Menu Utama

Minyak: Rp2,000 Bukan Macam RM0.55 Disini

KALAU ikut pertukaran nilai matawang (pada saat artikel ini ditulis}, Rp2,000 adalah bersamaan dengan RM 0.55 disini. Rp2,000 ini merujuk kepada jumlah pengurangan subsidi minyak yang diumumkan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) kelmarin.

Ia seterusnya membawa kenaikan harga minyak kepada Rp8,500/liter untuk petrol dan Rp7,500/liter untuk diesel. Berbanding Rp6,500 dan Rp,5,500 sebelum ini.

Bagaimanapun, memasukkan pertukaran nilai matawang dalam perbincangan seperti ini hanya mengelirukan saja sebab orang Indonesia menggunakan Rp 2,000 untuk apa yang boleh dibeli dengan Rp 2,000, bukan apa nilainya setelah ditukar dengan matawang asing. Bukan sahaja keliru, perbincangan pun tak pergi ke mana sebab isunya dah lari.

Pun kalau dibaca dari pertukaran asing sekalipun, kenaikan RM 0.55/liter itu dikirakan tinggi berbanding kita yang naikkan RM 0.20/liter, bayangkanlah lagi bila Rp2,000 di Indonesia tidak sama nilainya dengan RM 0.55 disini.

Sebab itu bila rakyat Indonesia mengamuk dan merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran hari ini, tindakan itu dikirakan wajar kerana kenaikan itu memang dipandang dari segi mana pun,’mencekik’ mereka. Sudahlah Presiden terdahulu naikkan harga minyak 33% tahun lepas (percent bukan sen), datang Jokowi naik 30% lagi.

Tapi sebab kerajaan Indonesia dah tak boleh tampung subsidi minyak yang terlalu tinggi, maka terpaksalah dinaikkan juga walupun rakyat ‘tercekik’ dan harga minyak mentah dunia sekarang ini rendah. Dia peduli apa harga minyak mentah dunia rendah, bukan ada siapa masukkan minyak mentah dalam tangki kereta pun tapi diesel atau petrol – minyak mentah yang telah ditapis.

Yang penting pada Jokowi, perbelanjaan subsidi itu perlu dikurangkan atau Indonesia tidak akan membangun sebab duit habis guna untuk subsidi.

Pengajaran untuk rakyat Malaysia dari kenaikan terbaru di Indonesia ini ialah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih prhihatin dalam membuat pertimbangan sebelum menaikkan harga minyak, tak macam Jokowi. Kalau nak disebut Najib lebih baik dari Jokowi pun boleh sebab pengeluaran minyak Indonesia adalah lebih 3 kali ganda banyak dari Malaysia tapi harga seliter bahan api kedua-dua negara dah sama – Indonesia mahal sikit pulak lagi kalau diikut-ikutkan.

Sebab itu penulis tak faham, pemimpun baik dan bijak macam mana lagi yang orang kita hendak?






17 Komen to Minyak: Rp2,000 Bukan Macam RM0.55 Disini

  1. dani says:

    Bagos kalau dapat pemimpin yang bijak tapi jangan jadi lembik. Nak jadi pemimpin kena tegas bukan asyik dengar cakap punahsihat. Jadi pemimpin kena tetap pendirian bukan ikut telunjuk negara asing apatah lagi tunduk dengan negara asing. Media Malaysia dah mula pro ke barat pro amerika bukan ke amerika ni dah bunuh beribu2 umat islam. Dan pemimpin ni seronok berselfie dengan pemimpin amerika jijik.

  2. […] Adamyan KALAU ikut pertukaran nilai matawang (pada saat artikel ini ditulis}, Rp2,000 adalah bersamaan […]

  3. raplahjingaa says:

    Ia la tu adamyan…aku tak mau komen artikel hang pasal minyak, cuma pharagraph hang yang last tu….hehehe

    ” Sebab itu penulis tak faham, pemimpun baik dan bijak macam mana lagi yang orang kita hendak? ” ….kalau bagi hang Najib adalah pemimpin yang terbaik dan terbijak, maknanya hang memang tak faham pun !! so tak payah lah buat artikel macam style moooo…tak faham tapi belagak faham !

  4. system baru says:

    Atikal ini buat untuk moo dan pengikut peliwat tegar supaya mereka tahu hakikat dunia tak benda semua ada subsidi 100%

  5. system baru says:

    Jangan salah faham ia maksud aku tak ada benda di ada subsidi 100%

  6. WTF says:

    Sempat lagi saudara Adamyan bodek Najib Razak!!!

    Agak2lah bro!!!

