Menu Utama

Naikkan Tol Atau Bayar Syarikat Konsesi Tol

tol

RABU, 19 Nov – Isu kenaikan tol akan menjadi topik hangat selepas ini selain daripada isu harga minyak yang sedang dipolitikkan dengan hangat ketika ini oleh Rafizi Ramli dan pakatan rakyat. Ada beberapa versi yang kita dengar berkenaan harga tol. Walaubagaimana pun segala keputusan yang bakal dibuat nanti bukanlah keputusan dua saat ala Anwar Ibrahim.

Kerajaan perlu mengambil kira semua perkara dan semua pihak yang terlibat dengan penggunaan dan penyelenggaraan tol ini. Kita juga amat maklum bahawa kerajaan akan membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara bukannya keputusan populis semata-mata.

Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya berpendapat bahawa lebih baik Putrajaya membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol berbanding kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol. Walaubagaimana pun Putrajaya masih lagi belum membuat keputusan sama ada menaikkan tol atau tidak pada 2015.

Setakat ini kerajaan hanya meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi. Sekiranya tol tidak dinaikkan maka peruntukan tersebut akan digunakan untuk membayar syarikat konsesi. Namun sekiranya kerajaan membenarkan kenaikan tol oleh syarikat konsesi maka peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan infrastruktur dengan membuat permohonan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk menggunakan peruntukan tersebut.

Ini bermakna kenaikan tol masih lagi dalam perbincangan. Oleh itu sebarang kenyataan bahawa tahun depan tiada kenaikan tol itu adalah tidak tepat. Rakyat perlu bersedia dengan sebarang keputusan yang akan dibuat nanti. Kadar kenaikan tol yang dibenarkan Putrajaya setakat ini adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar), serta Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Wang peruntukkan pampasan kepada syarikat konsesi boleh digunakan untuk pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur. Walaubagaimana pun sekiranya tol dinaikkan, ianya bakal membebankan rakyat pula. Oleh itu pertimbangan yang sewajarnya perlu dilakukan.

Kerajaan perlu ingat bahawa sikap menang sorak kampung tergadai sudah tidak relevan. Namun mereka juga perlu sentiasa sedar bahawa yang mengundi dalam Pilihanraya Umum kelak adalah rakyat. Sememangnya bukan mudah bagi mana-mana kerajaan membuat keputusan dalam menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Kerajaan yang bijak akan bertindak menarik rambut dari dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak






7 Komen to Naikkan Tol Atau Bayar Syarikat Konsesi Tol

  1. tony gunawan says:

    siapa suruh umno membuat perjanjian yang berat sebelah dengan syarikat konsesi !
    menyusahkan rakyat!

  2. raplahjingaa says:

    Bangsa cina ni kalau boleh semua nak free,tol tak mau bayar, tax tak mau bayar, malah meter letrik kat rumah pun depa modified nak menipu, paip air toksah kira la, depa la master dalam mencuri air, tapi bila meniaga depa lah con man yang paling tepu, kalau tak menipu bukan cina.

    AN HONEST CHINESE IS A POOR CHINESE.

  3. dkds says:

    ini bukan perjanjian berat sebelahlah bahlol!

    mana ada syarikat yang hendak rugi..kalau kekal dengan harga tahun 80an, mana mungkin nak survive menjelang tahun 2000?..harga pembinaan naik, gaji naik penyelenggaraan naik semuanya naik…

  4. Mek esah says:

    Kerajaan bn ni tau nak menyusahkan rakyat je kerjanya……paling2 cerdik pun menangguhkan dlm banyak isu…menangguhkan tu bermaksud tunggu sekejap…..pura2 menyebelahi rakyat….. meredakan kemarahan rakyat….. tol2 ni sahamnya banyak dimiliki umno kan?..sapa la yg bodo undi kerajaan Barang Naik ni…..hai tak serik2

  5. WTF says:

    Mek hari tu sokong 100% WAN Azizah dalam LANGKAH KAJANG, di mana Wan Azizah akan dijadikan MB Selangor!!!

    Bila Mek KANTOI dapat tahu pendirian Hadi Awang, tak pasal2 benci kat Wan Azizah!!!!

    Tol2 dalam Malaysia banyak dimiliki oleh UMNO kata Mek????

    Mungkin betul kot kata2 Mek tu, sebab yang mempunyai pendapatan yg tinggi dalam Malaysia sehingga boleh contribute dalam KWSP ialah org2 UMNO, bukan org2 PAS!!!

    Hehehehehehehehehe

  6. buana says:

    Naik motor je…

Leave a Reply

Threesome