Menu Utama

Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (2)

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

Semalam dalam artikel pertama Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (1), kami mendedahkan bagaimana maklumat-maklumat separuh benar diputarbelitkan sehingga menunjukkan seolah-olah Najib tidak berupaya mentadbir negara dan mengharapkan penasihat daripada British.

Antara mangsa terbaru ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Ghazali Ibrahim, yang dituduh memiliki kereta mewah berharga jutaan ringgit.

Gambar kereta Porsche Cayene berwarna merah dengan tanda “Kereta Setiausaha Politik Perdana Menteri” disebarkan di ruang media siber dan rangkaian media sosial Whatsapp di kalangan ahli UMNO dengan menimbulkan persoalan bagaimana seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri boleh memiliki kereta berharga jutaan ringgit.

Porsche-Ghazali
Ia bertujuan menunjukkan pasukan Perdana Menteri merupakan mereka yang korup dan rasuah.

Sedikit sebanyak ia merupakan kesalahan Ghazali kerana tidak mengingatkan pemandunya agar jangan meletakkan tanda “Kereta Setiausaha Politik Perdana Menteri” semasa menggunakan kereta peribadi. Kereta ini digunakan kerana proton Perdana rasmi beliau mengalami kerosakan.

Namun isunya bukan di kampung Ghazali yang mana semua orang kampung tahu siapa beliau. Isu ini diputarbelitkan di bandar dan media sosial untuk mewujudkan momentum menghentam Perdana Menteri ketika Perhimpunan Agung UMNO.

Hakikatnya sekali lalu melihat kereta tersebut sahaja kita tahu ini model lama yang tidak mungkin dipakai oleh orang kaya pada masa sekarang.

Kereta ini hanya diberi nombor baru bukannya model baru. Adalah kebiasaan bagi mereka yang memiliki kereta seperti ini turut menukar nombor dengan motosikal bagi memberi kesegaran sahaja.

Berdasarkan nombor pada kereta data JPJ jelas menunjukkan kereta ini ialah kereta dikeluarkan pada tahun 2003.

Menurut sumber rapat dengan Dato Ghazali, kereta ini beliau beli pada awal tahun lalu dengan harga RM 100 ribu setelah menjual mercedes beliau dengan harga RM 80 ribu. Ia dibeli sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik lagi.

Bolehkah dipercayai kenyataan Ghazali ini? Semakan kami di www.mudah.my jelas menunjukkan harga kereta model yang hampir serupa dengan tahun keluaran lebih lewat hanya berharga sekitar RM 130k sahaja.

mudah1

mudah2

Sebenarnya ramai yang tahu harga kereta tersebut murah kerana walaupun jenama Porsche tetapi model yang telah lebih 10 tahun seperti itu tidak lagi mempunyai harga pasaran di kalangan orang kaya.

Sebagai bekas wakil rakyat, bekas Timbalan Speaker Negeri Negeri Kedah, ahli perniagaan dan sekarang menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri apakah kita mahu menyatakan beliau tidak mampu memiliki kereta Porshe berharga RM 100 ribu?

Isu ini hanya diributkan tanpa sebab yang munasabah untuk mewujudkan momentum terhadap kempen memburukkan Mohd Najib Tun Razak.






17 Komen to Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (2)

  1. tony gunawan says:

    cantas mencantas merupakan budaya orang umno selamna ini,hanya orang bodoh yang percaya dan menyokong umno!

  2. […] Gambar kereta Porsche Cayene berwarna merah dengan tanda “Kereta Setiausaha Politik Perdana Menteri” …read more […]

  3. Badrole Amin says:

    lupakan tentang cantas-mencatas, apa yang penting takde lagi tikam belakang dalam UMNO seperti PKR…hehehehe

    bila macai togay dan moo nak jawab pertanyaan dibawah ini?

    “Antara lain, berus gigi yang kononnya tidak digunakan Anwar sedangkan Anwar seorang diri sahaja dalam sel itu, selain tak masuk akal Anwar nak guna berus gigi yang dah digunakan orang lain sehingga nak kata DNA dijumpai pada berus gigi itu bukan milik dia.”

    kalau DNA pada berus gigi bukan milik musibat anak haram(anwar) itu, boleh atau tidak macai berikan pendapat/penjelasan bagaimana dan kenapa DNA pada berus gigi itu pihak forensik/ahli kimia berjaya dapat sepadankan(matching) dengan DNA(dari ekstrak air mani) yang dijumpai dalam dubur mangsa juga merupakan milik musibat anak haram(anwar) itu?

    kepada macai seperti togay dan moo, silalah beri pendapat/penjelasan anda…kalau dapat berikan pendapat/penjelasan yang baik, ada hadiah menanti anda

    hehehehehe

  4. Uturn says:

    Bangan betul la kpd yg jaja isu ni……aku pun boleh pakai la kereta ni, setpol pm lagi ti ggi gaji dari aku, jadi apa masalahnya? Accord lagi mahal dr kereta ni.

