Menu Utama

Minyak: Dari Perut Bumi Terus Ke Tangki Pun Tak Dapat RM 1.39/Liter

auta

PEMBANGKANG dan jentera media sosial mereka sejak semalam menyebarkan fakta palsu kononnya harga minyak dipam negara ini sepatutnya berada pada paras RM 1.39/liter, bukan RM 2.30/liter seperti sekarang.

Anehnya, walaupun ‘fakta’ yang dinyatakan dalam pemnohongan itu langsung tidak saintifik dan disokong oleh bukti-bukti kukuh, pun boleh jadi viral juga. Ramai share walaupun jelas menunjukkan diri sendiri macam budak tak sekolah.

Penulis malas nak ulas pasal pembohongan itu kerana semua orang tahu itu bukan harga sebenar minyak dipam. Tak payah susah Google, guna fakta ini – Anwar sendiri pun tak pernah janji nak turunkan harga minyak serendah itu (RM 1.39) sewaktu kempen PRU13.

Dia hanya kata nak turun RM 0.20/liter dari harga waktu itu, RM 1.90/liter. Kalau betul minyak pada harga RM 1.39, dah tentu Anwar juga akan ikut harga tersebut.

Pun begitu, dalam masa yang sama kerajaan perlu melihat apa sebenarnya yang tak kena dengan mental pengguna media sosial di Malaysia sehingga mudah benar nak percaya auta yang macam ini. Ini bukan pertama kali, bahkan dah beberapa kali pembohongan dalam terang Anwar, dihadam bulat-bulat macam telan meggi.

Kajian perlu dijalankan – bukan untuk membetulkan masalah ini tapi jalan terbaik untuk mengatasinya, maksud penulis bila pengguna Internet (bukan semua, tapi ada) mudah percaya benda bodoh macam ini yang pembangkang lempar, apa perlu kita buat, macam itu.

Yang nyata, pendekatan jawab dengan fakta, sudah tidak laku. Macai-macai ini hanya dengar apa yang mereka mahu dengar sahaja, nothing else matter. Buktinya, banyak pembohongan serupa yang contradict satu sama lain pun sebelum ini, tapi macai ini masih percaya.

Penulis cadang supaya disuburkan perdebatan macam dulu. Penjelasan penting tapi setakat lempar penjelasan, lepas tu tak pertahankan di ruang komen, tak jadi juga, nak-nak kalau penjelasan masuk kategori bahasa tinggi dan berpara-para panjang.

Disini perdebatan di ruangan komen penting, kadang-kadang bukan sangat pada orang yang kita lawan berdebat, tapi orang lain yang melihat.

Untuk tujuan tersebut, War Room di setiap kementerian hari ini tidak lagi boleh jadi sebuah bilik dengan satu komputer dan satu orang sahaja di dalamnya. Berdebat perlukan orang dengan komitmen dan pengetahuan menyeluruh, ini yang payah nak cari, tapi ada.

Sekian.






12 Komen to Minyak: Dari Perut Bumi Terus Ke Tangki Pun Tak Dapat RM 1.39/Liter

  1. […] Penulis malas nak ulas pasal pembohongan itu kerana semua orang tahu itu bukan harga sebenar minyak dipam. Tak payah susah Google, guna fakta ini – Anwar sendiri pun tak pernah janji nak turunkan harga minyak serendah itu (RM 1.39) sewaktu …read more […]

  2. raplahjingaa says:

    hmmmmm….PATROL 1 liter RM 1.39, COKE satu tin 240 gram RM 1.50, maknanya 1 liter COKE lebih kurang RM 6.00 hahahahahahahah…sapa yang bodoh sangat tu percaya harga minyak boleh diturunkan sampai RM 1.39 ???

    moooo…sebelum hang buat posting bodoh hang kat sini, cuba hang guna otak hang yang kecil tu, COKE main ingredients ialah air yang sumbernya boleh didapati di mana saja, PATROL sumbernya crude oil, yang ada beratus-ratus malah beribu meter bawah tanah / laut, nak kena proses lagi di refinary yang berharga berbillion ringgit,tak kan cost buat coke lagi mahal dari Patrol…hehehehe

  3. tengkudin says:

    mooo lembuu sorang je yang caya…hahahaha

  4. GT86 says:

    MOO tunggu Si Rapizi bg info, mana yg nk di kopipess…..

