Menu Utama

Mentafsir dan Memahami Pemikiran Melayu DAP (1)

Oleh AJAB

Kritikan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang luar biasa atau asing. Mana-mana Perdana Menteri Malaysia berhadapan dalam situasi yang sama kerana manusia lebih percaya kepada kritikan yang buruk daripada pujian yang baik.

Setiap kritikan sudah tentu berhak dianalisis dan dicabar kerana tidak semestinya apa yang ditulis oleh pengkritik dianggap sebagai sesuatu yang muktabar biarpun pengkritik mungkin mempunyai pendidikan bidang kritikan dan berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat.

Dalam konteks inilah saya melihat tulisan Ahli Parlimen Raub (DAP) mengenai kepimpinan Mohd Najib dan Ekonomi Malaysia sebagai satu catatan karut marut berasaskan kepentingan partinya dan dendam tidak terpilih sebagai wakil rakyat BN bagi penggal kedua.

Dalam bahagian pertama tulisannya, Leadership and the Malaysian eCONomy-part 1, Mohd Ariff Sabri hanya melontarkan frasa-frasa retorik bagi memberi imej buruk kepada Mohd Najib tanpa sebarang pembentangan fakta.

I hope not everyone-and I further hope, not the majority of us are mesmerised by Najb’s PR gimmicks. His presentation of the yearly budget is fast becoming a yearly singsong. He is repeating some same stuff over and over again.

The more important issues like income distribution, the worsening level of education, the deterioration of domestic and external security, the scourge of corruption were hardly mentioned. He took time to sound silly by prodding the opposition. His budget speech is one boring rendition of some economists extended essay.

Dalam dua para pertama tulisan beliau bukan sahaja tidak menjustifikasikan kesimpulan yang dibuat, malah menunjukkan beliau langsung tidak mendengar ucapan, atau membaca teks, pembentangan Bajet 2015.

Dalam Bajet 2015, Mohd Najib jelas menggaris isu-isu melibatkan pendapatan rakyat, peningkatan kualiti pendidikan dan hal ehwal ketelusan.

Sekadar contoh, Bajet 2015 jelas memberi tumpuan kepada keselesaan rakyat apabila mengumumkan golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan manakala kumpulan berpendapatan rendah akan menerima subsidi secara langsung.

Dalam bidang pendidikan, memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk pembinaan 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh. Dari peruntukan tersebut, RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik.

Apakah ini bukan usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara? Lebih jauh kita boleh mempertikaikan apakah ukuran dan tanda aras yang digunakan oleh Mohd Ariff apabila mnegatakan sistem pendidikan kita berada dalam kedaaan nazak?

Saya tidak berniat mengulas setiap satu para tulisan Mohd Ariff kerana jelas beliau tidak menulis berasaskan fakta tetapi kerana niat jahat mahu memburukkan kerajaan sedia ada sahaja.

Rakyat boleh menilai sendiri pandangan ahli Parlimen DAP ini dengan kandungan Bajet 2015

Mohd Ariff juga membuat kenyataan tidak benar apabila menulis

He is now compared to president Jokowi of Indonesia and is seen as inadequate. That’s humbling to us Malaysians. Jokowi was a furniture trader. Najib is a scion of an aristocratic family, the product of British education, yet pales in comparison with wak Jokowi?

There you are- all this time one compares him with the milieu composed of pedestrian village folks, or people coming from less privileged family background who are crude in mannerisms, less cosmopolitan- he on the other hand coming from a pedigreed background; that alone made him appear ‘special’. But once he is compared among equals, not linked to the same cultural background, the real Najib stands out. Ineffectual, intellectually less rigorous, muddled thinker.

Saya belum berjumpa mana-mana iklan mahu pun kenyataan propaganda cuba menyamakan Mohd Najib dan Jokowi. Oleh kerana Mohd Sabri sendiri tidak mempunyai sebarang bukti kecuali menulis secara merepek mengenai isu ini maka sukar untuk kita menerima idea beliau ini.

Mohd Najib tidak memerlukan imej Jokowi kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai imej tersendiri. Sebelum Jokowi muncul lagi Mohd Najib sudah menjadi pemimpin politik penting negara ini. Yang saya lihat terhegeh-hegeh berbaju batik ala Jokowi sekarang ini berada naik turun Mahkamah Persekutuan.

Dalam bahagian pertama tulisannya juga Mohd Ariff yang kononnya lulusan ekonomi Universiti Malaya langsung tidak memberi sebarang indikator keruntuhan ekonomi negara seperti yang mahu beliau yakinkan kita.

Mohd Ariff juga mendakwa,

After 5 years, the country has not transformed into what the various acronyms promised. The country is divided along racial, religious, and social lines; the security of this country breached so many times. We have millions of foreign paid security workers guarding our housing estates and commercial premises; the economy has grown at non extraordinary rates, public debt has risen, household debt has grown to astronomical levels, religious bigotry and pettiness are on the rise. What has Najib done?

Sekali lagi kita tertanya-tanya, apakah indikator atau ukuran kegagalan Mohd Najib. Memang benar dakwa Mohd Ariff negara ini terpecah oleh arus perkauman, agama dan garis sosial. Soalnya mengapa ia jadi sedemikian? Adakah kerana salah Mohd Najib atau salah Melayu seperti beliau yang “menjual agama dan bangsa” dengan menyertai DAP?

Mohd Ariff hilang arah apabila mendakwa kewujudan jutaan pekerja asing bagi sektor pekerja keselamatan di kawasan perumahan dan komersial tanda kelemahan ekonomi Mohd Najib. Ini merupakan tafsiran songsang dan tidak realistik.

