Menu Utama

Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (4) : Ada Konglomerat Bayar Blogger Serang 1MDB?

Oleh AJAB

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

Dalam siri ketiga tulisan ini penulis telah membincangkan mengapa 1MDB dijadikan sasaran menjelang PAU 2014. Bahagian tiga telah membincangkan sebab-sebab penubuhan 1 MDB ini dan perbezaannya dengan Khazanah Nasional.

Hari ini juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan terpaksa membuat penjelasan ke atas jumlah sebenar jaminan kerajaan ke atas 1MDB iaitu hanya sebanyak RM 5.8 bilion bukannya lebih RM 9 bilion seperti yang dituduh oleh Rafizi Ramli dan Tony Pua.

outsyedNamun yang menarik perhatian penulis ialah kegilaan jurublog dan ahli panel penasihat SPRM, Out Syed The Box mendakwa 1MDB bakal rugi RM 25 Bilion tahun hadapan. Wah! hebat betul tuan Syed Akhbar boleh ramal kerugian berpuluh bilion 1MDB.

Sebenarnya sukar kita mahu mengerti mengapa beberapa bloggers pro kerajaan membelasah 1MDB tanpa sebarang justifikasi perakaunan yang jelas. Sekali lagi kita ulang bahawa 1MDB mempunyai aset RM 51 bilion berbanding hutang RM 41 Bilion dan ia diaudit oleh salah satu daripada empat auditor terbaik dunia, Delloite.

Seperti kata Auditor Negara, Tan Sri Amrin Buang,

“Why are we not auditing 1MDB? My answer is that its accounts have already been audited by one of the ‘big four’,” he told a townhall meeting session with the media today, on the third series of the 2013 Auditor-General report, released last Monday.

“So there is no reason why we should come in again,” he said, responding to media questions on why it had not taken any audit action on the controversial 1MDB.”

Adakah Syed Akbar berpendapat beliau lebih hebat dan cekap sehingga boleh mengesan bahawa 1MDB akan mengalami kerugian sebanyak RM 25 bilion tahun ini?

Selain PAU 2014, tidak mustahil terdapat jurublog dan pemain media sosial yang dibayar oleh konglomerat tertentu yang merasa terancam dengan kemunculan 1MDB menjadi pemain utama dalam hartanah dan janakuasa bagi membantu kerajaan menstabilkan pasaran kedua-dua industri ini.

Untuk Syed Akbar dan rakan-rakan yang menyerang 1MDB bertubi-tubi, jika anda tidak dibayar, apa kata anda benarkan dulu syarikat ini bergerak dan memajukan perniagaan mereka. Serangan-serangan seperti ini hanya menguntungkan syarikat lain dan merencatkan usaha kerajaan melakukan pembaharuan.






17 Komen to Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (4) : Ada Konglomerat Bayar Blogger Serang 1MDB?

  1. […] Hari ini juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan terpaksa membuat penjelasan ke atas jumlah sebenar jaminan kerajaan ke atas 1MDB iaitu hanya …read more […]

  2. moo says:

    1MDB FY end 31 March, tapi baru submit FY 2013 Statement minggu lepas, sbb nak buat revaluation of asset. Kalau betul2 based on 2013, its losses would be RM1.96 billion.

    Tahniah PM dan President UMNO kerana menyusahkan rakyat Malaysia dan menyebabkan Country at risk.

    • KuntaKinte Malaysia says:

      “1MDB announces its full year results for the twelve months ending 31 March 2014.”

      Bro, kalau end of year march 2014, mana boleh aku adjust asset ikut harga Sept 2014. apa benda kau merepek ni? kikikiki

  3. moo says:

    Fy2013 fy end march 2014 its an accounting term dia guna term Financial Year . Sepatutnya paling lewat 3 bulany you lodge the financial statement, ini baru bg jumaat lepas. Dah pulak tu KPMG dah resign as their auditor, when your auditor doesnt want to work with you anymore,it raised a lotofquestion. Ini bukan auditor cap ayam tau, itsthe big 4.

    duit RM8 billion kat Cayman island. Ini duit kjaan malaysia, buat apa parking kat situ? Byk duit money laundering kat situ. PR concern pasal tnis country, tapi pengikut agama umno ni masih bodoh. Ini billion2 punya. Org umno masih dok kecoh lg pasal Tabung Memali lg ( wpun Sprm dah bg clearance on this case).

    Korang lah yg pada generasi akan datang yg akan di gelar pengkhianat negara kerana mempertahankan perasuah1 Malaysia ni.

