Menu Utama

#MAS: 12 Langkah Holistik “Sampah” Atau Pelan “200 Muka Surat” Jentayu Yang “Sampah”?

Sebetulnya saya menghormati Tan Sri Aziz Abdul Rahman sebagai individu yang bertanggungjawab mengembangkan MAS di era awal penubuhan syarikat penerbangan negara itu sekitar awal 70’an dahulu setelah berpisah dengan Singapore Airlines.

Tidak dapat dinafikan, jasanya agak besar dalam sektor industri penerbangan Malaysia pada awalnya. Tapi itu dulu, di kala MAS hanya disaingi oleh Singapore Airlines yang jauh ketinggalan.

Kini bukan saja disaingi syarikat penerbangan negara jiran itu, MAS turut disaingi pelbagai syarikat antarabangsa lain seperti Emirates, Etihad dan termasuklah syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia, Malindo dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, MAS kini dalam keadaan “nazak”. Syarikat milik penuh kerajaan (GLC) Khazanah Nasional Berhad telah diberi mandat sepenuhnya setelah membentang 12 pelan pemulihan syarikat penerbangan itu baru-baru ini.

Bukan saja mendapat kelulusan cabinet dan sokongan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 12 langkah holistik itu menerima pujian dari ramai penganalisis dan pakar industri penerbangan dan turut dipersetujui MASEU.

Merencana mengikut pelan 12 langkah tersebut, tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, yang seolah “memaksa” Khazanah untuk bekerjasama dengan mereka dengan alasan mereka “kononnya memiliki pelan yang melengkapkan 12 langkah” itu dan dikatakan “lebih sempurna”.

Khabarnya, Jentayu telah menyerahkan kertas cadangan mereka pada Khazanah. Kata Pengarah Urusan Jentayu, Feriz Omar di Facebooknya, kertas cadangan syarikatnya mengandungi 200 muka surat. Namun menurut sumber dalaman, kertas cadanganyang diserah pada Khazanah tak sampai 25 muka surat pun! Posting di Facebooknya turut “lesap” bila dipersoal isu tersebut…

Tiba-tiba hari ini, Tan Sri Aziz yang mengetuai Jentayu mengecam Khazanah dan mendakwa 12 langkah holistik yang diiktiraf terbaik oleh ramai pihak itu sebagai “rubbish” (sampah)! Biar betul?! Feriz Omar cakap nak melengkapi 12 pelan Khazanah, jadi nak melengkapkan “sampah”, kah?

Beliau juga mendakwa pelan syarikatnya yang baru ditubuhkan itu lebih “hebat” dan “lebih baik” dari “sampah” yang mendapat pujian itu.

ScreenHunter_01 Nov. 26 15.33
Di mana pelan Jentayu yang “syumul” itu? Kenapa tidak didedahkan pada umum supaya dapat dinilai oleh rakyat sama ada lebih baik atau “lebih rubbish” berbanding 12 langkah Khazanah?

Setiap kali mengadakan sidang akhbar, Jentayu hanya mewar-warkan pelannya yang mahu mengambil alih aset-aset strategik dan jabatan yang menjana keuntungan seperti MRO, MME dan Firefly.

Soalnya, kenapa Jentayu tidak berminat untuk mengambil alih bahagian yang sukar dan agak payah menjana keuntungan? Kenapa syarikat swasta itu tidak berminat untuk memberi kaedah meningkatkan penjualan tiket MAS dan menyaingi syarikat penerbangan lain?

Tan Sri Aziz mendesak dan mengharap supaya Khazanah bekerjasama dengan syarikatnya, tapi dalam masa yang sama beliau menghentam GLC itu sebagai “sampah”? Adakah Jentayu mahu bekerjasama dengan “sampah”? Itu adab mahu “bekerjasama”? Belum apa-apa lagi sudah cari gaduh? Jahanamlah MAS kalau begitu, kan?

Lebih buruk lagi, Tan Sri Aziz tergamak memperlekeh pelan orang, tapi tanpa segan silu “mengangkat” pelan sendiri kononnya “lebih hebat”? Apakah beliau fikir tiada unsur “conflict of interest” yang keterlaluan dalam kenyataannya itu?

Soalan penulis kepada Jentayu bagaimana pembelian tiga aset strategik ini boleh membantu MAS? Adakah pengambilalilhan ini akan menambahkan pendapatan MAS ataupun Jentayu?

Pada pandangan penulis, tidak perlu terlalu “ambitious” untuk mengembalikan kegemilangan MAS. Buat tahap ini, memastikan survival MAS terus membelah angkasa dengan reputasi yang baik sudah memadai sebelum melangkah ke fasa yang lebih tinggi.

