Menu Utama

PAU 2005: UMNO Wajar Ingatkan Kerajaan Peraturan RM 1 juta Harga Minimum Milikan Asing Tidak Cukup Baik

Pengumuman Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini yang bersetuju supaya harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing ditingkatkan daripada RM500,000 seunit kepada RM 1 juta seunit tidak begitu realistik dan tidak mencerminkan nilai ekonomi semasa negara.

Dalam keadaan hari ini, RM 1 juta bagi warga asing hanyalah sekitar USD 350 ribu atau SGD 450 ribu dan harga ini masih dalam lingkungan mampu beli bagi kumpulan ekspatriat di Malaysia dan profesional di Singapura berdasarkan gaji kumpulan ini.

Justeru kenaikan ini tidak akan memberi banyak faedah dan kesan dalam usaha kerajaan mengurangkan kenaikan nilai hartanah seperti “bubble” sekarang. Kita semua tahu keniakan hartanah begitu tinggi di lembah klang, Johor Bharu dan Pulau Pinang bukan kerana kekurangan penawaran berbanding permintaan tulen. Sebaliknya ia lebih bersifat manipulasi spekulator dalam dan luar negara yang mengambil kesempatan atas kecairan kewangan dan kemudahan fasiliti perbankan tempatan.

Justeru jika kerajaan serius untuk menangani masalah ledakan harga hartanah di kawasan-kawasan ini, ia sewajarnya menaikkan had pembelian minimum warga asing kepada RM 2 juta.

Ini pula harus diikuti oleh syarat ke atas warga asing bahawa mereka hanya layak membeli satu unit hartanah atas tanah sahaja (landed property). Selain itu “Real Property Gains Tax (RPGT)” juga perlu dikenakan dengan kadar yang lebih tinggi kepada warga asing.

Perbankan dalam negara juga harus mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi bagi pembelian hartanah oleh warga asing. Sungguhpun mereka mempunyai kemampuan membayar namun kumpulan ini adalah risiko kepada ekonomi dalam negara. Jika sesuatu berlaku mereka dengan mudah meninggalkan negara ini dan membiarkan pasaran hartanah merudum dengan mendadak seperti mana terjadi kepada pasaran mata wang negara.

Justeru saya fikir dalah penting pembahas usul ekonomi UMNO nanti meneliti perkara ini dan mendesak kerajaan meningkatkan peraturan dan kawalan ke atas spekulator hartanah di negara ini.






8 Komen to PAU 2005: UMNO Wajar Ingatkan Kerajaan Peraturan RM 1 juta Harga Minimum Milikan Asing Tidak Cukup Baik

  1. moo says:

    Putrajaya will need to shoulder nearly RM20 billion in debt from 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and not RM5.8 billion as previously stated, said Rafizi Ramli.

    The Pandan MP said besides the explicit guarantee given to the RM5.8 billion sukuk bond, the federal government would also have to be responsible for the state sovereign fund’s RM9.7 billion loan if 1MDB could not service the debt.

    Additionally, 1MDB’s subsidiary SRC International Sdn Bhd has accrued an RM4 billion debt from Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) which is guaranteed by the government.

    “From the three debts undertaken by 1MDB, it is clear the federal government is shouldering a financial liability of RM19.5 billion. This does not include the balance of other debts which has reached RM42 billion for the financial year ending March 31, 2014,” he said at the parliament lobby today. – November 18, 2014.

    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putrajaya-will-need-to-guarantee-almost-rm20-billion-1mdb-debt-says-rafizi#sthash.AODrVjnN.dpuf

  2. semangat dato' haron says:

    Tengok kawasan jugak..kalo kt KL, Penang @ JB kena tingkatkan pada 2-3 juta. Rm1 juta Ni kecil nilainya bg hartanah sekitar kws ini. Kes datum jelatek patut jadi pengajaran pada org Melayu. Menteri Besar longkang yg baru pun lepas tangan x nk tolong org melayu. Juga kena hadkan pemilikan rumah maksimum utk individu utk menghapuskan spekulasi hartanah.

    Pemilikan rumah (tempat berlindung) adalah keperluan asas seorang manusia dan sepatutnya menjadi fokus penting kerajaan melebihi pembangunan lain. Kerana keluarga adalah unit asas pembentukan sebuah negara dan masyarakat. Walaupun PR1MA wujud, impaknya seperti amat lembab terutamanya di Lembah Kelang.

  3. semangat dato' haron says:

    Moo copy and paste statement by Rafizi Ramli.
    Really moo…..ko caya dgn mamat penipu ni?

  4. semangat dato' haron says:

    Oh ye moo…malaysian insider pun dah banyak kali minta maaf sbb misleading information jd copy and paste ko x de locus standi. Kalo aku ianya ibarat sama taraf mcm blog gosip. Moo kenapa ko suka dtg sini, Malaysian Insider delete komen ko kt sana ke? Tu yg ko asyik meroyan copy and paste statement palsu di sini…

  5. raplahjingaa says:

    Ini kerajaaan kena tengok…tak payah lah jual hartatanah banyak-banyak kepada orang asing, rakyaat malaysia makin hari makin bertambah…jangan satu hari nanti kita kena sewa rumah yang dipunyai oleh orang asing. Nak beli dah tak mampu….alahai

  6. buana says:

    kerajaan kena ambil perhatian…jangan seinci pun jual pada orang asing…tiada keistimewaan diberi pada mereka…expatriate ni banyak duit..hantar balik negara asal boleh buat bisnes macam macam..beli tanah beli rumah…

  7. Badrole Amin says:

    PAU nanti aku nak tengok Najib kata dia buat silap fasal nak mansuh akta hasutan…sebelum Najib kata begitu pastinya ramai perwakilan balun kaw-kaw fasal ura-ura Najib nak mansuh akta hasutan dan perkara-perkara/usul-usul lain…selain mengaku buat silap, harap Najib setuju tentang cadangan(dari NGO Islam) tambah 2 perkara itu dalam akta hasutan sedia ada

  8. Aurora Borealis says:

    Aiyoo Moo….Yinnadaa….

Leave a Reply

Threesome