  4. moo says:

    Nampaknya hang tak paham the term revaluation of asset…

  5. raplahjingaa says:

    alaaaa mooo…kan kita ada extra fund RM 209 Billion pemberian kerajaan Jepun ?? kan ? kan ? kan ??…hang jugak yang beria-ia kata kerajaan Jepun bagi duit tu kat Malaysia. hehehehe….

    Siapa yang pertahankan perasuah ?? jual Tanah Bayan Bay pada bawah nilai pasaran pada krooni…bukan ka hang yang dok pertahankan ?? tu Tanah kat Tropicana ?? bukan ka hang dok pertahankan perasuah ke ?? tu toksah kira beli Tanah ratusan juta dalam tasik lagi tu….

    udah-udah la tu mooo…hehehe

  6. Md Zarim says:

    kawan2 jgn bertengkarlah. Jom selidik 1MDB revaluation of assets. Drp laporan2 The Star, nampaknya pelik jugak ni. Ini revaluation tahun2 lepas, tahun March 2014 berapa agaknya? Tuan Syed bilang 2014 revaluation hampir 1 bilion.

    1MDB revaluation gains for three years in a row

    Tuesday, 22 April 2014

    PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has revalued its investment properties for three years in a row, netting RM2.7bil in revaluation gains in its latest financial results.

    The company has made it a policy to revalue its investment property portfolio annually while it is more common for other property developers to do so once every three years or five years.

    In the latest financial period ended March 31, 2013, 1MDB posted a huge revaluation gain of RM2.7bil compared to RM569.9mil in the previous year.

    Home › Business › Business News

    1MDB’s annual land assessments set a precedent

    Wednesday, 23 April 2014

    By: WONG WEI-SHEN

    PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) yearly revaluation of its land meant for development is not an exercise that other property developers adopt because it can lead to complexities if there is a downturn in the sector, according to accountants and property consultants.

    A property consultant said only companies such as real estate investment trusts (REITs) constantly revalue land, as the main intention of their business was to hold land and receive rental income.

    “Not many property developers revalue their land held for development. The land is usually booked in as cost or book value,” said the property consultant.

    An accountant said that under the new accounting standards, which is the Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS), assets could be classified as investment property under MFRS 140, or property, plant and equipment that falls under MFRS 116.

    Under MFRS 140, the company can opt to revalue the land or state it at cost.

    He said 1MDB seemed to have provided conflicting statements about the treatment of its land.

    According to documents sighted by StarBiz, the directors of 1MDB classified the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia lands under MFRS 140 citing reason being the detailed blueprints of the projects have yet to be firmed up and approved.

    However, the purpose of the land has already been determined because 1MDB has said it intended to be the master planner and developer for the TRX and 495-acre Bandar Malaysia project.

    “On one hand it re-values the land because it is classified as an investment. But on the other hand, it has already determined the usage of the land which typically other property developers would not revalue.

    “A yearly revaluation is not the norm because it is a costly exercise and most companies do not adopt the model because the profits can be more volatile,” said the accountant, who declined to be named.

    The issue of property revaluation came to the fore because the government-owned 1MDB has, for the third year running, revalued its land that has been earmarked for development.

    It posted revaluation gains of RM826mil, RM569mil and RM2.7bil for the respective financial years ending March 31, 2011, 2012 and 2013.

    Prior to March 31, 2012, 1MDB only revalued the land based on its market price based on the Financial Reporting Standards (FRS).

    However, since April 1, 2012, it adopted the MFRS and also included the cost of preparing the land for development as part of its revaluation exercise.

    A partner of an accounting firm said: “While technically it isn’t wrong for the company to classify it as investment property, it is more appropriate for it be called inventory as it is the intention of the company to develop the land as noted in their disclosure.”

    “It is important to look at the nature of the business. In 1MDB’s case, the land they hold are to be developed, and not held for capital appreciation or rental income.

    By classifying their land for development as investment property, it just seems that 1MDB is riding on the transition to MFRS,” the partner added.

