Menu Utama

Pakatan Rakyat Cuba Desak Hadi Letak Jawatan?

pakatan rakyat1

Kuala Lumpur, 10 Nov – Konflik dalaman pakatan rakyat makin meruncing. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat sebagai “batu penghalang” dalam perancangan “kotor” pakatan rakyat. Dengan erti kata lain fahaman dan pendirian pakatan rakyat terlalu jauh berbeza dengan parti PAS. Sememangnya DAP , PKR dan PAS tidak pernah sehaluan melainkan mahu menumbangkan Barisan Nasional. Mereka tidak mungkin dapat bergabung sehati sejiwa untuk memerintah Malaysia.

Sebenarnya sikap pakatan rakyat itu sendiri yang dilihat tidak pernah menghormati prinsip dan pendirian PAS merupakan punya utama PAS jauh hati dari pakatan rakyat atau dengan lebih tepat lagi Haji Hadi Awang tahu bahawa beliau dan PAS telah dihina dengan begitu teruk sehingga menjejaskan maruah diri, keluarga dan parti PAS.

Isu yang timbul sejak kebelakangan ini telah benar-benar menghakis kepercayaan ahli tegar PAS sendiri terhadap parti mereka. Namun begitu, mereka tahu bahawa wujud gerakan yang secara halus membawa masuk ahli PAS yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Haji Hadi Awang dan Nik Aziz. Mereka ini digelar Anwarinas ataupun PASMA. Dengan itu pihak pakatan rakyat akan menggunakan “orang-orang” Anwarinas atau PASMA ini untuk mendesak kepimpinan tertinggi PAS untuk “menurut” kata mereka.

Baru-baru ini agak kecoh di kalangan ahli PAS kononnya Haji Hadi Awang telah dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan menggunakan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Hadi Awang untuk terus memimpin PAS.

Orang-orang suruhan pakatan rakyat ini juga turut menggunakan alasan kononnya dengan pengunduran Haji Hadi Awang maka PAS akan boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu ekoran krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Pakatan rakyat perlu tahu bahawa rakyat tidak “buta”. Mereka tahu bahawa pakatan rakyat hanya cuba mempergunakan PAS sesuka hati mereka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah PAS. Sikap menghalalcarakan apa sahaja demi matlamat kerakusan kuasa tanpa batasan bakal menjadi “kain kapan” pakatan rakyat itu sendiri.

Mereka lupa bahawa Malaysia masih lagi mengekalkan nilai ketimuran dan kelembitan dalam berpolitik. Sikap terlalu agresif dan melampau pakatan rakyat akan membuatkan rakyat makin meluat dengan agenda politik mereka. Semakin kuat mereka menganiaya Haji Hadi Awang maka semakin jauh lah sokongan ahli PAS dan orang Melayu terhadap pakatan rakyat.

Selain daripada itu, pakatan rakyat turut menggunakan alasan Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas. Tambahan pula kesihatan Hadi juga tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Percanggahan pendapat yang makin ketara diantara pakatan rakyat dan Hadi Awang lah merupakan sebab utama mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan beliau. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen. Oleh itu mereka dilihat mahu menukar pemimpin tertinggi PAS sebagai cara untuk terus menguasai parti itu. Oleh itu ahli PAS sendiri lah yang perlu menyelamatkan PAS dari terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Nasib mereka di dalam tangan mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.






5 Komen to Pakatan Rakyat Cuba Desak Hadi Letak Jawatan?

  1. […] Sebenarnya sikap pakatan rakyat itu sendiri yang dilihat tidak pernah menghormati prinsip dan pendirian PAS merupakan punya utama PAS jauh hati dari pakatan rakyat atau dengan lebih tepat lagi Haji Hadi Awang tahu bahawa …read more […]

  2. alimedanbaru says:

    Kepada Pas bermuhasabahlah diri
    begitu juga Hadi Awang dan Nik Aziz
    bukankah setiap perkara ada balasannya
    maka mengapa ini balasan yg Pas dan Hj Hadi terima
    sekarang Pas tidak boleh menyalahkan UMNO atas krisis yg melanda
    jika ALLAH kehendaki sesuatu terjadi
    maka ianya akan terjadi tanpa kuasa menghalangnya
    kepada Pas..kembalilah kepangkal jalan
    Pas itu Islam dan Islam itu Pas adalah BID’AH MAHA BESAR YG DILAKUKAN OLEH PAS!
    DAN MUNGKIN MEMBAWA DOSA JUGA YG MAHA BESAR!
    inilah balasannya….

  3. wong jowo says:

    nak suruh khalid samad jadi presiden ke..huhu..nak sesatkan umat islam la agenda diorg ni

  4. bujuk says:

    Ubah la kalau mampu. Tapi jgn kecoh pulak jika PAS kacau organisasi PKR dan DAP Serta sokong puak bertentangan dengan president/SUA/Ketua Umum.
    Takat ni DLM PAS, takda yg mampu langkah TGHH…

Leave a Reply

Threesome