Dengan pelan Jentayu yang masih lagi “misteri” keikhlasannya, dengan pendekatan menhentam tanpa sebarang asas, ditambah pula dengan modal kewangan yang masih menjadi tanda tanya, wajarkah Khazanah mempertimbang kehendak Jentayu itu?

Lebih penting lagi, sekiranya Jentayu bekerjasama dengan Khazanah, penulis risau sekiranya syarikat swasta itu akan menuding jari pada Khazanah jika berlaku masalah di kemudian hari. Perkara itu tidak mustahil, bukan?

Sudahlah. Biarlah syarikat bekepentingan kerajaan sahaja yang menumpukan usaha mengembalikan kegemilangan MAS di persada dunia. Rasanya tidak wajar pihak swasta campur tangan dalam aset kepentingan negara.

Tapi kalau Jentayu berhajat juga mahu bekerjasama, mungkin syarikat itu boleh masuk tender memohon sediakan makanan kapal terbang nanti. Ini memang membantu MAS sebab perjanjian catering sememangnya dikatakan berat sebelah sebelum ini! Itu pun kalau sesuailah, kan? Wallahua’alam.






7 Komen to #MAS: 12 Langkah Holistik “Sampah” Atau Pelan “200 Muka Surat” Jentayu Yang “Sampah”?

  1. […] Sebagaimana maklum, MAS kini dalam keadaan “nazak”. Syarikat milik penuh kerajaan (GLC) Khazanah Nasional …read more […]

  2. kulaan says:

    Penulis artikel ini tak perlu emosional nak kaitkan kontrak makanan MAS. Berapa peratus kos makanan kapal terbang MAS jika dibandingkan dengan kos operasi MAS keseluruhan? habaq mai supaya kita buat penilaian lebih adil dan bukannya dengkikan kepada Bedolah dan kroninya. Berapa peratus komponon kos sajian arak jika dibandingkan kos F&B. Kita nak fakta dan bukan emosi dan dendam politik dalaman tak berkesudahan. last-last orang Melayu jugak yang rugi..

    Kenapa tak pertikaikan kewujudan air asia dan perlindungan kerajaan yang berlebihan kepada mamat sorang tu, sampai orangnya sanggup menghina akhbar melayu dan ingin boikot iklan di akhbar tersebut? Hangpa tak nak ungkit ka?Cuba berlapang dada sikit…

  3. system baru says:

    Aku Bagi cadangan kalau mas bijak banyakan iklan di dalam kapal terbang tak kira iklam apa jenis iklan asalkan iklan halal aku jaman iklan aje mampu bagi pendapat pada mas.

    cadangan dia buat oleh jentayu itu adalah cadangan sampah pkr

  4. omega says:

    Sdra Kulaan,
    Bukan dendam kesumat atau ada masalah peribadi dengan Keluarga Bedolah. Ramai org tahu tentang kontrak bekal makanan oleh syarikat keluarga pak Lah. Dalam keadaan MAS memerlukan plan pemulihan sepatutnya Brahim food ikut sama ambil tanggung jawab. Mereka kaya raya baguslah dan kita pun tak dengki dengan melayu. Soalnya kita lebih sayangkan MAS yang merupakan mercu negara. Runtuh MAS imej negara akan rosak.

  5. raplahjingaa says:

    Hmmmmm….khazanah pun bukan boleh diharap sangat, siapa yang beria-ia sangat dulu nak jual saham MAS pada Air Asia ??

  6. kulaan says:

    Omega,

    Aku cuba ingatkan aje. Motto mykmupun sebelum ini, kita berbahas dengan fakta.Persoalan yang aku cuba timbulkan, berapa peratuskah bebanan MAS disebabkan kos makanan? Contohnya, Kalau kos makanan hanya menyumbang hanya 5% daripada kos keseluruhan operasi MAS, adakah dengan lakukan penjimatan 5 % sahaja mampu menyelamatkan MAS? Bagaimana komponen kos 95 % lagi. Berapa kos pekerja?Kos pengurusan asing yang diimport? Berapa kos kontrak-kontrak yang lain? Siapa penerima manfaatnyanya ? Buatnya 50 % lagi dikuasai oleh kontrak non bumi? Apa kemendanya?

    Fakta yang telus yang perlu kita analisa dan buat perbandinga. Bab syarikat jentayu ni, bak kata datuk Jo, “show your money first” then we can talk…

Leave a Reply

Threesome