Menu Utama

Oiii Malaysiakini, Sejak Bila Video Parlimen Jadi Hak Cipta Hangpa?

Malaysiakini.com bukan setakat membuat berita-berita separuh benar, manipulasi berita dan menipu fakta, malah kini Malaysiakini telah mendakwa kepada Youtube bahawa video ucapan Perdana Menteri di Parlimen adalah hakcipta mereka.

Apa punya jenis kewartawanan penyamun ini? Semua pihak tahu bahawa video sidang Dewan Rakyat disediakan oleh Parlimen dan semua pihak mengambil dari sumber yang sama.

Tindakan Malaysiakini menuntut hakcipta untuk video dari Parlimen bukan sahaja tidak beretika malah sudah bertaraf penipu seumpama penjual CD cetak rompak.

Beberapa pihak yang mahu memuat naik video ucapan Perdana Menteri di Parlimen ke laman Youtube malam ini mendapati mereka telah diberi amaran oleh Youtube bahawa Malaysiakini mendakwa video tersebut adalah hakcipta mereka.

copyright

Jika hak milik orang lain pun didakwa milik mereka bolehkah dipercayai berita-berita mereka?






Leave a Reply