  5. Memang Terok says:

    Yang kita tahu dan faham kerja cantas, tebas , tebang dan tumbang bukan kerja orang UMNO atau mana2 komponen BN. Kita ambil yang baru berlaku dimana ADUN Kajang diSuruh berhenti untuk diganti dalam satu agenda peribadi pemimpin. Itu tebang namanya. Pastinya itu bukan kerja UMNO.

    Kita lihat MB Selangor disuruh berhenti, itu tebas namanya. Sekarang Khalid dipaksa kosongkan kerusi Bandar Tun Razak dan pelabuhan Kelang pulak . Ini namanya tebang, tumbang dan humban.

    Orang yang akal mereka letak dilubang buntut saja sokong kumpulan serupa ini. Tuuuuuuuuiiiiiiiii.

  6. korokstabang says:

    macam macam bila sudah kehabisan isu jommm kita beralih semula pada isu yang sedang hangat di mahkamah dengan kes liwat anwar vs saiful

    Persoalan nya ‘Adakah rakyat malaysia menyokong perbuatan meliwat’ ?

  7. Jebon says:

    Memang amat sukar utk mempercayai Najib amat lemah dlm ‘mentadbir’ UMNO dan kerajaan Malaysia….kerana ‘kecemerlangan’ Najib disambut dengan tepukan apabila beliau ‘menaburkan’ bilion ringgit kepada rakyat untuk menutup lompang2 dlm pentadbiran…namun kebenaran bukan terserlah di sini, di ruang maya ini, …kebenaran terserlah dlm realiti !!!!

    Baru semalam, Najib ‘menghenjut’ UMNO Selangor….persoalannya kenapa baru semalam ?…sudah hampir dua penggal Selangor berada di dalam genggaman PR dan ramai yg berpendapat PR akan terus bertakhta di negeri ini selama yg mereka mahu kerana ‘kerosakkan’ yg dibuat oleh UMNO amat sukar dipulihkan.

    BR1M, ini diibaratkan oleh ramai penganalisa politik dan ekonomi bebas sebagai penukul yg membalun semula kepala Najib !!!…tahun akan datang sebanyak lebih RM 5 bilion akan ‘diserah’ kpd rakyat sedangkan jika dilihat kepada prasarana sekeliling keadaan semakin gawat dan mendesak.

    Lihat saja jalanraya kita, diberitakan 19 orang maut setiap hari, jalanraya terutama jalan2 persekutuan di luar2 bandar begitu daif, kempen2 kesedaran jalanraya hanya sekadar melepas batuk di tangga berbanding iklan utk GST !!!

    Anda pergilah ke sekolah2 dan bertanyalah akan nasib para pentadbir dan guru2 yg terpaksa berhempas pulas memikirkan bagaimana utk mengawal peruntukan tahunan yg disalurkan kerajaan. sekolah terpaksa menebal muka memohon ibubapa membayar yuran PIBG utk memastikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum dapat dijalankan. Sesungguhnya sekolah2 sekarang begitu ‘menderita’ ditambah lagi dgn ‘asakan’ tenaga2 pemikir yg sentiasa ingin mengubah suasana pelajaran dan pembelajaran. Namun bertanyalah kpd Kementerian, adakah KBSR, KBSM telah berjaya ????

    Ini cuma sebahagian fakta,ada banyak lagi yg boleh diselami….anda jenguk2lah UMNO di cawangan2 dan bahagian2. Lihatlah bagaimana cantas mencantas berlaku secara senyap, jika tidak masakan Muhyidin menyindir kenapa banyak usul2 dari mesyuarat2 cawangan dan bahagian tidak direalisasikan!!!….kerana jawapan totalnya, masing2 hanya berfikir utk meraih laba dan kedudukkan dalam parti dari berbincang dan menjayakan usul.

    Pergerakkan belia yg menjadi tulang belakang negara, ke mana haluannya ???…tahun 1980-an menyaksikan pencapaian hebat para belia, dengan integritinya, dengan kewibawaannaya, dengan patriotiknya…tetapi 10 tahun ke belakangan ini belia dilihat semakin layu dan hilang punca….belia mudah diperdaya dan dihasut untuk turun ke jalanraya atas alasan politik yang sempit….DI MANA NAJIB ??????

