Menu Utama

Muhyiddin Selar Diskriminasi Swasta Ke atas Bumiputera, Mahu Polisi Baru Pro-Bumiputera Ganti DEB

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa diadakan semula kajian ke atas model ekonomi negara pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kelihatan semakin menuju ke arah arus kapitalisme global dan ideologi pasaran bebas yang semakin melebarkan jurang ketidaksaksamaan.

Memetik pandangan pemenang hadiah nobel ekonomi Joseph Stiglitz dalam bukunya The Price of Inequality, Muhyiddin menyatakan dasar ekonomi yang berasaskan teori dan ideologi yang salah telah memburukkan keadaan ketidaksaksamaan dalam masyarakat di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam ucapan merasmikan Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014, Muhyiddin menegaskan bahawa sudah tiba masanya menilai semula model ekonomi negara biarpun pencapaian ekonomi negara beberapa tahun ini boleh dibanggakan.

“Saya fikir sudah sampai masanya kita menilai kembali model ekonomi negara kita. Ya, benar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.3% adalah antara yang tertinggi di Asia; nilai pelaburan langsung asing sebanyak RM216.5 bilion pada tahun 2013 adalah antara yang terbaik dalam sejarah; kedudukan Malaysia dalam Laporan Dayasaing Global 2014 meningkat daripada nombor 24 ke nombor 20 daripada 148 buah negara. Semua ini menunjukkan bahawa pencapaian ekonomi negara kita amat memberangsangkan dan kita berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.”

Muhyiddin menegaskan Presiden UMNO dan beliau tidak akan memejamkan mata dan memekakkan telinga jika kaum Bumiputera yang merupakan 67.4% daripada rakyat negara kita masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah.

“Walaupun sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera tidak tercapai, namun Alhamdulillah, DEB telah berjaya mengagihkan kekayaan negara kita secara lebih saksama serta meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Tuduhan bahawa DEB kononnya satu dasar keterbelakang, menyekat pelaburan, menyebabkan brain drain dan hanya menguntungkan segelintir pihak yang ada kabel politik adalah tidak benar.

Malah Muhyiddin mempertahankan DEB telah memberi manfaat kepada semua kaum.

“Ini termasuk kajian mutakhir Dr Muhammed Abdul Khalid yang diterbitkan di dalam bukunya the Color of Inequality yang membuktikan bahawa DEB telah memberi manfaat kepada semua kaum dari segi pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan, pemilikan ekuiti dan lain-lain.”

Timbalan Presiden UMNO turut menyelar diskriminasi sektor swasta kepada kaum bumiputera,

satu kebenaran yang pahit untuk kita akui ialah kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta. Kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temu duga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemu duga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama. Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. Kita juga sering mendengar keluhan pekerja Bumiputera yang menerima gaji lebih rendah berbanding kaum-kaum lain dalam sektor swasta. Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera.

Muhyiddin menegaskan satu polisi baru pro-Bumiputera perlu diadakan memandangkan kedudukan kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing.

Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera.

Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan oleh negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju.






6 Komen to Muhyiddin Selar Diskriminasi Swasta Ke atas Bumiputera, Mahu Polisi Baru Pro-Bumiputera Ganti DEB

  1. GT86 says:

    Cabul sangat mulut Muhyidin ni. Berani sangat nak back up Melayu. Tak sayang jawatan betul……
    Jom lah kita tengok puak mana yang menyalak dulu….

  2. raplahjingaa says:

    Go Pak Din Go, retaliate dengan mendiskriminasikan syarikat swasta yang mendiskriminasikan bumiputera….errr..errr…ada berani ka ??? persetan kan depa Pak Din…tanpa undi cina pun BN menang jugak !

  3. Petra jaya prO ekonomi 1Malaysia Global i like Proton Holdings bhd. Fist ekonomi Malaysia global.. Not brim tambah kilang lagi besar serata dalam malaysia 50% penggangur dalam kilang PROTON MALAYSIA.. on HONDA MALAYSIA on lotus on mitsubishi i like dalam gabungan kereta nosianal malaysia.. F1

  4. itsme says:

    isu ini sudah lama berlaku dan kami adalah diantaranya. Kita walaupun melayu yg hidup dibumi melayu tetapi sgt2 dianaktirikan diluar sini dan ini amat berbeza sekali dgn apa selama ini kerajaan atau org2 yg kerja kerajaan fikir. mrk mungkin menganggap kita bangsa kelas bawahan dan ini sebenarnya sgt memualkan kita dgn sikap2 perkauman dan pengkastaan ini. bangsa itu blm lagi memerintah ttp mrk sudah pun memerintah diluar sini.. walaupun masih belum terlambat namun ianya sudah umpama barah tahap 4 yg amat2 sukar utk dirawati. DAP sedang mengaut laba mrk ketika ini dan itu sememangnya perjuangan mrk. Jika UMNO dgn falsafah kemenangan utk semua kaum namun bagi DAP dan pendatang baru PKR tdk beranggapan begitu, mrk mahu lebih kuasa kpd yg kaya.. bangsa siapa yg kaya? mrklah yg patut memimpin, itu falsafah pakatan haram lg durjana dan PAS adalah talibarut plg tak guba dlm sejarah politik Msia.

    penjawat awam perlu sedar, kesombongan mrk terhadap sesetengah pihak dlm urusniaga mrk akan menyebabkan rakyat semakin menjauhi UMNO sebagai muka depan kerajaan sy amat tdk beesetuju jika pemuka bangsa dan perasuah tegar begini diletakkan disaf depan sbg front page kerajaan.

    UMNO akan kembali menjadi parti yg kuat dan diyakini jika UMNO dapat “mengulingkan” mrk2 yg bersikap birokrasi dan diakriminasi dijabatan2 kerajaan juga yg berkaitan kerajaan.

    mungkin tdk semua ttp percayalah kebanyakan mrk yg mempunyai kuasa itu korup. UMNO perlu tangani ini. Rakyat BOSAN & dah BOSAN dgn ini semua.

    Budaya kejar pangkat dan kekayaan dlm parti pula mnjadi teendsetter kpd kepimpinan bahagian, ini sgt2 mendukacitakan, sehinggakan ada yg kata, org Melayu jika mahu kaya mesti jadi org UMNO, apatah lg jika jd pemimpin. Tapi kalau berniaga melayu takkan kaya, itu kata org.

    Cuba kita tgk kontraktor melayu yg selalu dpt tender, brp ramai yg dicarumkaN EPF dibwh sykt mrk?? rasanya boleh bilang pakai jari je… yg lain?? yg selalu jadi sub ni lah yg terpaksa menanggung segalanya.

    UMNO….. berubahlah sebelum kita semua diUBAH.

  5. alimedanbaru says:

    KEKADANG DALAM MEREBUT APA PUN , KALAU NAK PASTIKAN DAPAT..KENA KURANG AJAR SIKIT.
    CINA, AWAL-AWAL DAH BERKURANG AJAR..SEBAB TU MEREKA KEDEPAN DAN BUAT TAK PEDULI
    DAH TIBA MASANYA MELAYU KURANG AJAR
    BUAT MASA SEKARANG TOLONG SIMPIN SOPAN SANTUN TU
    BAGI NAIK SIKIT..TEGAS/BERANI/BERSUARA DAN MENYONDOL KEDEPAN DENGAN KEYAKINAN!

Leave a Reply