Menu Utama

Melayu tak dapat perintah negara jika UMNO, BN tewas

Orang Me­layu tidak akan dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal memenangi Pi­lihan Raya Umum Ke-14.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah turut menyifatkan negara dan orang Melayu akan mengalami suasana ‘gelap dan malang’ sekiranya parti itu tewas pada PRU 14.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO berkata, bagi memastikan parti terbesar Melayu itu terus kekal relevan, sekali gus memastikan kemenangan pada PRU-14, UMNO perlu mengatasi masalah dalaman dan cabaran dari luar parti.

“Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan ahli perlu diselesaikan segera dengan menyeru mereka supaya bermuhasabah diri dan bersatu tanpa mengambil kira kepentingan peribadi.
“UMNO dan BN perlu bergerak memberi penerangan dan meya­kinkan pengundi pelbagai peringkat dengan menggunakan semua platform media yang ada pada masa kini kerana penerangan itu amat penting. Kita tida boleh lagi mengambil mudah persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN,” katanya selepas membentangkan kertas kerja dalam bengkel politik sempena Konvensyen UMNO Johor 2014, di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksa­nakan pelbagai transformasi dalam usaha memperhebat, sekali gus memacu pembangunan negara.
Justeru, katanya, tiada sebab bagi rakyat tidak mahu memberi soko­ngan dengan menyokong perjuangan UMNO dan BN kerana hanya parti itu yang boleh memerintah negara dan bukannya parti lain yang jelas mempunyai idealogi berbeza.

“Jadi, konvensyen ini antara lain perlu menjadi platform untuk UMNO menyedari suasana dan cabaran politik pada masa kini supaya dapat bersiap sedia dalam menghadapi ancaman yang boleh melemahkan parti,” katanya.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, teguran yang dibuat Presiden Parti terhadap UMNO Selangor baru-baru ini perlu dijadikan per­ingatan untuk semua jentera parti di seluruh negara untuk terus be­kerja bagi memenangi hati rakyat.

Utusan






21 Komen to Melayu tak dapat perintah negara jika UMNO, BN tewas

  1. Tubir says:

    Orang Melayu sudah sedia maklum akan perkara ini begitu juga bangsa lain dinegara kita merika tidak akan dapat memerintah malaysia tampa sokongan orang Melayu.Tapi melayu sudah buktikan orang masih boleh memerintah melalui umno dan gabungan parti pribumi sabah dan serawak.Kita sudah lihat bagaimana orang cina tikam Belakang BN pada PRU lepas.dan jangan lupa pula adanya orang melayu pas memangkah BN ..berdasarkan Melayu.Kuasa kerajaan melayu tetap akan kelal selagi aggong tu orang Melayu .tak tahilah jika Aggong boleh ditukar keorang cina,sebab raja raja sekarang ni bukan keturunan Melayu tulin…dah campur dgn Orang putih.Persoalan yang perlu ditanya kenapa ada orang Melayu menolak UMNO itu sendiri selama ini….kiya tak payah semakan kepala nak fikir pasal BN segala.Kenapa melayu Jauhi UMNO yang patut dibincang oleh prof tu….Bukan hilang kuasa melayu….

  2. orang biasa says:

    Org melayu terpaksa pilih umno sbb dh xde choice.bkn sbb umno blh perjuang nsb melayu (current performance),tp pbangkang xleh harap….so basically,xguna juga org melayu perintah tp ekonomi bangsa lain pgg.igt kuasa politik tu kuat sgt ke.

    Kerajaan kene settle psl rumah dulu…kt rumah mampu milik,tp harga 2++k yg plg murah,dh sebulan brapa?xguna jg pemimpin melayu tp melayu still merempat….xperlu dbangga

    Settle psl rumah br ckp psl gst!

  3. ABC says:

    pada pendapat saya, umno memerintah takde beza dengan dap memerintah. yang kaya hanya orang2 atas.

    berkhidmat utk rakyat? hanya dongeng semata2.

  4. jagungmentah says:

    Kadang2 aku rasa kalau org2 yg berkuasa sekarang tidak mampu atau tidak mahu atau takde telor utk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dgn jujur amanah maka lebih baik lepaskan aje kpd pihak lain..