Ini kerana saya juga berhak mentafsirkan bahawa kewujudan ramai pekerja asing dalam sektor bawahan seperti ini bermakna rakyat Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik di sektor lain dengan imbuhan yang lebih tinggi. Ini disokong oleh fakta pengangguran Malaysia sekarang ialah pada kadar 2.7% sahaja.

Sudah tentu sebagai bekas graduan ekonomi Mohd Sabri mengetahui bahawa pada kadar pengangguran seperti ini merupakan satu “syurga pekerjaan” kepada rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai “full employment” atau “zero unemployment” dalam konsep ekonomi.

kadarpengangguran

Negara yang mempunyai kadar pengangguran sekitar 3-4% telah dianggap sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang baik atau sihat. Bayangkan Malaysia melebihi kadar ekonomi sihat ini. Dalam kadar pengangguran sekitar 2.7% ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu bekerja boleh bekerja. Pengangguran di Malaysia adalah pilihan bukan kerana terpaksa.

Justeru saya berasa teramat hairan bagaimana orang yang kononnya lulusan ekonomi boleh menyatakan ekonomi kerajaan pimpinan Mohd Najib berada dalam keadaan nazak dan teruk?

Begitu panjang beliau menulis, hakikatnya semua perkara yang dilontarkan tidak lebih daripada “smear campaign” dan “character assination” ke atas Mohd Najib tanpa sebarang penjelasan yang logik mahupun bersandarkan fakta yang boleh diterima.

Mohd Ariff juga mengemukakan idea yang bertentangan satu sama lain apabila menyatakan

“So? So he can’t grasp the bigger picture of nation building which requires more democracy where it is needed, order when it is appropriately required, corruption free civil service, the absence of which has created a group of government-rich coterie. Ever wonder how some ex high civil servants after retirement can own houses costing RM7-8 million?

Some tough measures are needed to tackle things like open defiance of the supremacy of the nation’s laws. For example when JAKIM people refused order from our civil laws which stemmed from the supreme laws of this nation, Najib should have these people arrested. Not doing so, has created uncertainty over the laws of this nation. This is not an Islamic state- I am sorry to say this to my Muslim brothers in Malaysia.

Pada satu ketika beliau menyarankan Mohd Najib memperomosi demokrasi yang lebih luas, namun pada para seterusnya beliau menyarankan Mohd Najib patut menangkap pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang enggan menerima arahan daripada Mahkamah Sivil.

Bukankah saranan Mohd Ariff agar Mohd Najib seorang Perdana Menteri campur tangan dalam pertikaian Mahkamah Sivil dan Syariah dan menangkap orang tertentu melanggar batas demokrasi negara ini yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman?

Mohd Ariff juga mahu Mohd Najib mengambil tindakan ke atas pelbagai pihak yang tidak selari dengan pandangan liberal Melayu seperti beliau dan rakan-rakan dalam DAP. Mungkin bagi DAP, demokrasi bermaksud mereka bebas berkata apa sahaja dan orang lain yang harus disekat.

Mohd Ariff sendiri gagal menentukan batas-batas kritikan sebelum menulis kritikan menyebabkan tulisan beliau tidak lebih daripada leteran politik kosong semata-mata.

Harapan kita supaya Mohd Ariff hentikanlah menjual maruah agama dan bangsa kepada DAP!






6 Komen to Mentafsir dan Memahami Pemikiran Melayu DAP (1)

  1. […] Dalam konteks inilah saya melihat tulisan Ahli Parlimen Raub (DAP) mengenai kepimpinan Mohd Najib dan Ekonomi Malaysia sebagai satu catatan karut marut berasaskan kepentingan partinya dan dendam tidak …read more […]

  2. bangKano says:

    Kenyataan Mohd Arif ni memang nampak sangat memihak pada pembangkang terutama DAP. Dia sentuh pasai rakyat terpecah belah ikut etnik,agama & taraf sosial. Tapi dia terlupa pihak mana yang begitu bersemangat nak mempertahan kan sekolah vernakular cina & tamil kalo tak Dong Zhong & DAP termasuk MCA/Gerakan bila ada cadangan sekolah tersebut di mansukh kan demi penyatuan etnik melalui sistem pendidkian yang tunggal…? Sapa yang menganggota pertubuhan bukan kerajaan tersebut termasuk parti politik kalo bukan etnik cina.

    Nampak nya MELAYU lahabau ni dah termakan ngan doktrin Malaysian Malaysia tajaan DAP yang di cedok dari idealisme PAP Singapura. Sekali lagi LANUN melayu ni dah kena goreng rangup oleh LANUN dari keturunan tanah besar China.Kalo lambat di bendung pemikiran ni dah tentu dalam tempoh sepuluh tahun Malaysia dah pasti jadi Republic of Malaysia….!!!

  3. alimedanbaru says:

    ORANG POLITIK MEMANG BANYAK MASUK NERAKA
    TERUTAMA YG BERCAKAP PEMBOHONG
    FITNAH
    DAN MENGHASUT
    DALAM NERACA ALLAH
    WALAU SEZARAH APA YG DICAKAP BUKAN FAKTA DAN KEBENARAN
    MAKA API NERAKALAH UNTUKNYA…

  4. wong jo woo says:

    melayu DAP ni tak taulah diorg ni masa kecik dulu termakan babi ke apa ntah sampai dh tua makin perangai serupa babi

  5. james bond says:

    Skrip dia serupa macam ahli=ahli DAP yang lain. Tipikal mentality DAP yang akan ulang-ulang perkataan yang boleh membangkitkan perasaan benci terhadap kerajaan Melayu, walaupun mereka tahu tidak benar. Ada sesiapa tahutak cerita mamat ni, seperti mengapa begitu dendam dia terhadap UMNO?

Leave a Reply

Threesome