Menu Utama

Mungkir Janji: Anwar & Azmin Ali Meroyan Sindir Diri Sendirikah?

Gara-gara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman di Perhimpunan Agung UMNO 2014 bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan, tak semena-mena ramai pemimpin PR yang semacam tersampuk dek penyakit gila meroyan tampil membantahnya.

Antara yang sakan meroyan termasuklah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali yang cuba menyindir dan menghentam DS Najib yang didakwa sengaja memungkiri janji sendiri untuk menghapuskan akta tersebut.

Penulis tak nafikan hakikat DS Najib pernah berjanji untuk mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948 untuk digantikan dengan akta lain yang diharapkan akan lebih baik, tapi hakikatnya baru sahaja ura-ura nak dihapuskan sudah ada pihak mengambil kesempatan menimbulkan suasana tidak tenteram.

Pihak yang dimaksudkan itu telah dengan sengaja mencetus provokasi dengan cuba mencemar kesucian kalimah Allah SWT yang nak dikristiankan, menyebarkan fahaman liberalisme & pluralisme agama, membawa idea jahat mahu menukar bendera Jalur Gemilang, memuja Komunis hinggalah cubaan memisahkan Sabah dan Sarawak.

Tak cukup dengan itu semua di cedok pula idea Barat supaya orang Melayu Islam bebas keluar masuk agama (murtad), Institusi Sultan dan Raja Melayu diperlekehkan, fatwa dipermainkan, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera cuba diusik dan macam-macam lagi yang kesannya jika dibiarkan boleh memudaratkan keadaan dalam negara.

Melihat sedemikian buruk kesan negatif di sebalik ura-ura nak menghapuskan Akta Hasutan 1948, patutkah DS Najib membiarkannya begitu sahaja? Sebagai pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat wajarlah tindakan beliau menarik balik cadangan penghapusan akta tersebut. Dah nampak benda buruk maka wajib dihindari.

Tapi bagi Anwar dan Azmin, mereka tidak melihat kebaikan dan keterbukaan DS Najib yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat, sebaliknya mereka hanya nampak DS Najib telah mungkir janji. Ooo.. pandai mereka nak bercakap pasal janji dan peri penting menepati janji.

Anwar misalnya dah lupakah siapa pernah menabur janji mahu membantu penduduk Kampung Buah Pala dengan jaminan akan mengekalkan kampung tersebut dari hilang ditelan pembangunan? Hari ini ada lagikah Kampung Buah Pala? Tiada.. jadi, ini mungkir janji ke atau menepati janji?

Sebelum PRU-13 dulu Anwar yang mencadangkan kepada DS Najib dengan bantuan Jusoff Kalla dari Indonesia sebagai orang tengah untuk mengikat perjanjian mengiktiraf pihak yang menang dalam pilihan raya umum itu. Bila BN menang PRU-13, apa jadi? Habis keliling negara Anwar canang tidak iktiraf kemenangan BN. Itu bukan mungkir janjikah?

Tak lupa juga, mana janji Anwar nak bersara dan bertukar kerja menjadi pensyarah di luar negara bila dah kalah PRU-13? Sampai sekarang janji tinggal janji. Apa alasan Anwar, tak ada universiti luar mahu ambil dia bekerjakah?

Dalam kes Langkah Kajang, Anwar juga yang kata gerakan itu tiada kena mengena dengan rancangan tukar Menteri Besar Selangor. Ada Anwar kotakan kata-katanya itu? Tan Sri Khalid dah jatuh tergolek, itu tak cukup bukti lagi siapa yang kuat mungkir janji dan hanya tahu bermain kata-kata?

Azmin pula, layakkah nak menempelak DS Najib pasal mungkir janji? Baru tiga empat hari lepas Azmin sendiri membiarkan DAP cuba merebut jawatan Timbalan Speaker DUN sedangkan 26 September 2014 dulu Azmin juga yang berjanji bahawa jawatan itu khusus untuk PAS. Ini bukankah dinamakan mungkir janji?

Begitu juga janji manifesto PKR untuk menurunkan cukai pintu, cukai tafsiran tanah dan cukai premis perniagaan antara 10 hingga 20 peratus, adakah hingga sekarang Azmin berusaha menepati jani tersebut? Tiada, sebaliknya sudah banyak rungutan ramai cukai berkenaan meningkat berlipat kali ganda.

Baik Anwar mahu pun Azmin, mereka sendiri asyik mungkir janji dan gagal menepati janji, tapi masih tak malu tunjuk perangai meroyan mahu mengajar orang lain supaya jangan mungkir janji. Ini dah serupa macam kuali yang bontotnya hitam legam sibuk duk mengata periuk belanga hitam. Nak kecam orang tersindir diri sendiri. Tak malukah?






