Menu Utama

Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (3) : 1MDB Bakal Muflis?

Oleh AJAB

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

1MDBAntara yang menjadi sasaran kali ini ialah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia dikatakan sebagai “brainchild” Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Serangan dari Pakatan Rakyat mudah difahami kerana mereka tidak mungkin menyukai apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun tindakan beberapa pihak di dalam UMNO mula membelasah 1MDB tanpa menganalisis fakta yang ada dengan wajar dan rasional, dan dilakukan ketika hampir dengan PAU 2014 sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

1MDB sebenarnya ditubuhkan pada 2009 dengan dua objektif yang sangat baik untuk negara dan Barisan Nasional. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu kerajaan Barisan Nasional melalui perniagaan dan khidmat sosial.

Selain bertindak sebagai konglomerat yang membuat keuntungan melalui perniagaan, 1MDB juga mempunyai cabang khidmat sosial khusus melalui Yayasan 1MDB.

Yayasan ini banyak melaksanakan program-program komuniti melibatkan pembangunan modal insan. Antaranya ialah projek Majudiri, mewujudkan skim bantuan makanan khas untuk anak-anak sekolah di luar bandar, bantuan pendidikan dan ratusan lagi sumbangan sosial 1MDB setiap tahun.

Saban tahun juga 1MDB menaja hampir 1000 orang pentadbir masjid dan surau dari seluruh negara mengerjakan Haji. Ini semua dilakukan tanpa membabitkan dana atau wang kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Kerja-kerja sosial ini dicemburui oleh Pakatan Rakyat kerana ia memberi keuntungan politik kepada Najib Razak dan Barisan Nasional. Atas sebab itu mereka menyerang dan memburukkan 1MDB Berhad dengan tujuan melingkupkan perniagaan syarikat ini dan akhirnya turut mematikan Yayasan 1MDB.

Jika 1MDB Berhad diserang dengan pelbagai tuduhan dan serangan persepsi memburukkan imej korporat mereka, akhirnya tentulah syarikat ini sukar mengadakan perniagaan di peringkat antarabangsa dan dalam negara.

Kita faham jika Pakatan Rakyat menyerang 1MDB, tapi jika ahli UMNO sendiri melakukan ia adalah melucukan dan menyedihkan. Kita sudah hilang keutamaan dan pemikiran strategik meluaskan pengaruh politik Barisan Nasional.

1MDB Berhad Satu Entiti Perniagaan

Baiklah, kita bersetuju bahawa sebagai syarikat berkaitan kerajaan 1MDB tidak boleh menolak atau mengabaikan soal tadbir urus korporat yang baik.

Namun terlebih dahulu kita perlu fahami bahawa 1MDB bukan syarikat pelaburan kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad. Khazanah Nasional Berhad merupakan syarikat menguruskan kekayaan negara untuk pelaburan strategik. Ini bermakna segala wang Khazanah Nasional Berhad datang dari dana kerajaan.

Sebaliknya 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan. Ia tidak dibiaya atau bertindak sebagai badan pelaburan dana Kerajaan.

1MDB hanya diberi modal permulaan dalam bentuk ekuiti sebanyak RM 1 juta dan sokongan jaminan bon sebanyak RM 5.8 bilion sahaja. Selebihnya mereka perlu menjana dana sendiri dan melakukan pelaburan menggunakan dana yang diperolehi.

Adilkah syarikat seperti ini diasak dan ditekan seolah-olah mereka berniaga atas wang kerajaan sepenuhnya?

Kerugian Yang Besar?

Menurut laporan tahunan 1MDB,

Kumpulan tersebut mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.

Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion. Jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64% daripada RM2.6 billion kepada RM4.3 billion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.

Apakah yang kita faham daripada laporan ini? Laporan ini menunjukkan 1MDB berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai kemungkinan akan “jahanam” sekelip mata seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan.

1MDB hanya ditubuhkan 5 tahun lalu memerlukan masa untuk menjadi kuat dan mencatatkan keuntungan. Namun untuk sebuah syarikat yang bermula 5 tahun lalu boleh menjana pendapatan sehingga RM 4.3 Bilion pada tahun 2013 merupakan satu pencapaian besar.

Keutamaan serangan di sini ialah jumlah hutang (labialiti) 1MDB sebanyak RM 41.9 bilion yang dikatakan sangat besar dan tidak munasabah.