    Seeloknya, sesiapa yang berkecimpung dalam bidang gali dan menggali ni berkongsi informasi..Biar ada data dan fakta.

    Tempat aku kerja ni, mmg confirm harga COKE mahal…tapi petrol…alahai 40 sen jea.

  5. moo says:

    Aku tak setuju dgn pendapat selitre RM1.39, sbb dia akan ada kos2 lain jugak. Anyway negara kita kaya dgn sumber2 alam. Tapi apakah manfaatnya kepada rakyat???? Jalanraya punyalah byk yg ber tol mahal. Ini nak bagi subsidi kepada rakyat hasil dari hasil mahsul negara pun tak mampu…Tak pernah dalam sejarah semenjak akhir 1970an, kerajaan tak pernah tanggung subsisi. Apa Najib buat dengan duit negara??????

    Katalah korang nak pakai harga pasaran fine, tapi tgk kajian harga rumah oleh Khazanah Reaseach berbanding mean gaji rakyat Malaysia, 5.5 tahun manakala singapura 3.4tahun, dgn kata lain hatta jiran kita, singapura rakyatnya lebih bkmampuan membeli rumah dgn gaji mereka , wpun rumah mereka jauh lebih mahal. ini menunjukkan disposible income kita adalah rendah pada masa ini. Sbb tu rakyat bising dgn kerajaan Najib dan muak dgn retorik2.

  6. moo says:

    pembetulan kepada psoting do atas, smjk akhir 1970an, kerajaan sentiasa bg subsidi. Kalau negara Arab yg kaya, harga minyak murah, tiada toll, kereta murah. Kat Malaysia ni mana limpahan kekayaan negara yg sampai kepada rakyat????

  7. raplahjingaa says:

    Kalau rakyaat yang malas macam hang mooo, kat Bahrain pun akan jadi miskin…bangun pagi hang harap kerajaan suap breakfast masuk mulut hang, lunch time hang tadah tangan minta nasi, dinner time…nasib baik ada kenchara kitchen, dapat la hang makan free.

  8. Mek esah says:

    Kat saudi arabia ( untuk tahun 2014 )….1 liter susu berharga 4 riyal saudi manakala 1 liter petrol 0.48 riyal saudi…hai jinggay…hehe

  9. GT86 says:

    Klu lu orang x penah dok kat KSA, diam2 k. 98% consumer produk di KSA di import. Ape nak semua ada, tapi fulus mau tebal. Sewa rumah 2 bilik, SR 3500 sebulan.
    Dok diam-diam.
    Bagi mereka yg banyak sangat komplen pasal minyak, takde sapa nak halang kamu isi minyak di luar negara. Bawa la keta korang ke Thailand O Singapura, nk drive sampai ke KSA ni pun xpe.
    Nak minum petrol pun bole. Minum la puas2.
    Tapi, dalam pada harga minyak murah, penduduk Arab tetap menyanjung tinggi Tanah Melayu yang di nama kan Malaysia. Mereka tetap menyatakan betapa beruntung nya jadi rakyat Malaysia.
    Kenapa?
    Dan kenapa kita nak rosakkan negara kita sendiri, sedangkan satu dunia berebut naikkan Malaysia.
    Bodohnya korang….

  10. raplahjingaa says:

    Apalaaa hang ni mek….tu la aku kata kat hang hasil mesyuarat tingkap hang jangan bawak mai sini….

    Aku rasa orang ternak lembu kat Kelantan, jauh lagi banyak dari orang ternak lembu kat KSA, tentu lah harga susu lebih mahal dari minyak !!

    tak cerdik-cerdik jugak hang…

  11. WTF says:

    Udah2lah tu Mek, Mek tu belajar bab ekonomi setakat Sains Rumahtangga jer!!!

    Dan juga darjah 4 subjek Alam dan Manusia (“rantaian makanan” teori ekonomi Mek Esah!!!)

    Hehehehehehe

Leave a Reply

Threesome