Menu Utama

Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (1)

Oleh AJAB

apanamaBlogger Apanama (gambar) hari ini mendakwa Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak melantik penasihat British dari APCO bagi menasihat kerajaan Malaysia.

Beliau seterusnya membuat andaian seolah-olah kerajaan Malaysia ini kembali terjajah seperti mana zaman penjajahan British dahulu apabila Sultan dikehendaki mengambil penasihat British.

So, why is the Government of Malaysia via the Prime Minister’s Office employing a former APCO operative? Wasn’t APCO’s contracts not renewed due to their links to war criminals and the Zionist state of Israel?

In 2009 this former APCO operative was paid approx RM1.4 million for only SIX MONTHS. How much does it cost the Government of Malaysia now for keeping this British Advisor for the Prime Minister?

Datuk Seri Najib Razak certainly owes us an explanation as to why this sovereign, independent nation’s Prime Minister still requires a British Advisor by his side…. 57 years after Merdeka. I thought we are no longer a British colony.

Kenyataan ini sangat bertentangan dengan bukti yang diberikan oleh blog tersebut sendiri yang menunjukkan Paul Stadlen hanyalah ahli kepada Pasukan Komunikasi Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri.

paul-Bcard-300x176

Pelantikan Paul ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada pasukan komunikasi yang membantu kerajaan memberi penjelasan sebenar mengenai kerajaan Malaysia dan negara ini yang sering diburukkan oleh Pakatan Rakyat dan para jurublog (Bloggers) bahasa Inggeris seperti Apanama.

Adalah sangat jauh berbeza antara ahli pasukan komunikasi Kerajaan dengan penasihat Perdana Menteri. Amat mustahil jurublog seperti Apanama tidak mempunyai keupayaan untuk membuat perbezaan antara pekerja dengan penasihat.

Adalah tidak salah untuk melantik mereka yang berkebolehan untuk mengendalikan komunikasi kerajaan di peringkat antarabangsa.

Malahan jika Paul dilantik penasihat Perdana Menteri pun (yang sebenarnya tidak pernah berlaku), ia bukan isu besar kerana tugas penasihat Perdana Menteri ialah memberi nasihat dan pandangan, bukannya memberi arahan yang mesti dipatuhi seperti penasihat zaman British.

Soal bayaran RM 1.4 juta dalam masa enam bulan seperti yang didakwa oleh Apanama belum dibuktikan. Namun jika benar pun bagi kontrak jangka pendek seperti itu untuk seorang profesional media di peringkat antarabangsa ia bukanlah luar biasa.

Di peringkat lobi antarabangsa “sekumpulan ahli perniagaan Malaysia” pernah membayar US$1.2 juta (kira-kira RM5 juta) kepada pelobi Jack Abramoff bagi mengatur pertemuan Tun Dr Mahathir dengan Presiden Amerika Syarikat George W.Bush pada Mei 2002. Ini bagi memulihkan imej Malaysia diperingkat antarabangsa kerana diburuk-burukkan oleh Anwar Ibrahim.

Justeru jika pun Paul dibayar RM 1.4 juta dalam masa enam bulan, namun jika diukur dengan publisiti positif yang diterima negara ini di media antarbangsa tanpa mengeluarkan bayaran iklan ia jauh lebih berbaloi.

Apanama seterusnya bertanya,

What happened to the PM’s long list of local Press secretaries and media advisors. Even a former NST Group Editor is in the PM’s team, so why the need to maintain (and pay) for an advisor from our colonial masters?

Maybe its time for Najib’s long time Press Secretary turned Media Director to clarify if the above letter that reveals a USD 420,000 SIX MONTH contract for a British Advisor is indeed genuine or is a falsified piece of document to defame the Prime Minister and his Media Director.

Please tell us if the Government of Malaysia has indeed employed a British Advisor for the Prime Minister of Malaysia. If the above letter and information, and the former APCO operative’s latest calling card below, is not true I’ll retract and run an apology.

Persoalan ini tidak perlu dijawab lagi kerana “business card” Paul yang dipamerkan oleh blog Apanama sendiri menyatakan beliau ialah sebahagian Pasukan Komunikasi Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri. Pasukan komunikasi ini diketuai oleh seorang Pengarah berbangsa Melayu – Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Bagaimana mungkin seoarang penasihat Perdana Menteri berada dalam pasukan yang diketuai oleh orang lain? Ini bukan sahaja tidak masuk akal, malah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab blogger ini apabila membuat tuduhan dan kesimpulan yang melulu.

Hakikatnya Mohd Najib bertindak tepat melantik orang yang boleh membantu beliau menguruskan media antarabangsa tanpa mengira asal usulnya selagi ia membawa kebaikan kepada negara.

Ramai orang mungkin bertanya apa penting imej negara di peringkat antarabangsa? Pemulihan imej negara di peringkat antarabangsa penting bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang digemari pelabur asing seterusnya membawa masuk dana modal asing ke dalam negara ini.

