiri harus mengambil kira kepentingan strategik politik Melayu, UMNO dan Barisan Nasional.

Tiada guna kita menang sorak di Perhimpunan Agung UMNO tetapi akhirnya kuasa yang ada tergadai begitu sahaja. Biarlah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.






13 Komen to PAU 2014: Pembahas Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa (I)

  1. […] Sudah tiba masanya perwakilan UMNO membezakan antara berucap atas pentas Perhimpunan Agung UMNO, dengan ucapan di peringkat cawangan mahupun perbahasan di UMNO Bahagian. Jauh sekali menjadikan …read more […]

  2. semangat dato' haron says:

    Gila obvious Sepupu sendiri tapis usul perbahasan PAU. Org kata dlm politik persepsi sgt penting.

  3. brekpit says:

    Apa telah terjadi transformasi politik yang di canang masa PAU 2013&sebelum PRU13?Skrg ni kemasukan ahli2 baru masih LEMBAB,orang2 muda yang berbakat langsung diketepikan,

  4. moo says:

    Penulis sendiri berkata PAU ni sorak je yg berdegar2 action hampeh. Macam pok amai-a mai je. Saban tahun aku dok dengar ‘transformacy’ tak habis 2. Transformacy gapo? Transformacy cap ayam?? Org yg sama ja dok kat atas tu… Anyway itu masalah um no yg menghadapi sindrom tua yg asyik marah2 ja dan sgt sensitif. Nanti mampos lah tu…

    Anyway isu rakyat Malaysia yg kronik iaitu kos sara hidup. Korang rasa ada penyelesaian yg effektif?? Majority rakyat Malaysia tinggal di bandar. Mereka rata 2 terkesan dgn masalah INI. Umno buat tak kisah. Vila rakyat berubah pada PR , um no meroyan pulak. Nampak Sgt sindrom org tua.

    1MDB ni hutang day RM40 billion dalam masa 5 tahun. Bisnes rugi. Isu bond guaranteed by government. Macam mana nak service coupon payment bond tu kalau return to asset is too low and byk pulak asset tak ada steady cash flow. Ada berani? Atau tak ada telur jilat pemerintah ja?; atauu ahli umno take paham isu yg meruncing INI? INI scandal terbesar pemimpin negara sejak merdeka tau. Kalau ahli umno tak paham, nampak sgt umno ni tak relevant lagi dgn arus pembangunan dan politik negara. Salah kah aku kata umno parti yg kian karam??

  5. semangat dato' haron says:

    PENGKADERAN – Isi penting PAU lepas yg diabaikan begitu sahaja.

  6. semangat dato' haron says:

    PAU 2014: Pucuk Pimpinan Tertinggi Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa (I)

    Ini baru tajuk artikel yg sesuai. Perubahan harus bermula dari atas.

  7. raplahjingaa says:

    Errr…errr, tak dak sapa ka yang nak bawa isu suruh Najib berundur ???

  8. system baru says:

    Moo apa jadi kau ini ia 1mbd tak pun bankrap ia, rakyat ada nak bedulik apa dengan 1mbd itu rugi ia , dula tmb rugi pun ada ke rakyat nak bedulik ia, bila tmb untung kata tmb untung terlalu banyak sebab naik kan bil eletirk ia. Bila tmb rugi maki sampai nak manpus itu sikap pkr, nanti bila 1mbd untung apa dicakap pkr ia,lupa pesan apa tokong dap itu buat apa di p.pining ia dah ke dia orang sediakan rumah kos rendah rakyat ia itu rakyat tak nak lihat 1mbd itu ia untung atau rugi yg penting mereka.cukup makan,ada tempat tinggil dan tak menyusahkan orang .mesti ingat 40% rakyat golangan bawahan nak rumah kos rendah bukan nak rumah dan kondo mewah tokong dap itu ia

  9. moo says:

    Samangat Dato Harun..

    Perubahan bermula dari atas ko kata???

    Najib kat JB baru ni kan kata, perubahan patut bermula dari bawah.

    Hang ahli umno pun tak tau… Bodo punya ahli!

  10. WTF says:

    Aku setuju dgn saudara semangat dato’ haron

    Pucuk Pimpinan Tertinggi Yang Perlu Hadapi Realiti Politik Semasa, bukannya Pembahas kerana kebanyakan Pembahas hanya boleh sampaikan apa yg tersirat dlm hati org Melayu (though ada yg puji lebih2 aka bodek pemimpin), tapi Political Will untuk melaksanakan agenda memperkasakan agama Islam dan bangsa Melayu perlu datang dari pemimpin2 UMNO sendiri!!!

    Mooooooooooooooooooh, kurang2nya hang ada hati jugak nak follow persidangan Perhimpunan Agung UMNO, walaupun kata BENCI dan MELUAT pada UMNO.

    Dan aku yakin ramai MACAI2 macam Mooooooh mengikuti Perhimpunan Agung UMNO dgn PENUH KONSENTRASI.

    Nampak sangat rakyat Malaysia tak nak ambik tahu pasal DAP, PKR dan PAS, sebab DAP, PKR dan PAS adalah parti yg DAH KARAM pun pada PRU 13!!!!!

    Heheheheheheheheheheheheehehe!!!!

  11. moo says:

    System Baru

    apa kah bodo tahap hang

    1MDB kalau rugi, kerajaan yg tanggung, dgn kata lain rakyat yg kena tanggung..contohnya kenaikan kadar cukai, cukai2 baru spt GST.

    Kes TNB ni , nampak sgt hang tak paham dgn kaitan dgn IPP (Inedependet Power Producer)

    1MDB Beli tanah kat Penang katanya nak buat rumah mampu milik untuk PRIMA. Bila dah beli dia kata nak buat rumah High End, tu yg LGE tak nak kasi approval.

    aku hairan, mana lah sumber pembacaan hang.

  12. WTF says:

    Yalah tu Moooooh, Lim Guan Eng tak bagi approval kepada 1MDB untuk meneruskan program pembinaan rumah mampu milik sebab rumah yg bakal dibina adalah dalam kategori “high end”!!!

    Pada pendapat aku, kalau 1MDB nak bina rumah “high end”, Lim Guan Eng confirm APPROVE punya!!!

    Kalau tak caya, cuba Mooooooh namakan projek perumahan rumah mampu milik yg dapat approval drp kerajaan negeri Pulau Pinang sepanjang pemerintahan Lim Guan Eng dan DAP????

    Hehehehehe, bina parking lot pun sampai la ni tak siap2, belum lagi cerita tunnel ya Moooooooooooooooooooooh!!!!

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/its-boulder-dash-says-barisan-rep-over-delays-in-penang-hill-car-park-proje

  13. semangat dato' haron says:

    Moo…apa yg hang fikir layak panggil org lain bodoh. Cuma hang sahaja obses masuk blog pro kerajaan tanpa halangan. Kalo kali g blog pembangkang haram jadah dorang nk benarkan komen kami Ni publish. Hang patut bersyukur portal dan blog pro kerajaan amat terbuka pada kritikan even pada pemimpin sendiri. Ini yg membezakan kami yg hang panggil bodoh berbanding puak2 pakatan haram hang yg sedang berada di ambang sakaratulmaut Tu. BTW moo..hang Tu lulusan oxford ke sama2 dgn KJ? Padanlah panggil orang lain bodoh…

Leave a Reply