Malangnya kita tidak pernah bertanya bagaimana sebuah syarikat bermodalkan sejuta kini memiliki aset sebanyak RM 51.4 bilion. Sudah tentu pembelian dan pemilikan aset ini melalui pinjaman. Adalah mustahil untuk sebuah syarikat bermodalkan RM 1 juta boleh memiliki aset RM RM 51.4 Bilion jika tidak membuat pinjaman.

Memang sukar untuk memahamkan isu perniagaan ini kepada rakyat biasa. Orang ramai termasuk ahli UMNO akan lebih mudah termakan momokan Pakatan Rakyat seperti hutang yang besar dan kerugian yang tinggi sekalgus melihat 1MDB sebagai “pariah” perniagaan.

Hakikatnya bagi sesebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang, pendapatan yang bertambah dari tahun ke setahun, merupakan satu syarikat yang berada dalam keadaan yang sihat. Inilah situasi 1MDB!

Yang lain-lain, biarlah mereka yang dilantik menjalankan tugas mereka. Mustahil menjalankan perniagaan dengan berjaya jika setiap hari perlu menjawab setiap keputusan perniagaan kepada 25 juta rakyat Malaysia.

Ingatlah yang mempertikaikan kerugian 1MDB seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua pun tidak mempunyai kejayaan dalam bidang perniagaan.






14 Komen to Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (3) : 1MDB Bakal Muflis?

  1. Uturn says:

    kalau org faham pasal perniagaan tak adalah timbul tuduhan2 bodoh.

  2. Din Seputeh says:

    “1MDB hanya diberi modal permulaan dalam bentuk ekuiti sebanyak RM 1 juta dan sokongan jaminan bon sebanyak RM 5.8 bilion sahaja.”

    Saudara dana modal 1MDB RM1 BILLION lah bukan 1 juta! Skang ni 1juta nak beli sebiji rumah pon tak cukup.

    Kalo nak bela kerajaan buatlah betul2 Baca akauns tu dgn teliti ni kasi tembak aje. Memalukan aje sesapa pon x percaya.

  3. kuman says:

    menjana dana sendiri ….dengan memimjam berbelion…. dan bayar commision berjuta juta….. dan beli asset berbelion bellion …..dan simpan di CAYMEN Island…. dan dan dan ..

  4. Tubir says:

    Aku cadangkan pada kerajaan supaya semua projek bernilai melebihi 3b diberi terus kepada 1mdb….dgn cara tersebut 1mdb akan menjana keuntungan dan bolehlah najib berbanga denganya.

  5. bangKano says:

    Penajaan 1MDB terhadap 1000 pegawai masjid menunainkan haji kurang signifikan nya….kan lebih baik dana tersebut di salur kan untuk muslim dalam memaju kan pendidikan,ekonomi.perniagaan dll. Memberi tajaan menunai kan haji membuat kan muslim yang terlibat kurang menghayati falsafah haji & ibadat ibadat lain. Kerja menunaikan haji ada la tanggung jawab individu seperti solat,berpuasa,kerja amal dll. Lama lama nanti ada plak pihak cuba menaja/upah solat & puasa macam buat upah haj la ni. Semakin kalut la nanti umat muslim kalo fenomena ni berlaku kelak….semua nya mesti di taja ato di upah orang lain mengerja kan nya…semua nya nak mudah jerrr nak dapat pahala masuk syurga. Dah macam penganut kristian buat baptisme yang di kendali kan oleh paderi untuk menebus segala dosa.

    Nampak nya ajaran islam dah semakin kalut gara gara para agamawan dah sanggup ikut cagha paderi…padan la dah ada pihak dah beghani tuduh para agamawan kita seperti paderi plak. Semua main pakai upah…upah haji,baca doa dll… Hang kaut untung ada la para agamawan sinting tuuu….!!!!!

  6. Zain D says:

    Nampak sngt pemikiran cetek & fakta kurang memuaskan dlm artikel ini.

    Hutang 1MDB bukan sebarang hutang 42 BILLION dlm jangkasamas 5 tahun yg pendek.
    Kerugian tahunan 665 juta, jadi bagaimana nak bayar kaedah pinjaman? You do the maths.

    Kita juga harus berfikir siapa yg memberi pinjaman kpd 1MDB melainkan danamodal startup kerajaan. Yahudi Goldman tukang jual bond saja itu pun komisyen tinggi melangit. Pemegang2 bond 1MDB termasuk institusi2 pelaburan Msia, KWAP, Tabung Haji, LTAT dll. Pinjaman bank pula melebihi RM6 BILLION drp institusi perbankan domestik iaitu Maybank dan RHB. (tapi cash deposit syarikat pi letak overseas di Caymans aneh kan?) Jika 1MDB muflis siapa yg akan bailout institusi dan bank2 kita?

