Menu Utama

#MAS Terpaksa Pesan “McDonalds Delivery” Atau “Pizza Hut Delivery”?

Baru-baru ini pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah membentangkan rang undang-undang berkaitan syarikat penerbangan negara, MAS.

Dalam usaha menjayakan 12 langkah pemulihan MAS oleh Khazanah Nasional Bhd, rang undang-undang tersebut adalah perlu bagi menyokong pelan pemulihan syarikat penerbangan berkenaan.

Malangnya, mungkin disebabkan terlalu taksub dan cuba mendapatkan kepentingan politik, seorang Ahli Parlimen seolah-olah “berlakon” tidak faham salah satu klausa yang dibahaskan di Parlimen itu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR), Wong Chen mempertikai klausa 14 seperti yang berikut;

Perkhidmatan peralihan
14. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana orang terikat di bawah suatu kontrak atau mempunyai obligasi untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Syarikat yang Ditadbir, Pentadbir boleh mengarahkan orang itu untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya dan bukan kepada Syarikat yang Ditadbir, dan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah membayar bagi barangan atau perkhidmatan itu atau kedua-duanya pada kadar yang sama yang sepatutnya dibayar oleh Syarikat yang Ditadbir.

Media ada melaporkan bahawa Wong Chen mendakwa terdapat percanggahan di dalam klausa berkenaan dan mendakwa harga kontrak baharu vendor yang melibatkan MAS (NewCo) kelak adalah sama dengan harga lama yang dikatakan “tidak wajar” sebelum ini.

Jadi, dia mendakwa tiada sebarang perubahan dilakukan berhubung kontrak yang merugikan MAS itu dan ia akan menyebabkan syarikat penerbangan itu akan terus mengalami kerugian sebagaimana yang berlaku di dalam MAS (OldCo).

Soalnya, apakah Wong Chen faham apa sebenarnya yang terkandung di klausa berkenaan?

Dalam sesi perbahasan rang undang-undang itu, Abdul Wahid telah menjawab dan menjelaskan sekurang-kurangnya EMPAT KALI berkaitan soal yang sama apabila diminta memberi pencerahan mengenai klausa yang sama.

Berikut adalah salah satu transkrip jawapan Abdul Wahid yang dipetik bagi menjelaskan pertikaian yang tidak difahami Wong Chen dan mungkin beberapa Ahli Parlimen yang lain;

Tiada percanggahan. Untuk membolehkan peralihan ke syarikat baru, dalam satu struktur operasi yang baru, ia memerlukan pentadbir berunding semula dengan pembekal-pembekal sedia ada. Ini penting. Tetapi sekiranya pembekal-pembekal tersebut tidak bersetuju dengan terma-terma baru yang dicadangkan untuk dialihkan kepada syarikat baru, maka perlu satu peralihan yang perlu dibuat untuk membolehkan untuk syarikat baru mendapatkan pembekal-pembekal baru yang lain.

Sebab, sebagai contoh, sekiranya kontrak baru itu dipersetujui, sebagai contohnya, ia tidak boleh secara overnight mengambil pembekal yang baru. Ia memerlukan satu masa yang agak lama.

wahid_omar-650x400
Dengan wujudnya provision ini, bermakna syarikat pembekal sekarang ini tidak boleh hold Malaysia Airlines ransom, perlu dibekalkan tetapi pada kadar yang sama buat masa sementara, sementara syarikat baru memilih pembekal-pembekal baru.

Faham atau tidak penjelasan tersebut? Empat kali diulang jawapan itu dalam sesi yang sama, apakah Wong Chen tidak faham lagi? Atau dia sengaja “buat-buat tak faham”?

Maksud Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, MAS akan berbincang semula dengan semua pembekal-pembekal sedia ada tentang struktur operasi baharu syarikat penerbangan itu.

Dalam rundingan tersebut, sekiranya pembekal-pembekal itu tidak bersetuju dengan “terma-terma baharu” yang dikemukakan, MAS akan bertindak mencari pembekal alternatif sebagai pengganti.

Sementara belum mendapat pembekal baharu bagi menggantikan syarikat pembekal sedia ada itu, maka syarikat berkenaan perlu meneruskan khidmat mereka dengan harga yang sama bagi mengelak sebarang gangguan pada operasi harian MAS.

Perlulah bersikap adil dan janganlah hanya memetik klausa 14 (1) saja, sedangkan ia sepatutnya dibaca bersama klause 14 (2) seperti yang berikut;

14 (2) Arahan oleh Pentadbir di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan hanya bagi maksud memastikan bahawa perkhidmatan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya tidak terganggu.

Faham? Misalnya, syarikat pembekal makanan perlu terus membekal makanan pada MAS sehingga pembekal makanan yang baharu untuk menggantikan syarikat berkenaan.

Takkanlah MAS terpaksa memesan “McDonalds Delivery” atau “Pizza Hut Delivery” sebagai ganti untuk diberikan pada penumpang MAS dalam tempoh peralihan ke NewCo?

Menyebut tentang “tempoh peralihan”, perlu ditekankan bahawa harga bayaran pada kadar yang sama kepada pembekal yang akan digantikan itu HANYALAH BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA di dalam tempoh peralihan.

Jadi, tidak payah dirisaukan tentang harga lama yang membebankan itu akan kekal kerana sudah tentu NewCo tidak bodoh untuk melakukan kesilapan yang akan merugikan MAS sekali lagi. “Once bitten, twice shy”.

Harapnya selepas ini tidak perlulah mana-mana pihak cuba bermain politik atau “berlakon bodoh tidak faham” dalam hal berhubung pelan pemulihan MAS kerana ia adalah berkaitan sebuah syarikat ikon negara dalam industri dunia penerbangan dunia.






7 Komen to #MAS Terpaksa Pesan “McDonalds Delivery” Atau “Pizza Hut Delivery”?

  1. Badrole Amin says:

    tu lah makan lagi babi banyak-banyak, kan bodoh!!!

    seekor lagi babi bodoh ialah ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng yang tak tahu tarikh dan tak tahu bezakan antara sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September

  2. raplahjingaa says:

    Tu la harus di hapuskan SRJKC….kilang pengeluaran cina-cina tonggong di Malaysia. Sebenarnya dia tak faham bahasa kebangsaan.

  3. james bond says:

    MAS yang saya ingat adalah yang menghidangkan makanan yang sedap, dan mempunyai steward/stewardess yang first class. Tetapi disebabkan Malaysian ni jenis suka mengutuk produk sendiri (termasuk MAS), maka jadilah MAS seperti sekrang. Bila saya google, memang perkara biasa airline tidak boleh buat profit, dan yang sentiasa berada dlm situasi financial yang parah pun biasa juga. Tapi bila ianya terjadi kepada MAS, puas mereka hentam seolah-olah MAS sahaja yang tak boleh untung. MAS harus terus dibawah pengurusan kerajaan kerana ia melambangkan Negara, ia sebagai flag carrier. Tak kiralah profitable ke tidak. Mat saleh ramai yang memuji servis MAS, orang Melayu pun suka naik MAS. MAS is the best airline. Tetapi sekarang dah lama tak fly, ada org cakap makanan dah tak sesedap dulu. Sedih.

  4. system baru says:

    Dinasti lim mana tahu hari kermerdekaan dan hari malaysia yg mereka tahu anwar jadi pm 16 september anwar jadi pm dan 50 january anwar jadi mb. Cuba suruh apek dap ini ambil ujian sejarah hari kermerdekaan pasti dia gagal ia

  5. tengkudin says:

    cina bodoh cam tu la….bangang tahap dewa

Leave a Reply

Threesome