  7. alimedanbaru says:

    ikat ayat Nik Aziz
    kau tak suka Najib… ‘ITU KAU PUNYA PASAL’
    UMNO/Najib tetap jadi tunggak kepimpinana negara.

  8. moo says:

    Apakata UMNO fokus tentang kelansungan dan kemakmuran dan keamanan hidup di malaysia pulak.. UMNO nak venture kat Indon ke…?

  9. moo says:

    UMNO/Najib pemimpin kepada minoriti Malaysia.

  10. raplahjingaa says:

    Hang belajar kat sekolah tamil estate mana mooo ?? hang pi kira sat dalam parlimen, yang duduk kat kerusi pembangkang berapa orang, dan yang duduk di kerusi kerajaan berapa orang ??

    dah bertahun berlalu mooo…hang masih tak dapat terima kenyataan dah KALAH, KALAH lah.

  11. WTF says:

    LOL, awat Mooooooh kaitkan Najib Razak dgn Nik Aziz???

    Nik Aziz dah PENCEN la, pemimpin2 PAS pun tak ikut cakap Nik Aziz lagi!!!

    Hehehehehehehe!!!!

    Mooooooh nak UMNO focus tentang kelangsungan, kemakmuran dan keamanan hidup dalam Malaysia???

    Boleh Moooooooh, kita sumbat jer Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam jail seumur hidup dan kembalikan Akta ISA dan EO yg telah digantikan oleh Akta SOSMA!!!!

    Hang nak ker Moooooooooooooooh??? Hehehehehehe

    Ish ish ish, apa yg minoritinya Mooooooh?

    UMNO sendiri ada 88 kerusi dalam Parlimen, sama jumlah kerusi gabungan DAP (37), PKR (30) dan PAS (21) dalam Parlimen!!!

    UMNO pula adalah pemimpin dalam parti Barisan Nasional, di mana jumlah kerusi dalam Parlimen bagi Barisan Nasional adalah 134 kerusi!!!

    Do the math Moooooooh, siapa minority dalam Parlimen Malaysia!!!

  12. raplahjingaa says:

    relex la bang ali…elaun dah masuk ke ?? hehehehe….

  13. raplahkelabu says:

    Indonesia rakyat dia ratusan juta pak kaki bodek. klu 3 kali ganda minyak keluar pun cukup ka tampung penggunaan minyak.

    malaysia bawah bapak najib yg ada 28 juta pun harga minyaknya sama aja sama indonesia. di mana bijaknya bapak najib ini???

    nota untuk penulis : masyukkkkkkkkk

  14. reds says:

    kata mooh..

    Apakata UMNO fokus tentang kelansungan dan kemakmuran dan keamanan hidup di malaysia pulak.. UMNO nak venture kat Indon ke…?

    kata aku plak…

    pala hotak ko laa mooh…puak ko laa yang sibuk buat huru hara kat malaysia nih… bergolek x tentu hala….anjur demonstrasi haram..gadai agama, gadai aqidah..wat pesta pegang anjing….tu belum masuk fitnah copy paste ko yang hari wat semak kat sini…bila minta bukti…tarak…

  15. reds says:

    woi raplah kelabu….walaupon malaysia nih rakyatnya 28 juta jek…tapi penggunaan minyak lebih dari pengeluaran….bukan najib x bijak… cuma ko yang x berapa pandai…..sekarang gi main jauh2…

  16. bangKano says:

    Pikiran moo lembu telah di perbodo kan oleh Raja Liwat tuu haaa….kunun PR parti popular kerana banyak terima undi dalam PRU13 dulu. Jadi puak puak bengap macam mooo dah terjojoi bijik mata nengok kan jumlah undi popular PR walo pun jumlah kerusi parlemen/dun depa tak banyak macam UMNO/BN. Depa cuma bangga undi popular…dia ingat sistem pilihan raya kita ni sama ngan kat US tu kott.

    Indonesia sejak Jokowi tarik subsidi BBM lantas nilai rupiah dah naik 0.04% ngan nilai dolar AS. Suasana iklim di sana tak sama ngan di Malaysia…tu la kebijakan para pemimpin kedua dua negara dalam mengurus kan perihalan ekonomi masing masing…..!!!!

  17. bangKano says:

    Aik…nilai 20000 rupiah sama ngan 55 sen duit kita apa yang leh kita beli hah..? Nak makan bakso pun tak cukup… begitu jugak kat Indonesia setakat nak makan bakso pun tak kan di layan oleh penjual nya. Apa ingat bakso kat sana tu murah ka senilai ngan 55 sen kita …? pergi mabuk la lu….!!!!

Leave a Reply