    Allokasi BRIM 2014 hanya 4.6 billion. Hutang 1MDB 42 billion. Jika 1MDBB muflis ke mana nak di letak muka kita, maruah kita dgn rakyat dan pengundi2 menjelang PRU14 nanti?

    Tun MM sendiri meluahkan keraguannya mengenai 1MDB, mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yg begitu luas & dalam fikirannya, beliaulah yg menyelamatkan Msia semasa dilanda krisis ekonomi Asia. Bacalah tulisan2 beliau mengenai 1MDB dan fahamilah.

    Jika 1MDB muflis dan krisis ekonomi berulang lagi siapa yg akan menyelamatkan Msia skarang ini? DSN dan CON-sultant2 beliau? Sudikah Tony Blair & APCO memberi nasihat? Mungkinkah pengarang artikel ini yg jelas seorang pakar ekonomi drp JPM (tidak pasti dibedakan Billion and Million) boleh menolong kita?

    Saudara2 sekelian, make no mistake dlm zaman ketekanan domestik ini 1MDB merupai skandal nasional yg sangat2 merbahaya melanda generasi kita dan generasi anak-pinak kita.

    Harapkan Pagar Pagar Makan Padi. Harta pesaka kita digadaikan, kepercayaan kita diandaikan. Bukankah nilai2 suci Umno membela nasib bangsa, agama dan negara?
    Buangkan saja pagar yg curang ini, kita tanam semula pesaka sawah padi. Insyaallah tuhan akan makbulkan.

  7. […] siri ketiga tulisan ini penulis telah membincangkan mengapa 1MDB dijadikan sasaran menjelang PAU 2014. Kita […]

  8. […] siri ketiga tulisan ini penulis telah membincangkan mengapa 1MDB dijadikan sasaran menjelang PAU 2014. Kita […]

  9. sman says:

    Asset RM 51 billion,Hutang 41 billion,manakala ruginya pula 664 juta.Maknanya kerugian tu termasuklah kos kewangan yg ditanggung atas pinjaman 41 billion tu le.Kalau cash flow nya managble,ok lah,jangan sampai asset kena lelong harganya jatuh merudum nanti.Satu lagi kalau terjadi kemelesetan ekonomi,mampus.Sekarang ni pun ada masalah besar juga,kalau pinjaman dari luar negara dalam betuk US dollar dan bayaran pinjaman dan faedahnya dalam bentuk yg sama,kerana nilai dollar tengah meningkat berbanding ringgit.Maknanya 1MDB terpaksa menyediakan RM yg jauh lebih tinggi berbanding semasa pinjaman tersebut di buat dulu.Tapi kalau pinjaman dalam negari tak jadi masalah lah.

    Secara sepintas lalu,saya rasa,1MDB mengambil risiko yg terlalu besar kerana terlalu agresif(tamak).kalau jasanya hanya hantar 1000 org naik Hj tak berbaloi.Islam tak galakan naik haji dgn berhutang.Secara indirectnya di sini naik haj dgn berhutang lah.Saya berpandangan Najib terlalu mengambil mudah dalam soal ini,kalau nasib tak baik beliau akan menanggung akibatnya.Saya nampak perjalanan Khazanah lebih mantap berbanding 1MDB ni dalam jangka masa terdekat,jangak masa panjang tak tahu lah,kalau mereka berjaya mengurus semuanya dgn baik,mungkin ok.Kita tak guna kutk berlebihan,elok doakan semuanya berjalan baik ,keran ianya adalah asset negara juga.

    • KuntaKinte Malaysia says:

      Ini bukan soal jasa bro. Ini soal perniagaan. tak masuk akal untuk pertikai keberkesanan dan kemampuan syarikat yang ada aset melebih labialiti.

  10. Ahmad Zainudin says:

    KuntaKinte, kalo nak tunggu sampai liabiliti melebihi asset itu namanya dah muflis lah tu “balance sheet insolvent”. Ko tak biasa akauns ke? Kalo dah nak tunggu sampai teroks sebegitu sebelum mempertikaikan apa2 habislah negara kiter.

    Kunta ini bukan harta bapak2nenek mereka, ini harta rakyat. 1MDB syarikat 100% milik kerajaan dasarnya 100% milik rakyat.

  11. Rakyat says:

    Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri.

    Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

  12. khairul says:

    Ooo…baru aku tau.., bank boleh bagi pinjam 42billion kalau ada modal 1juta…
    pakai guarantor x?
    0% interest ke bang?

Leave a Reply