  7. system baru says:

    Moo mana faham akuantan cuma berlagak faham untung rugi semua kira lepas2 syarikat besar ada 6 bulan baru serah kira loporan kowangan untung atau rugi ia. Kalau tiga bulan kira pendik aje, lupa pesan ia akuan kira2 di pining itu lagi pelik kan perkerja 20 dizaman bn dikatakan boleh jimat. Tapi laporan kira di p.pining menunjuk kan tinggi pembelanjaan 60 perkerja di kata boleh jimat apa jenis kiri yg di buat oleh dinasti lim ini ia kau tak rasa pelik ke moo. kata nak jimatkan nak kurangkan kaki tangan awam tapi negeri p.p tapi menambahnya perkerja sampai 40 orang itu bukan jimat namanya

  8. kuman says:

    jaminan kerajaan ke atas 1MDB iaitu hanya sebanyak RM 5.8 bilion bukannya lebih RM 9 bilion … apa beza 5 dengan 9, ini cuma angka saja tapi ini adalah DUIT RAKYAT bukat DUIT KERAJAAN. Setiap sen adalah DUIT RAKYAT perlu di gunakan dengan telus dan untuk kepentingan Negara. KEnaoa CAYMAN ISLAND? Mengiut lapuran berbilion dah keluar dari Pasaran Malaysia oleh pelabur asing sedangkan PM asyik terbang sana sini tarik pelaburan. Cam mana boleh jadi lagu ni? Asset revaluation is on paper saja . Risiko jika secara tiba tiba disaster Asset price merundum dan 1MDB hutang berbillion cek adik ooi..read DR M on 1MDB. and dont forget the flaymboyant hollywood JHLOW.

  9. moo says:

    system baru,

    Dah dua kali 1MDB missed their deadline submission account. Apa yg hang dok merepek?? 3 bulan after FYend.

  10. kuman says:

    revaluation gains does not reflect into liquid assets or cash except when dilluted eg sell, Risk is 1MDB built up base on Debts and not cash.

  11. system baru says:

    ia ke moo dua kali tantah baru sekali koh? tak payah kau menipu aku ini ya ,tak pandai akutan .macam cuba cerita mana datang 9bilon itu datang dari langgit ke siapa biaya projet 1mbd itu ia kalau debt apa cagaran yg bagi kerajaan pada hutang itu ia kalau tak tahu baik diam ia pkr. Nanti orang ketawakan ia. Lupa pesan anwar habis 15 juta setahun buat apa ia ada ke dia bawa masuk pelabur ia . Aku tengok tak ada ia. Aku yg tak pandai akuatan aku tahu setip hutang mesti ada cagaran nya ia kalau lebih cagaran syarikat boleh di istihar bankrap jika tak boleh menbayar balik ia .tapi kenapa syarikat tak isytihar bankrap ia nampak sangat penipuan pr ini ia
    Sila jawab solahan aku ini yg tak tahu akuatan ini kalau tak boleh jawab memang bodoh ia. Lebih bodoh rafizi yg belagak pandai konon tahu system tendar projet di malaysia ini ia

  12. WTF says:

    Korang jangan terperanjat, nanti Mooh akan keluarkan terma “Dilution of Interest” bila Mooh tak dapat bagi apa2 jawapan!!!

    http://www.mykmu.net/2013/02/02/saham-fgv-nasihat-pakar-dari-bangladesh-hanya-akan-melingkupkan-peneroka-felda/

  13. bangKano says:

    Proses memburuk-burukkan kewibawaan DS Najib sebagai PM Malaysia adalah satu strategi terancang oleh puak-puak Mahathirisme untuk memusnahkan karier politis beliau. Golongan yang terdoktrin oleh pemikiran licik salah seorang mantan PM sangat teruja dalam mengkritik kerja hasil idea Najib…tujuannya satu: musnahkan integriti bukan anak Kedah yang menjadi pemimpin hierarki tertinggi UMNO/BN dalam pemerentahan negara. Pada mereka cuma hanya anak Kedah sahaja yang layak & berwibawa memmpin Malaysia ke arah negara maju. Anak-anak bukan Kedah tak layak menjadi PM Malaysia…begitulah racun yang disebarkan ketika ini oleh puak puak Mahathirisme termasuklah mantan wartawan tersohor berasal dari Kedah juga siang malam bertungkus-lumus menyebarkan aktivivti Collateral Damage terhadap musuh yang dibenci mereka. Pada hemat mereka sistem dinasti mesti dihapuskan dalam minda melayu terutama UMNO…tetapi realitinya mereka juga sedang cuba memprogandakan supaya anak Kedah wajib terus memimpin negara….bakal penggantinya sudah ada kini…siapa lagi kalau bukan anak mantan PM sendiri yang sedang naik daun kini. Menunggu masa sahaja untuk dicalonkan ke jawatan Presiden UMNO/BN sekaligus PM Malaysia kelak. Di sinilah terbentuknya dinasti baru yang cuba digembar-gemburkan pemusnahannya….satu tindakan hipokrasi.

    Begitu liciknya kononnya seorang negawan terulung ini mencaturkan satu permainan bertopengkan slogan hapuskan dinasti politik.

Leave a Reply