    Bukti aku tiada tapi kesan2 dr ketidak amanah dlm tanggungjawab dh terlalu banyak yg dpt dilihat..

    Bg jelah kat org lain…makin fedup dgn korang..

  5. alimedanbaru says:

    dari apa yg aku tafsirkan dalam laman ni
    kebanyakan penyokong MELAYU UMNO jenis lalang
    jenis kalau bercakap hentam merapu tanpa tunjuk fakta dan sebab menyebab
    sebaliknya bila moo dan gangnya sentuh UMNO ..pelik marah pulak.
    inilah sebab kebanyakan orang UMNO lemah bukan bertaraf panglima UMNO
    SEBALIKNYA SETARAF TAIK KUCING!
    KALAU NAK TEGUR PEMIMPIN ADA CARANYA
    ADA BAHASANYA
    BUKAN KURANG AJAR LEBIH TERUK DARI MULUT LIM KIT SIANG!
    PEIII LAH

  6. raplahjingaa says:

    Panglima UMNO ?? yang cium keris lepas tu buat roadshow satu malaysia minta maaf kat kaum pendatang ke ?? udah-udah la tu…

    Ini lah jadinya kalau gagal untuk menghayati ” roh ” perjuangan UMNO, Pemimpin UMNO datang dan pergi, tapi UMNO akan kekal sebagai wadah utama perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

    Bila UMNO dipimpin oleh seorang pemimpin yang kuat, maka kuatlah UMNO, bila dipimpin oleh pemimpin yang lemah…maka beliau harus disanggah kerana UMNO bukan milik peribadi, kelemahan pemimpin UMNO akan menyebabkan kelemahan bangsa melayu itu sendiri.

    Pada yang tak paham,…UMNO harus dipertahankan dengan apa saja cara, tapi pemimpin UMNO yang lemah, kita harus tunjukkan jalan keluar…

  7. Tubir says:

    masa untuk tegur pemimpin umno secara baik fah berlalu…sekarsng ni zaman cakap terus terang tak main selindung selindung.kita yang letak dia orang kat situ untuk buat kerja bukan untuk kumpul dan kaut kekayaan untuk anak beranak dia orang.Pada aku kalau setakat tegur slow slow yak jalan punya sebab dia orang muka tebal dan sangup mati demi tahsn kedudukan fan jawatan…inilah yg terjadi la ni.contohnya umno selangor ni pemalas fan blur macam najib juga jangan haraplah nak rampas selangor.kalau azmin kasi kebajikan sikit pada rayaatnya sifah tentu umno dan BN melopong.cina tak akan pangkah BN caya lah….tak payah buang masa dan ringgit pada merika.Sekatang nak tanya pada pemimpin tertingi umno apa orang Melayu akan dapat?jika sokong Umno.jangan cakaplah nak pertahankan hak prang melayu…sebab selama ini apa kau orang buat?hati orang melayu dah lama sakit…malas nak cerita lebih..takut nanti orang melayu bertambah meluat pada pemimpin yang sedia ada.

  8. Jambol says:

    Ini suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan kerana dua sebab:

    1. Kemungkinan besar Singapura akan menyertai semula Malaysia. DAP itu sama dengan dan di bawah pengaruh dan didikan PAP. Ini akan memberikan majority ahli parlimen kepada mereka.
    2. Melayu mudah dibeli dan ditipu.
    3. Gerakan untuk melaga-lagakankan Cina dan Melayu, serta Kristian dan Islam telah bermula dan akan merebak tidak lama lagi. Tunggulah masanya untuk meletup.

    Kita mahu memelihara keharmonian dan kesejahteraan Negara ini.

  9. GT86 says:

    Sebab inilah kitaorang dok bising pada Najib, KJ dan bacul-bacul UMNO yang lain. Pencapaian apa yang perlu di utamakan sehingga Tanah Melayu ni tergadai.
    Transformasi ekonomi tapi harga barang makin naik. Sapa yang makin kaya. diorang nak share ke?
    Perkongsian kuasa, sapa yang menangguk untung.
    Orang Melayu yang sayangkan tanah melayu semakin takut dan risau…sapa dalang yang jual rizab tanah melayu?