8 Komen to Mungkir Janji: Anwar & Azmin Ali Meroyan Sindir Diri Sendirikah?

  1. […] Penulis tak nafikan hakikat DS Najib pernah …read more […]

  2. matatelinga2012 says:

    Diharap semua pemimpin umno semua peringkat bangun membantu pm berkaitan perkara ini

  3. system baru says:

    Kerana kuasa anwar sangup Dibodohkan orang melayu dari pkr dan pas telah di bodohkan dengan teruk sekali. aku penah berdebat macai pkr semua kalah dan gagal bagi fakta yg tepat malah isu mudah pun tak mampu jawab itu macai pkr nama nya .kebanyakan macai pkr ini mahu anwar jadi pm mereka tak pedulik soal keamanan dalam malaysia ini. Asal macai dapat jadi anwar jadi pm.terlalu taksuk pada anwar ini. Aku tak taksup pada siapa pun walaupun tun m atau najib tak betul aku basuh otak mereka ini itu hak bersuara. Siapa bersuara lantang kutuk anwar ketum pasti akan di buang termasuk parti pas itu. Tapi anwar ketum ini terlalu sayang tokong dap itu siap sembah buat patung dinasti lim dan buat tokong untuk letak patung dinasti lim itu . Sesiapa ahli pkr tak berani kutuk dap itu ketuk besok kena buang ia

  4. Badrole Amin says:

    esok lusa giliran ‘barua council’ pula meroyan menghentam Najib kerana mungkir janji tentang nak mansuh akta hasutan?

    sasau dan tidak betul ungkapan/tuduhan munafik itu diberikan kepada Najib kerana mungkir janji tentang hendak mansuh undang-undang penting dan baik seperti akta hasutan ini yang menjaga kesejahteraan dan perpaduan rakyat…tidak bercanggah sedikit pun sebenarnya dengan syarie apabila ianya tidak jadi dimansuhkan, jadinya tuduhan munafik itu tidak kena pada tempatnya malah boleh terpalit munafik yang sebenar kepada orang yang menuduh Najib seorang munafik kerana hasrat baik Najib hendak mansuh(sebut ‘ura-ura’) akta hasutan disambut oleh mereka ini dengan menjadi opportunist, petualang dan pencetus kepada ketegangan kaum…apa aku perkatakan ini bukanlah nak membodek Najib kerana….

    dahulu semasa Najib mula-mula kata hendak mansuh(sebut ‘ura-ura) akta hasutan, aku pernah kata ‘pantat kau lah Najib!’

    hehehehehehe

    jangan esok lusa PAS menerusi majlis fatwa ulama berkata Najib seorang munafik juga kerana mungkir janji tentang hendak mansuh akta hasutan…mungkin kalau sekarang ini majlis fatwa ulama PAS dikuasai dan dipenuhi golongan PASMA atau mereka-mereka yang berkiblatkan musibat anak haram(anwar) itu, pasti satu ketetapan(sebut ‘fatwa’) akan dibuat mengatakan Najib seorang munafik

    hehehehehehe

  5. GT86 says:

    Apa nak dikecoh pada si nuar dan min tandas ni, dah perangai diorang memang buruk. Perosak bangsa dan agama. Kuasa dan nafsu beraja di hati.
    Baik kita perhatikan pada mereka yang kita beri amanah utk mengemudi negara tercinta ini.
    Dalam UMNO juga yang yang berkiblat yang sama macam Anuwar. Jom kita sibuk kan diri bersihkan UMNO

  6. raplahjingaa says:

    Tak payah lah ambil serious sangat pasal ni, Najib hanya lakukan apa yang dikehendaki oleh akar umbi, finally. Yang depa nak akta tu dihapuskan sangat kenapa ??

    Dulu bukan takat akta hasutan, ISA pun ada, tak mundur pun Malaysia, malah lebih progresif dari sekarang.

  7. Badrole Amin says:

    satu kerja bodoh selepas mansuh ISA dan ordinan darurat, kerajaan terpaksa membuat satu rang undang-undang baru untuk menahan/menangkap militan IS(yang kononnya berjihad di Syria, Iraq dan sebagainya) bagi tujuan pencegahan

    tidakkah ISA untuk tujuan pencegahan yang bukan sahaja dikenakan kepada militan IS bahkan kepada kumpulan-kumpulan(termasuk ‘komunis alaf baru’ digelar ‘komunis bandar’) lain yang boleh menggugat keselamatan negara?

    kebaikkan ISA ialah ianya boleh mencegah(tangkap dulu tanpa bicara atau akan dibicara) sesuatu kejadian buruk dari berlaku kepada negara…jangan pula selepas ‘komunis bandar’ membuat onar menghuru-harakan negara baru hendak dibuat satu lagi rang undang-undang baru untuk menahan/menangkap mereka ini bagi tujuan pencegahan….pencegahan apa kejadah jika perkara buruk telah pun berlaku kepada negara!

Leave a Reply

Threesome