Menu Utama

Nik Aziz bidas DAP persoal mengenai Hadi ponteng mesyuarat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas beberapa pemimpin DAP yang sering kali mempersoal ketidakhadiran Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Maj­lis Pim­pinan Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini.

Bekas Menteri Besar itu menegaskan, ketidakhadiran Presiden Pas itu sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

“Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.
“Kerja ‘orang bodoh’ ini (mempersoal ketidakhadiran Hadi),” katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Baru-baru ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta Pas berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.
Sebelum itu, Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden Pas itu gagal berbuat demikian.

Ekoran daripada revolusi yang diluluskan DAP itu, beberapa pemimpin Pas telah tampil memberi peringatan tegas kepada parti itu agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang Abdul Hadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas terdapat desas-desus yang mahu Presiden Pas itu berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, Abdul Hadi perlu kekal menerajui Pas.

“Salah apa (Hadi perlu berundur), orang lain lagi banyak salah. Beri peluang, mengarut semua ini. Orang yang menyuruh berundur, dengki atas kekuatan Islam,” tegasnya.

Sumber Utusan






9 Komen to Nik Aziz bidas DAP persoal mengenai Hadi ponteng mesyuarat.

  1. […] Baru-baru ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi …read more […]

  2. Sebaik Perhiasan says:

    Dengki atas kekuatan islam. Sbb x kuatlah org suruh mcm2. Yg suruh tu pulak bukan org lain. Kawan sebantal selengan jugak.

  3. moo says:

    La…bila org UMNO ni sokong Nik aziz pulaok?? Kalau sokong masuk PAS la…

    Nampak sgt batu api nya umno ni…

  4. Uturn says:

    aku tgk artikel tu tak kata org umno sokong nik ajis pun mooo. hg ni mabuk ketuk kot

  5. Braim says:

    Moo ni mmg batu api…. konco read bean army…

  6. GT86 says:

    Aikkk… Tak settle2 lagi. Dah berapa purnama? Mentaliti apa ni?
    Kesian btul, orang tua ni pun di heret sama. Jangan di kacau seorang tua yang nak bertaubat.
    Umat Islam sedang di landa macam-macam tohmahan, parti yg mengistiharkan lebih islamik dari orang lain tak leh nak settle pasal kedatangan mesyuarat. Tak perasaan sedang di lalaikan oleh parasit sendiri….. Ponteng ni hal kecik la pak Lebai…. Diarong nak ‘memurtadkan’ engko dari perjuangan Islam.

  7. WTF says:

    LOL Mooooh, buat UMNO nak jadi batu api dalam persengketaan PAS dgn PKR & DAP!!!

    PASMA macam hang kan ada Mooooh!!!!!

    Hehehehehehehehehe

  8. MemangTerok says:

    Bahasa kita Melayu memang lembut, beradap dan bersopan . Selalunya dalam sesuatu jemputan ada ditulis, ” kedatangan tuan/puan amat diperlukan dan harap tidak diuzurkan.

    Perkataan uzur digunakan disini bagi menambah kesopanan atau keberadapan sesuatu permintaan. Ini bererti uzur bukan hanya bermaana sakit atau tidak sihat dalam konteks ini.

    Jadi bagi penerima wajar menjawab ‘insyaalah’ yang membawa erti kalau diizinkan Allah.

    Maka Hadi uzur untuk hadhir bukan bermaana Hadi sakit. Hadi tidak dapat hadir kerana diuzurkan dan tidak diizinkan Allah. Begitu. Jika Hadi nampak menafaat padanya pasti dia tidak uzur dan pasti dia diizinkan Allah. Hadi sudah jawab, suka hati sayalah nak datang atau tidak. Nik Aziz tambah, Hadi punya hal lah nak hadhir ke tidak. Habis cerita. DAP tak payah buat sebok, kerana sekutu mereka akan tetap buat hal masing2, buat hanya benda yang mereka suka buat, bukan kerana orang suruh. Teman tidor sebantal sudah buktikan bahawa mimpi mereka memang lain2 selama ini.

Leave a Reply

Threesome