    Jangan pandang pada orang melayu…tapi tenunglah pemimpin-pemimpin Melayu.
    Jangan tanya pada rakyat…tanya pada pemimpin. Sapa yang bagi amanah ini? sapa yang bagi jawatan mereka ini? Gaji diorang dari siapa?
    Apa diorang dah buat? puaskan nafsu sendiri….

  10. TUBIR says:

    Cukuplah kita berbicara tentang UMNO dan Melayu….semakin banyak kita buka semakin sakit hati kita dibuatnya…..tunggu perhimpunan UMNO akan datang kita serbu dan kita desak agar orang tertentu diturunkan dan diganti.ak diharapkan perwakilan jangan haraplah merika berani bersuara takut kena pancungdan kena terajang oleh juak juak pemimpin tu.UNMO mahu seorang ketua yang tegas membela nasib Orang Melayu dan Islam….Kita mahu barisan kepimpinan yang iklas memperjuangkan hak hak orang melayu dan ekonomi Melayu.Kita mahukan pemimpin yang berani cabut keris dan tikam orang orang yang kurang ajar kepada bangsa melayu dan negara.Kita tak mahu pemimpin yang suka minta maaf sedangkan yang diucapkan itu adalah hak kita …..Gaduh gaduhlah apa adahal….Kami akan berdiri teguh bersama pemimpin yang berani walaupon tak berapa fasih berbahasa penjajah….Kalau bersidang kat luar negara gunakanlah bahasa kebangsaan kita …pandai pandailah diaorang terjemahkanya.Kita bukan bodoh bila tak fasih berbahasa orang putih…ingat tu…….

  11. Shah says:

    Kalau PR menang PAS tidak akan menegakan Islam kerana PAS bukan tunjang pemerintahan. PAS setakat boneka. Kalau DAP memerintah ibarat macam Melayu di Singapura jadi kelas ketiga. Bawah bangsa Cina dan India

  12. Aurora Borealis says:

    Pemimpin melayu satu hal…rakyat melayu yang bangga sokong pembangkang satu hal lagi….memang melayu nampak gayanya akan ranap dan tumbang di tempat sendiri….jadi betullah tu….melayu dan Islam akan ranap….lepas tu barulah keturunan bani ishak ni akan bangkit dan menentang kuffar…(rujuk susur galur melayu dan the lost tribe…..Keturah isteri nabi Ibrahim)

  13. itsme says:

    kita selalu sgt dengar pemimpin umno kata, kita mesti betulkan akar umbi supaya kita kuat.. tapi yg tak pernah kita dengar ialah kita betulkan “akidah” pemimpin kita. mrk pun sama mcm dap pas pkr dll pemimpin 2×5 jugak!! yg kita perlukan pemimpin serupa khalifah umar abd aziz (tp bkn umar abd aziz penang laaa).. kita semua tahu segala pembangunan yg melampau2 baik dikl, johor penang sgor, brp kerat nar yg melayu rasa.. hal ni jgn sape2 nafikan haa.. depa dok luluskan tanah berjuta hektar jual kat cinabeng sape boleh nafikan? mana ada nama melayu punyai harya beribu2 ekar tanah dimsia ni?? semua nama tak der bin @ binti… bila tiba perhimpunan umno yg nak dibetulkan akar umbi mrk pemimpin tak yah betul.. projek raksasa sana sini, sekali keluar raksasa betul2 baru padan muka.. kita dah byk buang masa ngan umno sebenarnya, org melayu dan islam perlukan sebuah parti yg benar2 mahu mengangkat Islam ke tahap yg twrtinggi lagi dihormati.. bukan sekadar retorik politik. PAS kita dah kena padam, depa dah p jauh gunung p ikut pekiwat.. yg tinggal UMNO jadi kita perlu reform UMNO 100% jika kita tak mampu cipta “UMNO” yg baru..