Jika kita membiarkan Anwar Ibrahim memburukkan setiap masa di luar negara lama kelamaan pemain industri besar luar negara akan percaya dan mula menyisihkan negara ini dari senarai mereka. Pelancong juga akan menjauhi negara ini. Bila ini berlaku ekonomi negara akan menguncup dan berlaku kemelesetan ekonomi.

Perlantikan Paul telah banyak membantu memberi imej baik Malaysia kepada media antarabangsa berikutan pengalaman dan jaringan kerja Paul yang luas sebelum ini. Apakah kerana beliau pernah bekerja dengan APCO maka kita mahu membantah pelantikan tersebut tanpa melihat keberkesanan kerja beliau?

Sehingga kini imej dan liputan media dunia terhadap Mohd Najib dan Malaysia sangat memberangsangkan dan ini menunjukkan keberkesanan kerja yang dijalankan oleh Paul dalam mewujudkan hubungan baik dengan media antarabangsa.

Tuduhan Bersikap Nakal dan Tidak Masuk Akal

Saya tidak pasti apa masalah bloggers Apanama dengan pejabat Perdana Menteri, namun tuduhan berbentuk emosi seperti mendakwa Paul terbabit dalam menulis teks ucapan Presiden untuk Perhimpunan Agung UMNO sangat melucukan. Paul tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik dan tidak memahami politik UMNO, bagaimana beliau mahu menulis ucapan Mohd Najib?

Adalah sangat memalukan apabila jurublog berpengalaman seperti Apanama ini merendahkan taraf penulisan beliau sehingga ke tahap “smear campaign” dan “Character assassination” ke atas Mohd Najib.

Janganlah bawa isu peribadi dalam penulisan blog kerana nanti orang dapat menghidu juga.






11 Komen to Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (1)

  1. Uturn says:

    Firdaus apanama ni da hilang kredibiliti……dah jadi mcm anjing sewaan sjaa skrg ni

  2. Pak Tho says:

    Naik meluat melihat polisi² kerajaan Ds Najib skrg ni. Rakyat semakin terhimpit, nk harapkan kerajaan PR lagi lh tak boleh pakai. Macam gampang je.
    Apa pilihan lagi yg rakyat ada???.

  3. dkds says:

    Benda macam ni pun dihighlight oleh blogger kurang waras ni..bukannya macam kes Ketum dan Presiden PKR pun…yang dilantik lebih berkuasa sari pilihan ahli parti…

  4. GT86 says:

    Alahai si ketum jadi penasihat kemudian berubah ke punahsihat Kerajaan Selangor pun sebat 15 juta, senyap jea takde blogger yg kisah. Nawaitu tak ikhlas la apanama ni…
    Secara peribadi, aku pun tak berapa setuju dengan tindakkan si NAjib ni, tapi aku tak duduk kat kerusi PM ni, jadi tak tau apa masalah sebenar M’sia ni. Tapi aku cukup marah bila NAjib lebihkan cina dari melayu yang bagi dia kerusi PM ni. Ini confirm. Dah tahap meluat pun.
    Cepat2 sumbat si bedabah Anuwar ni ke dalam penjara, maka tak perlu lah NAjib upah mat saleh ni.. Kan? Banyak dah duit rakyat abih sebab si ketum bedabah ni. Kembalikan ISA, sebab ni gak kita habis banyak duit…..

  5. wong jo woo says:

    oklah jugak minta nasihat BRITISH daripada nuar jubo tu minta nasihat YAHUDI ..

  6. semangat dato' haron says:

    Melayu perlu jujur, jgn tikam blkg, sabotage, berpuak2 dan pilih kasih barulah melayu jd kuat dan dihormati.

  7. semangat dato' haron says:

    Melayu perlu jujur, jgn tikam blkg, sabotage, berpuak2 dan pilih kasih barulah melayu jd kuat dan dihormati. Hidup UMNO, ianya parti yg asas perjuangannya cukup mulia sekali dan semoga dipimpin orang yg jujur dan amanah

  8. raplahjingaa says:

    Mangkuk apanama tu angin satu badan, dia pernah lobby kaw-kaw nak jadi penasihat komunikasi, tapi tak dapat !! standard mentality kelas ke 3, bila tak dapat mula la meroyan !! dia ingat orang tak tau….

    Najib ni pun satu hal….

  9. semangat dato' haron says:

    Mamak ni memang suka buat kacau, jgn lupa Tun Mutahir di hujung2 riwayat kesultananan melayu Melaka. Bebaskan UMNO dari mamak…

  10. […] dalam artikel pertama Menongkah “Smear Campaign” Ke Atas Najib Razak (1), kami mendedahkan bagaimana maklumat-maklumat separuh benar diputarbelitkan sehingga menunjukkan […]

Leave a Reply

Threesome