  8. wong jo woo says:

    kes bontot nuar mengalahkan cerita drama bersiri david teo je….geli aku dengar dh..boleh masuk guni bok rekod…sebab penangguhan sampai nak 70 kali..baik cerita pasal porsche tadi..apa nak pelik pakai keta mewah..dah keja setiausaha politik memanglah mewah..anak huan eng pun takkan nak pakai keta viva..mestilah yang mahal…apa la korang bingai pasal keta pun kalut..biarlah org nak pakai keta apa..janji rock…korang ada ke nampak wakil rakyat tak kira parti cap apa..berlumba2 pakai keta mewah…padahal gajinya takla mewah sangat..banyak lagi gaji player JDT…betul tak kawan2…

  9. GT86 says:

    Penulis kuat sangat back up Najib, ada makan bulan ke????
    Kepada si ToGay, engko duk kat mana? Anak buluh betong ke engko ni? Dalam beberapa bulan kebelakangan ni, kejadian cantas mencantas, sepak terajang, tuduh menuduh dan menfitnah berlaku pada puak mana? Sapa yang lakukan? Sapa yang di mangsakan? Engko dah macam lembu pendek menyondol aje makan taik….bodoh sungguh.
    Akhir-akhir ini sapa yang menegur Najib? Bukan calang-calang orang nya. Adakah mereka ini meminta Najib meletakkan jawatan? Apa yg aku tau, mereka hanya menegur dan minta di perbetulkan. Salah ke? Perlu di ingat tuan, jika UMNO tumbang di PRU akan datang, maka akan tamat lah pemerintahan Melayu, silap2 Sultan Melayu pun akan di hancurkan. Apa yang Najib dah buat? Apa yg KJ dan buat utk pemuda dan belia? Apa pencapaiannya?
    Orang Melayu yang beragama Islam, yang memartabatkan Sultan dan menyayangi UMNO risau dan semakin takut dengan gelagat pemimpin2 UMNO. Pukimaknya DAP dan PKR, Sabah dan Sarawak dah panas sekarang. Belum citer negeri2 di semenanjung. Si ketum pulak, entah bila nak RIP???
    Pokoknya orang Melayu masih nak UMNO, tapi adakah UMNO peduli?
    Sorry bro, gua sayangkan UMNO, waa respek dan protect kesultanan Melayu tapi waa tak setuju pada Najib. Lu lembik… Lu turun

  10. dkds says:

    Adakalanya ada dikalangan ahli dan penyokong Umno sendiri yang membenalkan diri kerana cemburu atau ego yg tinggi…

    tak salah SU poliyik PM nak memakai kereta yang mampu dimiliki agar memudahkan kerjanya, ini semua dah terbiasa dgn doktrin pembangkang Malaysia yg suka memburukkan kerajaan tanpa fakta yg nyata

  11. arhi says:

    Yg pentingnya PM mesti ambil kira atau sensitif dgn pandangan akar umbi jgn asyik hanya mendengar para pengampu yg boleh menjadi kata pepatah harapkan sokong sokong membawa rebah.Rakyat kekadang telah melabelkan sesetengah menteri di pentadbiran kini sebagai menteri cap ayam lantaran sering mengeluar kenyataan yg cukup dangkal yg jauh melambangkan pendapat seorang yg berintelektual,hal spt ini memberi ruang kpd pengkritik untuk mengkritik pentadbiran Tan Sri Najib

  12. moo says:

    Ngok Ngek betul penulis UMNO ..mana ada Cayennee ni harga RM80k???? Siapa Mykmu.net boleh lagi ambik article ni…

    Aku tgk Mudah pun harga pasaran di lingkungan RM190k. Kalau dia beli 2-3 tahun dulu mungkin sekitar RM280k. Aku percaya ini bukan satu2 kereta yg dia ada. Kalau nak pakai keta mcm ni SKG, harga nya RM180k mungkin ramai yg mampu, tapi tak ramai yg mampu nank maintain nya. You must have deep bank account too.

    PM ni byk setiausaha politiknya, apa keje s/politik poltik yg very trewarding tu RM RM?

  13. anakbochek says:

    Tak payahlah nak sibuk-sibuk pasal kereta Cayenne orang lain moo. Standard kau takat Pug Din Teksi je.

  14. reds says:

    isu yang bodo….pemasang transmission line tempat aku pon pakai kete lagi mahal..

  15. sungai_siput says:

    good job GT86

    hang rasa najib mansuhkan dak akta hasutan tu??? Aku rasa najib mansuhkan…
    jika mansuh senang kerja pengkhianat negara nak mansuhkan sistem beraja jugak…

    akan bertebar hasutan hasutan bermacam rupa yg merugikan melayu dan juga islam…

    ISA dah di mansuhkan… Dapat ka undi Cina? sapa yg mansuhkan ISA, anak bangsawan yg tak tahu susah senang rakyat marhain

Leave a Reply