  14. semangat dato' haron says:

    Isunya dgn Najib beliau tidak mahu mendengar pendapat parti sendiri UMNO. Masa dia bubarkan ISA dia lansung tidak peduli bantahan parti sendiri sehinggakan Muhyiddin pun memboikot majlis pengumuman pembubaran ISA. Menteri2 UMNO yg dtg pun muka masam. Yg senyum dari komponen tikam belakang UMNO mcm MCA dan GERAKAN. Kemudian bila ada masalah dia seolah2 lepas tangan. Sama juga mcm kes UMNO Selangor masa dia jd pengerusi perhubungan. Lepas UMNO kalah teruk dia seolah2 lepas tangan dan mewariskan masalah tersebut pada Noh Omar. Sedangkan semua tahu dia mengubah sebahagian besar calon yg dicadangkan bahagian2 UMNO Selangor. Adakah beliau lebih mengetahui calon2 “winnable candidate” berbanding akar umbi UMNO. Jika beliau mendengar kata2 akar umbi sekurangnya UMNO Selangor tentu tidak kalah begitu teruk walaupun kita tahu Sukar menawan Selangor.

    Dlm soal media beliau tidak mesra pada blogger2 UMNO dan media2 Melayu yg banyak berjasa mempertahankan kerajaan UMNO BN pada PRU13. Beliau lebih selesa menaruhkan kepercayaan kpd CEO The Star Wong Chun Wai utk mempromosikan konsep wasatiyah atau moderation campaign. The Star menggunakan moderation campaign utk menampilkan tokoh2 pembangkang seperti Ambiga Mata Dajjal, Marina biggest failure Tun Mahathir, Azmi Shahrom sedition act utk mempromosikan campaign moderation Najib. Kenapa x percayakan Utusan atau Berita Harian serta beratus2 blog kerajaan. Salurkanlah wang peruntukan kempen tersebut kepada media Pro Kerajaan. Kenapa pada The Star yg terang2 menikam kerajaan dgn headline berita yg berbaur hasutan. Ramai orang UMNO bersabar dan percaya pada Najib tp hakikatnya seorang anak bangsawan yg diberikan pas express Amazing Race dlm politik memang tidak memahami aspirasi akar umbi orang Melayu dan Islam. Kata-katanya dan janji manis utk mempertahankan Melayu, Islam dan Raja- Raja hanyalah skrip kosong yg tiada roh.

  15. semangat dato' haron says:

    #SayNoToKJ

  16. raplahjingaa says:

    Najib konon nak jadi popular…dia lupa dia bukan penyanyi walaupun bini dia suka sangat dengan karoake, dia lupa dengan orang-orang kampung yang meletakkan dia sebagai PM Malaysia, dalam bahasa pasar Najib ni dah lupa diri !! aku rasa aku lebih UMNO daripada Najib !! hehehehe…bang ali jangan marah noooo..

    …dan masa dia berlakon untuk advertisment Chinese New Year, dia jugak lupa dia tak pernah pun berlakon dalam iklan Hari Raya Aidil Fitri !!

  17. jagungmentah says:

    “A group of sheeps lead by a tiger is more fearful than a group of tigers lead by a sheep”

    Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kpd top management..kalo staff talented tp management tak pandai guna hancuss jugak..begitu jugak la dgn UMNO..kita tgk mcmana condition leader dia..kalo strong gemilanglah UMNO mcm dulu2..tp kalo weak ko ada panglima terhebat dlm dunia pon tersungkur punya..

  18. jagungmentah says:

    Tun Razak dan Najib bagai langit dgn bumi..

    Aku xpernah berada dlm era Tun Razak tp tinggalan jasanya dapat dilihat sehingga hari ini..

  19. GT 86 says:

    SELAMATKAN MELAYU SELAMATKAN UMNO.
    Say no to freemason

  20. WTF says:

    Sudah tiba masanya Najib Razak undur diri, kalau tidak makin ramai nanti org2 Melayu yg tak akan mengundi UMNO di PRU akan datang!!!

  21. Ceycak says:

    No more BN for my vote for next election…
    Enough is enough..

Leave a Reply

Threesome